" D i r a S t o r y "

DiraStory

Welcome to my blog


" Be like a flower that gives its fragrance even to that hand that crushes it - Ali Ibn Abi Talib (SA) -"

We can chatting here





Anak Syurga Ibu
Saturday, October 28, 2017 | 12:33 | 0Comment

Haii ...

Lama gila dah tak update blog. Kind of busy lately and tak de idea pun nak taip apa. Tapi tetiba macam ada idea pulak nak taip and kongsi pengalaman yang aku lalui beberapa bulan sebelum ni. So .. macam ni lah ceritanya ..


Ok. 6 June 2017

Seminggu dua masa tu rasa macam tak berapa sedap sangat badan. Bukan la rasa tak sedap teruk sangat pon. Tapi rasa la macam ade perubahan sikit. Tapi aku macam buat tak tau je la. And dua tiga hari sebelum tarikh 6 haribulan tu aku ade pergi satu majlis buka puasa dengan kawan-kawan aku dekat dataran and one of my friend dok cakap-cakap yang aku ni pregnant. Tapi aku nafikan sebab aku tak caye la yang aku pregnant kan.

kawan yang tudung coklat sebelah kanan ni yang cakap aku pregnant. hahahaha masin mulut

Sebab rasanya macam sekali dua je yang ade "buang" dalam kononnya nak merancang sendiri tanpa ambil pil perancang. Kononnye lah *takde pulak emoji yang tangan ke bahu tu*. And after that buka puasa aku suka sangat benda yang masam. Yang masam kaw2 .. ape je yang aku makan mesti nak letak limau or asam. Siap request kt husband nak mangga telor tu. Ala korang pernah tengok kan video yang orang thailand lelaki tu makan masam2 uuuiii. Terliur sangat masa tu. Tapi still deny that i'm currently pregnant. So, hari yang 6 haribulan ni aku cek kalender period. Aku memang selalu catit bila aku period sebab nak tengok regular ke tak. Aku tengok "eh baru lewat 3 hari" tapi hati macam mula nak ye kan cakap kawan aku yang tadi tu. So, waktu lunch aku pergi watson carik pregnancy test yg cikai punya je hahahaha mak kedekut. Balik ofis terus test. Anddddd

surprise!!!!!! 

Terus naik double line sama macam Ayra dulu. Ayra dulu pun lewat 4 hari je. Bila test terus takde ragu-ragu dah double line terang. Masa tu memang syukur alhamdulillah sangat. Tapi macam-macam la jugak fikir sebab Ayra baru setahun lebih kan. Risau je la. Yang bestnya aku hantar whatsapp gambar ni dekat husband. And sebelum berbuka puasa masa tu dia baca then dis senyum happy gila dia hahahaha .. makan pun banyak time tu .. Alhamdulillah. 

Pregnant kali ni betul-betul menguji sebabnya aku batuk and selsema teruk sangat. Batuk kuat sampai terasa menekan kat perut. Memang sebelum puasa lagi dah start batuk and selsema ni. Memang tak selesa langsung. Nak makan ubat takut effect baby. Minum honey lemon pun sama takde effect. 


Ayra pun dah ready jadi kakak .. hehehe dah tahu kat mana adik dia .. 

18 July 2017

Lepas bersama dengan husband dua tiga hari sebelum tarikh ni aku perasan macam ada spotting tapi aku fikir normal *sebab fikir normal la jadi teruk ye kawan-kawan* , lagipun secoet je. Aku pun time tu konpius ni darah ke atau kesan keputihan. Sebab tak nampak macam darah real pun coklat-coklat centu je. So the spotting macam kejap ade and kejap takde. And time ni perut asyik mengeras je macam dah pregnant 4-5 bulan. Padahal baru je lagi. 

19 July 2017

Pagi-pagi bangun pegi toilet banyak gila darah. Penuh pantyliner. Risau tak yah cakap la sebab first time kena macam ni kan. Terus cakap kat husband nak pergi klinik *degil tak nak straight hospital terus* sebab kebetulan Ayra pun tak sihat masa tu so pergi la klinik je. Sampai klinik kena bebel sikit la dengan nurse sebab patutnya kena pergi hospital terus. Nurse tu dah cakap-cakap nak panggil ambulans dah hantar aku straight pergi hospital. Ayra papa dia handle sebab demam and selsema kena ambik nab menangis meraung dia kat klinik tu. Then aku pulak jumpa docter untuk scan. Docter yang first scan muka dah kerut-kerut sebab dia cakap tak nampak heartbeat. Then docter sorg lagi datang pun sama jugak cakap macam tak berapa clear. Then docter ketiga datang and scan cakap baby ada tapi macam tak berapa clear mazbe sebab baby kecik lagi. Aku tanya "baby saya ok ke? Ade ke lagi docter?" Dia jawab "Ada. Takpe nanti hari Isnin pergi buka buku and minta klinik scan lagi" Aku lega la dia cakap macam tu. At least baby aku ada. 



So balik rumah. Tapi tetap tak sedap hati and perut pun memulas-mulas. Maghrib tu tengok ade darah lagi aku terus ajak husband pergi hospital. 


And docter check, seluk and scan. Docter tu berat je mulut nak cakap yang baby aku dah takde heartbeat. Dia pegang tangan aku and cakap "Puan memang nak ke baby ni?" Aku pun angguk je la. "Tapi puan sorry baby puan dah stop heartbeatnya" Sambil tunjuk ke monitor dia tunjuk baby aku diam je kat situ. Dia cakap kalau baby masih hidup baby akan gerak-gerak and akan ada nampak kelip-kelip tandanya jantung baby berdegup. Aku time tu speechless. Tak tahu sedih ke ape ke macam blank kejap. Dia suruh aku baring dulu and dia panggil husband aku. So bila aku nampak husband je terus tetiba sedih sangat. Docter panggil untuk discuss. Docter cakap baby takde bukan sebab pemakanan atau ape-ape. Dia cakap mungkin kromosom yang baby perlukan tak cukup. Kita ni ada 46 kromosom yang XX & XY tu .. so 23 dari ibu dan 23 lagi dari bapa. Jadi benda tu mungkin tak cukup untuk baby berkembang jadi dia stop. Or else mungkin sebab baby tu sendiri tak sihat. Wallahualam. So docter bagi choice sama ada nak ubat untuk bagi baby tu keluar ataupun biarkan dia keluar sendiri. Dia cakap kebanyakan kes memang baby akan keluar sendiri. 

Kita pun decide balik rumah and tunggu baby keluar. Kalau tak keluar baru diorang cuci. Sampai rumah dah pukul 3 pagi. Main-main dengan Ayra sebab dia dah terbabas waktu tido. Pukul 5 baru boleh nak tido. Tapi sebelum tu perut sakit sangat-sangat. Husband tolong sapukan minyak sambil selawat. 

20 July 2017

Terjaga dari tidur terasa basah dekat panties and rasa ada benda nak keluar. At that time dah expect baby nak keluar. So cepat-cepat bangun pergi toilet and terus mencangkung kat lantai. Darah ketul jatuh. Baby belum keluar lagi. Tengah cuci-cuci darah then rasa lagi benda nak keluar still tak nampak baby lagi. Then cuci lagi darah tu baru perasan ade benda putih. Terus mulut cakap "anak ibu" cepat-cepat aku ambik dan bersihkan sikit-sikit. Perut sakit lagi and darah keep on tumpah. 

maaf kalau scary .. this is my baby .. 

Anak ibu dah ade kaki tangan and boleh nampak dah tulang belakang. Mulut and mata pun dah terbentuk. Aku ambik dan letakkan dia kat dalam kain. And kejut husband untuk pergi hospital. Sementara tunggu dia siap and dia siapkan Ayra aku banyak kali dah darah beku keluar and sampai lah uri semua keluar. Then lepas hantar Ayra kat pengasuh aku dan husband terus pergi hospital. Sampai sana diorang check and scan untuk make sure that tak de pape lagi tinggal. And Alhamdulillah semua dah takde pape. So docter inject ubat kecutkan rahim dan boleh balik. 


Pantang mode activated!


Ni jela serba sedikit cerita aku miscarriage. Tak de rezeki lagi. Tapi takpe aku boleh tumpukan sikit dekat Ayra budak manja tu. Ya Ampun makin buas. 




Latest 1 year 7 months old. 

Al-Fatihah Ahmad Rizrin bin Nur Izzan Nadhirah. Ibu love adik. 




Labels: , ,


Kronologi Cuti Yang Berturut-turut
Thursday, February 23, 2017 | 14:44 | 0Comment

Hai ..
Dah lama kot tak menaip. Too busy lately. Ayra membesar dengan cepat. Sekarang dalam proses nak tukar pengasuh baru. Tapi sekarang Ayra dekat rumah dadima dia dekat Ipoh. Kali ni nak story sikit la berkenaan tajuk entry kali ni. Lepas raya cina hari tu aku cuti panjang sangat. Rasenye habis dah kot cuti tahun iolls. Sedih. Ok kita start dengan tarikhnye ye one by one.

Awal bulan hari tu since Zuhayra dekat Ipoh so kteorg decide nak ambil dia la dari kampung lepas raya cina tu. Nak dijadikan cerita ..

28 Jan

Sampai Ipoh pukul 7 pagi. So, hari tu takde gi mana-mana pun rehat kat rumah je. Husband pun recharged badan sebab seminggu sebelum balik kampung tu dia banyak sangat keje and banyak sangat habiskan masa dekat bengkel. Nak siapkan kereta sebelum balik kampung. Excited sangat dapat jumpa Zuhayra lepas 2 minggu tak jumpa. Subhanallah makin aktif makin bijak. Rase macam jumpa orang lain. Masa dadima dia ambil dia bawak balik Ipoh tu rasa macam dia baby lagi.
Sebab masa tu dia macam malu-malu .. takut-takut .. pendiam .. tak nak dengan orang. Tapi bila aku jumpa dia masa tu. Zuhayra dah lain sangat. Jadi suka senyum .. suka gelak .. makin aktif.. tapi masa tu dia tak nak dekat aku T_T .. Melekat macam koala je la dengan dadima dia hari tu ..

29 Jan

Hari Ahad dekat Ipoh kami selalu jugak la jengah Lokin. Kat situ macam pasar karat. Barang-barang antik banyak boleh dapat kat situ. Dulu in-laws aku berniaga kat situ jual beg bundle. Sekarang ni adik ipar aku pulak niaga jual jagung kt situ. Tempat tu memang bukak hari Ahad je. So, husband ajak la pegi sana sebab dia nak cari spek mata. Bila jalan-jalan kt situ dia cakap tak sedap badan rasa nak demam. So, kteorang pun balik la. Sampai je rumah husband dh start menggigil satu badan and dia ckp badan dia sakit-sakit. Aku pun bagi la makan ubat semua. Minum 100plus. Malam tu badan dia panas gila. Aku demah jela dengan towel basah.

30-31 Jan 

Husband still demam. On off kejap dia ok .. kejap lagi dia menggigil. sakit-sakit badan. Memang teruk gila la. Tapi masa tu still tak pegi klinik la sebab dia tak nak pegi.

1 Feb

Demam makin teruk and kami decide bawa pegi klinik. Pegi klinik swasta kena reject sebab demam lebih 3 hari. Diorang cakap pegi terus klinik kerajaan ambik darah kat sana. Kiteorang pun straight je la pegi sana buat blood test semua and dokter ckp memang platelet darah dia rendah tapi dia takde la cakap yang husband ni kena denggi. Pastu dia suruh repeat darah lagi esoknye. Tapi kteorg tak pergi sebab kteorang dh nak balik Kl. Tapi aku syak yg husband memang kena denggi sebab simptom-simptom tu semua dh ade kt dia. Takpela pastu kteorg carik jambu air untuk dia. Tetiba pulak dia nak makan jambu air. Masa tu memang semua pelusuk Ipoh mak ayah dia carikkan jambu air takde.
Last sekali dapat dekat rumah acik yang meniaga dengan inlaws aku tu. Depan rumah dia ade pokok jambu air. Itu pun rezeki dapat 3 biji je. Kemain demam-demam pun mengidam. Tak dapat jambu air kecewa. Eh eh .. hahaha

2 Feb 

Kteorang dah balik KL. And luckily mak mertua and adik ipar ikut sekali. Tapi masa tu husband punya condition tak ok lagi. Still demam and sakit badan. Petang tu dia cakap dh tak larat sangat dah and dia ajak pergi hospital Ampang. Sampai sana amik darah lagi sekali semua tu. Pastu staff kt situ terus panggil husband masuk ward emergency. Time ni memang kompem kena admit la. Drip air semua. So bermalam la dia dekat hospital hari tu. Hari Isnin 6 feb baru discharged. Aku ni ulang alik la pergi hospital. Nasib la ade adik ipar boleh tolong bawakkan. Kalau tak mereput jugak la nak pegi hospital tu ..  Zuhayra pulak nasib la mak mertua ada boleh tolong jagakan.



7 Feb 

Lepas je husband dah sihat aku pulak demam. Pastu mak mertua .. pastu Zuhayra .. pastu adik ipar aku. Satu rumah demam. Aku demam biase je la selsema. Mak mertua aku pun sama. Yang paling kesian tak pasal-pasal Zuhayra pun terkena virus demam ni.

8 Feb

Zuhayra demam pun panas. Suhu turun sekejap lepas bagi ubat bontot. Lepas tu naik balik. Naik terus je 39 - 40. Malam tu bawak jugak dia pegi Pantai Hospital kebetulan memang dekat dengan rumah. Checkup semua dokter ckp dia kena influenza tapi bukan yang bahaya la. Dokter cakap kalau nak admit kena seperate bilik sebab tak nak berjangkit dengan budak lain. Then malangnya dekat situ takde katil kosong untuk patient influenza ni. So, balik la kteorang. Dokter just bagi ubat virus tu. Dia cakap kalau demam still ade lepas 48 jam bawak terus pegi hospital. Kena la 400++

9 Feb

Zuhayra dah ok sikit. Petang tu bawa Zuhayra balik rumah ayah dekat Gombak. Bagi mak dan ayah jaga pula. Sebab takde pengasuh lagi sekarang ni. Lagipun mak yang mintak nak jaga Ayra. Aku dengan husband pun ok la. Sebab ikut perancangan Ayra balik Ipoh. Tapi since family in laws semua tak sihat kteorang decide nak Ayra stay kat KL je. In case pape jadi senang.

10 Feb 

Mak bagitau yang Zuhayra cirit. Tapi mak ayah takde pulak cakap pape kan. Just inform dia cirit macam tu je la. So aku pun takde la risau. Diorang pun hantar gambar Zuhayra dia happy je.

17 Feb

Adik wassap cakap Ayra demam pagi tu. Tanya mak .. mak cakap dah bagi ubat sebab masa aku hantar tu memang aku dah standby bagi ubat demam semua tu incase kalau dia demam kan. Aku dah siap bagi termometer. Kalau dah cecah 38 aku mintak diorang inform.
Btw Zuhayra still cirit lagi.

18 Feb

Pagi-pagi ayah dah call bagitau Ayra cirit dari malam sampai ke pagi 18 hb ni. Punggung dah melecet sebab kerap sangat cirit. So aku ambil cuti hari tu and terus pegi rumah ayah. Badan dia panas and punggung melecet. Kesian cuci bontot nangis je. Memang lemah sangat tengok Zuhayra. Pipi dah naik ruam. Badan pun nampak kering sebab dah dia dah dehyedrate.

senyum sikit je .. badan lemah .. 


Minum susu kurang. Malam tu badan dia still panas. Check temperature dah cecah 39.5. Terus call husband minta dia tunggu kat KPJ. Pastu mintak ayah bawakkan pergi sana. Sampai kat KPJ Zuhayra still cirit. Cek suhu memang tinggi. Jumpa dokter terus dokter suruh admit. Kesiannye la tengok dia kena cucuk .. nangis teruk .. ibu pun nangis sekali .. T_T ..







first day dekat ward .. demam panas smpai menggigil .. takut ibu






kena drip ikut kaki pulak sebab dia ni buas sgt .. pusing sana pusing sini .. pakai kat kaki pun tak lekat .. asyik terbelit je pastu berdarah .. 


dah sihat sikit 
 Zuhayra warded sampai 21 Feb. Slowly with all the antibiotics and medicine dia dah sihat Alhamdulillah .. tapi sekarang still under pengawasan dan ubat lg la. Just nak bagi dia fully sihat. Tapi sekarang dia dekat Ipoh ikut dadima balik.


Bila dah macam ni .. ade pulak pihak yg terasa hati dgn ape yg kteorg buat. Cakap kteorg berat sebelah sbb hantar Ayra dekat Ipoh lepas dia keluar wad. Dia cakap kteorg ni salahkan dia sebab Zuhayra jadi macam tu. Padahal takde pun lillahitaala dari side aku and husband and side in laws takde pun nak salahkan sesiapa atas ape yg jadi. Cumanya hantar Zuhayra dekat sana sebab dadima dia minta nak jaga sementara nak tunggu hantar dekat pengasuh baru bulan 3 ni. Dulu bila tak hantar Zuhayra dekat sana tanya-tanya bila nk hantar .. siap cakap kteorang tak nak balik la .. dah janji nak balik tapi tak balik la .. itu la ini la .. bila dah hantar tanya pula bila nak ambil ni .. tak boleh nak jaga la .. dia asyik nangis la itu la ini la .. bila hantar seminggu macam ni .. terkena pula Zuhayra sakit terasa hati pulak .. lepas tu tarik diri tak nak jaga Zuhayra .. cakap tak berbaloi .. aku bagi jaga Zuhayra bukan bagi jaga kosong .. aku hulur jugak walaupun tak banyak .. tapi takkan la semua benda nak kena hulur duit baru senyum .. kalau tak hulur tak senyum .. layan acuh tak acuh je .. aku dari ikhlas terus jadi tak ikhlas .. penat la macam ni .. buat baik salah .. tak buat baik lagi salah .. aku takde niat pun nak bukakan aib or create fight .. tapi takde tempat nak luah .. kalau dia terasa aku pun sama terasa dengan apa yang dia buat dan cakap.


notakaki: habis dah cuti iolls .. ibu rindu Zuhayra ..

Labels: , ,


Mengajar
Saturday, August 20, 2016 | 12:20 | 2Comment

Mengajar.

Aku memang tak suka mengajar so disebabkan itu juga aku tak pernah bercita-cita nak jadi cikgu. Aku memang fail sikit la bab mengajar ni. Kalau tanya macam mana nanti nak ajar anak? Ha, itu aku risau. Kalau bab nak ajar dia dalam pelajaran aku rasa tak ade masalah kot. Tapi nak ajar dia dengan cara betul-betul Islam dan nak ajar dia kelakuan budi bahasa budaya kita ni yang agak tricky bagi aku. Yela ibu dan bapa kan yang mencorak anak-anak. Kalau kita corak dia menjadi Islam maka Islam lah dia. Kalau kita corakkan jadi Yahudi maka Yahudi la dia same goes to Nasrani atau Musyrik. Tapi In shaa Allah aku dan husband cuba jadi ibu dan papa yang terbaik untuk Zuhayra.
Ok sambung balik citer tadi. So, bila bab mengajar ni pun ada dua jugak. Satunya bab pendidikan la kan. Jujur la aku cakap aku memang tak reti nak ajar adik-adik aku ataupun kawan-kawan sebabnya aku ni tak reti cara nak explain tentang sesuatu benda tu. Bila bab mengajar adik aku pulak always get emotional. Hahaha garang kalau aku yang mengajar. Bila dia tak dapat mula la aku naik suara. Adik aku tu pulak jenis asyik sentap pastu nangis ha lagilah aku menyirap panas je muka. Aku memang tak boleh nak ajar kalau jenis yang macam ni. Sama gak bila kat universiti dulu, aku tak reti gak nak explain kat membe aku kalau lecturer bagi assignment and diorang tak masuk kelas. Padan muka. Hahaha even tengok movie pun bila orang tanya citer tu pasal ape aku memang fail bab explanation ni. Hahaha sian adik-adik hakak.

Second is mengajar tentang hidup. Tentang cara hidup and everything la pasal life ni. Maksud aku kat sini bukanlah aku tak suka orang mengajar aku bila buat satu-satu benda tu tapi tengok keadaan la. Jangan la semua benda kau nak bagitau orang tu,

'eh! buat macam ni?'
'eh!kenapa buat macam tu?'
 'eh kenapa udang tu tak buang kulit?'

Eh kenapa itu .. eh kenapa ini .. eh eh eh .. stress tau tak. Kita tau la ape yang kita buat kan. So, bagi aku macam agak rude bila cuba mengajar orang lain tentang hidup dia. Itu hidup dia so, biarlah dia corakkan hidup dia sendiri. Tapi tak de la aku cakap tak boleh langsung, I means tengok keadaan la. Tak semestinya semua benda kau nak kena kondem. Respek la life orang. Ni tak bila datang rumah orang kau kondem itu kau kondem ini. Stress weh. Serius stress tambah-tambah bila diorang mula masukkan anak kau sekali dalam hal ni. Makan dalam weh. So, aku rasa macam tak patut sangat la nak mengajar tentang benda-benda yang tak sepatutnya kau ajar. Bagi nasihat is fine but kalau kau mengajar orang buat sesuatu tu yang tak boleh blah. Contoh la aku bagi pasal kes budak yang muka naik jerawat lepas try kosmetik online ke ape tah tu kan. Aku tak paham orang-orang yang sebok komen kat gambar dia, 

'Hi, i dermatologist. U shud try this product'
'Hi sis, apa kata try produk ni bla bla bla'
'Apa kata u try cara tradisional je'


Eh eh, jenis macam ni aku tak paham. Budak tu for sure tau apa yang dia buat. Apa yang dia perlu buat. Dia tu just need your support bukan ajar dia what to do. Dia pun tau la. 

So, bagi aku semua tentang cara kau mengajar la. Main point aku ialah cara kau mengajar orang tentang lifestyle seseorang tu. Paling penting tak perlu ajar dia tentang hal rumah tangga dia. Dia tau apa yang dia buat. Jangan la terasa dengan apa yang aku cakapkan. Jangan risau bila tak tau dia akan tanya tapi jangan sesekali terus kau nak ajar dia. Benda tu bukan perkara yang elok. Nanti boleh hilang respek dia kat kau. Contoh la aku bagi kan. Walaupun benda ni dah lama but aku nak bagi jugak contoh. Ada satu kali ni aku masak udang. Ok selalunya aku masak udang memang tak buang kulit la. Mak aku, mak mertua aku, makcik-makcik aku masak memang tak buang kulit sebab nak rasa manis udang kan. So, aku masak hari tu memang tak buang la kulit dia. Then tetiba ade orang kondem cakap

Sedap dh tu... Tp len kali lebih rajin skit noh tang udang tu... Biar mudah laki mu nk makan... Nnti dh ada anak lebih senang kot...

Sentap ok bila dia komen cam tu. Nampak mainan bahasa dia. Aku memang panas je time ni. Ok. Pastu dia cakap cam ni. 

Nnti i ajarkan k... Xyah buang semua kulitx tu... Kesian yg nk mkan... Kalau anak i hrumm jenuh mama kena kopek kulit nya...

Nampak tak ayat dia. Perghh. Memang terus aku tak reply la. Anak dia nak makan lantak la. Ape kena mengena dengan aku. Bukannya aku nak hidang kat anak-anak dia. Lagipun anak-anak dah besar panjang takkan malas nak kopek kulit udang? Laki aku nak makan pandai la dia nak kopek kulit udang, Even nanti anak aku pun aku biar je kopek kulit udang tu sendiri. Itu cara nak ajar supaya tak terlalu bergantung, Lagipun manis lagi makanan tu dengan kulit udang. Haih. Nampak tak cara mengajar yang tak kena. "lain kali i ajarkan k" Hello.. aku pun tau la masak tak yah ada kulit udang. Ni la contoh cara mengajar yang tak betul. Ni la yang aku maksudkan. So, lain kali fikir dulu sebelum nak mengajar orang tentang hidup. Nak ajar benda lain takde hal tapi bab lifestyle bab rumahtangga dia jangan la kacau. Ok. Thats it, 

Labels: ,


Pernah
Tuesday, August 9, 2016 | 15:07 | 0Comment


habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.

seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...

dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.

terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.

dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.

takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.

takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.


kadang ada benda yang tak boleh terungkap dari mulut sendiri. Tapi kadang ada insan yang sudi tulis sudi paham perasaan insan-insan yang jauh, yang tak pernah kenal tapi
bait kata-kata memaknakan semua isi hati. Macam lirik ni betul-betul terkesan dengan aku. Lirik yang mempunyai maksud-maksud tersirat yang ingin aku sampaikan
semoga kau paham.


suruh tengok2 hati dia--
dah kecik, katanya.
suruh tengok2 perasaan dia--
dah calar, katanya.

asyik kita menengok-jaga.
yang kita punya terlanyak2--
ada orang tanya? - Fynn


notakaki: dulu masa sekolah aku memang suka sajak. Dulu selalu la tulis sajak dalam buku. Tapi buku tu entah hilang mana. Kalau ada lagi boleh la aku bukukan dan jual. Kah!

Labels:


Post paling sedih sekali ... aku nak resign
Wednesday, January 27, 2016 | 13:15 | 0Comment

Salam Rabu guys.. macam yang aku cakap aku sekarang dalam keadaan yang malas teramat. Nak bangun gi keje ya ampun liat macam lepat liat. Sampai opis je otak semacam blank je tak tau nak buat ape padahal ade je keje yang aku kene buat. Tapi entahlah aku rasa kosong sangat.
Stress. Totally stress. Tambah-tambah bila dengar mak cik account aku ni memekak ya ampun rasa nak cili-cili je mulut dia. Bising!!!! Bingit telinga aku!!! Bila aku cakap kat orang semua cakap hormon. Pembawakan. Sedih tau tak. Aku ni hari-hari bergenang air mata je. Orang bukan tau aku rasa apa.

Balik keje sorang-sorang kat rumah. Spend masa dengan cik husband pun sehari bape jam je. Kan aku pernah citer tiap kali bila aku cuti then dia kena g keje aku sedih gila kan. Aku tak tau la kenapa aku macam tu. Mungkin betul la orang cakap tu semua hormon. Tapi entahlah aku rasa dia sayang aku tapi aku rasa dia sayang keje dia lebih dari aku kot.

Aku dalam keadaan macam ni patutnya lebih masa la dengan aku. Ni aku sorang-sorang je. Ajak gi beli barang baby pun susah. Yela komitmen dengan kerja kan. Sampai hari tu mak mertua yang bawak aku beli barang. Aku bukan apa, nak jugak rasa excited macam orang lain. Macam pasangan suami isteri yang lain. Aku nak masa dia bukan duit dia. Bukan aku tak pernah cakap dengan dia pernah tapi tu la aku bukan jenis yang nak cakap banyak kali. Aku cakap sekali dan aku harap dia faham. Mungkin aku terlampau ikutkan perasaan. Kadang-kadang memang kesian la tengok cik husband keje siang malam. Siang duduk site malam pulak uruskan tapak u-town tu. U-town tu pun entah bila nak bukak pun aku tak tau. Malas nak amik tau. Tapi yang tak syoknye bila dia tension dengan masalah u-town tu pastu tambah dengan aku lagi selalu la dia tinggi suara ngan aku. Aku pulak hati sensitip je sejak dua menjak ni. Pantang dia tinggi suara sikit mula la air mata ni mengalir je. Tambah pulak risau dengan aku punya GDM lagi. Tu yang buat aku bertambah-tambah sedih tu. Cik husband ni pulak bukan jenis yang reti pujuk aku. Kalau aku dah macam tu dia biarkan je. Kadang-kadang memang makan hati la. Tapi haha aku mungkin terikut perasaan je.

Masa aku dengan cik husband dah kurang. Dia balik keje aku dah tido. Yela balik pkl 4-5pg. Kadang-kadang aku tunggu jugak sebab tak boleh tido. Baru tido 2-3jam dah kena bangun hantar aku g keje and dia pun keje. Aku memang syukur sebab ade suami yang macam tu. At least dia tengah cuba nak baiki hidup aku dan anak aku. Dia cuba nak bagi keselesaan kat aku. Tapi mungkin aku terlampau ikutkan sangat perasaan ni kot. Time cuti pun aku terperap je la kat rumah tu sorang-sorang. Makan sorang. Tido sorang. Kadang-kadang sembang sorang-sorang je. Takde la dia nak bawak aku gi jalan-jalan ke, makan cendol ke. Kerja-kerja-kerja. Aku tak tau la nanti ada anak macam mana masa dia dengan anak. Tapi aku doakan yang baik-baik jela untuk dia.

Lagi satu dekat-dekat nak bersalin ni paling rindu dekat arwah mak. Rindu sangat. Aku tak pernah ada peluang nak tanya dia macam-macam. Apa yang aku ingat semua masa dia sakit. Waktu dia sihat dulu yang paling aku ingat dia selalu la pukul aku sebabnye aku ni budak yang degil. Degil sangat. Hehe. Aku rindu mak aku. Walaupun ada mak tiri yang baik sangat dengan aku, ada mak mertua yang paling buat aku selesa tapi aku tetap rindu mak aku. Betapa aku harap dia yang jaga aku dalam pantang. Betapa aku harap dia yang bagi nasihat kat aku. Betapa aku harap dia ada dengan aku macam orang lain.

Mariani Binti Mohd Noor .. mak kakak rindu mak sangat-sangat. Cucu mak nak lahir dah. Kakak perlu mak sangat-sangat. Kenapa masa kita singkat? Adik pun rindu mak jugak. Maafkan kakak sebab tak jaga adik baik-baik. Maafkan kakak sebab lama tak lawat mak. Maafkan kakak. 

notakaki: menaip sambil dengar lagu Jay Chou - Ye Qu (Nocturne) walaupun maksud tak mencapai hajat tapi melodi dia sedap dan sesuai .. lantak kau lah

Labels: ,


Emosi Ibu Mengandung
Tuesday, January 5, 2016 | 14:24 | 0Comment

Dah pun masuk trimester ke 3. Tapi masuk je trimester ke 3 ni aku dapat rasakan perubahan dari segi emosi dan tingkah laku aku. Memang masuk je trimester ke 3 aku jadi kerap emosi. Cepat je air mata ni keluar padahal tak ada sebab pun nak menangis. Tak boleh duduk sorang-sorang mesti nak menangis je kejenye. Tambah pulak sekarang husband aku memang kerja dari pagi sampai ke tengah malam. So, bila sensorang kat rumah mula la emosi ni mengganggu. Macam-macam benda ade je yang boleh buat aku nangis. Trimester ke 3 ni jugak aku jadi malas yaaaa amat. Malas bangun pagi, malas pergi kerja, malas mandi, malas masak, malas kemas rumah semua lah malas je. Teruk betul. Aku pun selalu je buat muka dengan husband aku tu. Pantang dia silap sikit memang muka aku tak manis langsung la. Kalau time cuti dia kena pergi kerja memang muka aku tak boleh bla la. Marah, sedih, semua ade. Aku pun tak paham. Yang aku paham aku tak suka kena tinggal sorang-sorang. Yang aku dapat kesan kalau aku nak makan tapi aku tak dapat makan. Contoh macam bila husband aku g kerja and dekat rumah takde makanan yang boleh buat aku kenyang then bila dia balik dia tak belikan ape-ape makanan untuk aku. Ya Allah sedih gila aku rasa. Aku rasa macam dia ni tak ingat bini dia ke kat rumah? Huuuaaaa aku tak tau kenapa aku macam ni? Dulu aku ok je rilek je kalau dia takde kat rumah. Kira aku boleh je survive cari makan sendiri. Tapi sejak-sejak ni la emosi aku jadi tak stabil. Paling ketara cepat nangis. Sedih ape pun aku tak tau. Macam hari ni. Tadi aku ajak husband aku bawak aku g tapau makanan tapi last minit dia cakap tak boleh sebab kena pergi site. Aku terus cakap dengan dia acuh tak acuh je. Marah, sedih, kecewa, lapar, semua ada. Tengah taip ni pun air mata bergenang. Sedih. Takde mood aku. Terus takde mood. Rasa nak balik rumah je sekarang ni.

Labels: ,


Overly Attached Woman. Yay or Nay!
Thursday, December 31, 2015 | 14:19 | 1Comment

Hai semua .. since dah lama aku rasa tak post entry baru. So, untuk penghujung tahun 2015 ni ade la sikit cerita yang aku nak cerita kan. Kalau nak update status kang ade pulak yang terasa.Kengkawang aku kat facebook tu semua jenis cepat sentap. Well, aku ade la sorang kawan ni. Actually kawan baik husband aku la. Dia dah tunang so kira tunang dia tu kawan dengan aku jugak la. Sekarang ni husband aku dengan kawan baik dia tu tengah usahakan satu projek uptown yang baru. In shaa Allah bulan 1 nanti akan beroperasi la. Tempat nanti aku cerita kat mana. Tapi kali ni lebih nak cerita tentang kawan husband aku dengan tunang dia tu.

Member husband aku tu sekarang memang selalu la tido kat rumah aku sebab senang sikit dia nak uruskan uptown tu dengan husband aku. Lagipun dekat sikit dengan rumah aku. Husband aku pun senang sikit nak uruskan dia tu. Sebabnyaaa tau je la dah nama pun lelaki kan kuat tido. Kalau tido kat rumah aku senang sikit husband aku tu nak arrangekan kerja untuk dia. Kadang-kadang kesian kat husband aku yela kerja berdua tapi macam dia kerja sorang. Kawan dia tu macam tak reti nak buat keputusan. Semua nak tunggu husband aku. Husband aku pulak bukannye tak kerja. Dia pun ade kerja lain. Kadang-kadang berkejar dari site tempat kerja pergi site uptown pulak. Bos besar kebanyakannye cari husband aku. Padahal kalau nak ikutkan member dia tu la yang patut bos cari sebab member husband aku ni kira pengurus projek. Ni terbalik pulak. Sampaikan customer yang nak tapak uptown pun husband aku yang closingkan. Ni semua salah ahmad maslan. Tetiba. Hahaha

Next, pasal tunang si member husband aku ni. Aku perati memang diorang ni suka sangat la bergayut. Kejap-kejap call. Aku macam tak kisah pun sebenarnya tapi aku jadi kisah bila si tunang(perempuan) tu tak dapat call tunang dia(lelaki) ni, dia call husband aku.
Kejap-kejap call. Aku pulak naik rimas. Kadang tu aku marah husband aku. Aku tak bagi dia angkat fon tu kalau tunang member dia call. Aku tak suka. Bukannye aku jeles tapi aku tak suka, Kalau tengah-tengah malam dia call memang aku buat muka je dengan husband aku tu. Pastu dia paham la yang aku marah. Yela siang husband aku kerja, malam je la aku ada masa dengan husband aku tu. Tapi since member dia selalu tido kat rumah aku pun jarang la nak bermesra sangat dengan husband aku tu. Segan la depan member dia. So, kalau member dia datang aku memang duduk dalam bilik jela. Ok tu satu hal. Satu hal lagi bila husband aku nak masuk tido and member dia dah membuta kat ruang tamu tu, tetiba minah ni call husband aku nak cakap dengan tunang dia. Kau rasa? Kalau sekalli dua aku ok je. Tapi kalau dah kerap sangat ape kes. Dia tak boleh faham ke yang tunang dia tu keje malam balik lewat. Balik nak rehat, bagi masa la. Aku kesian tengok diorang keje. Apetah lagi husband aku tu. Sekarang dah buat dua kerja. Bagi aku dia tu over. First time aku jumpa dia hari tu bukan nak cakap la tapi gedik. Tu je yang aku boleh cakap. Baru tunang kot. Macam takde rasa malu depan family laki tu. Berdempek je. Aku pun ade la jugak jalan pegang tangan dulu tapi takde la lebih-lebih depan keluarga lelaki. Menyampah jugak aku orang macam tu. Husband aku kalau keluar kerja ke pergi mana-mana dengan member dia tu aku tak pernah call. Melainkan kalau betry fon husband aku habis atau husband aku tak bawak fon dia. Time tu baru aku call member dia tu. Aku tak paham jenis perempuan macam ni. Aku pulak jenis perempuan yang tak terlalu attach dekat husband aku. Kira aku ni jenis yang percaya husband aku. Tu aku pegang kuat. Tapi aku tak suka jenis perempuan macam ni. Kejap-kejap nak cek laki kau kat mana, buat ape.Errr aku bukan macam tu. Kalau husband aku kerja memang aku tak kacau dia. Sebab tu telefon aku jarang ada topup. Selalunye husband aku yang call aku. Ekeke.

So, itulah masalahnye. Aku memang rimas dengan orang macam ni. Tambah pulak diorang ni nak kawen dalam tahun depan. Kesian jugak la aku tengok member husband aku ni sebabnya bukan nak cakap la tapi tunang dia tu demand orangnye dan keras kepala. Tau la bakal laki dia tu pernah keje kat Oman. Duit berkepuk tapi tak yah la nak demand sangat. Semua nak grand-grand. Memang la kahwin tu sekali je seumur hidup kan tapi jangan la ambil kesempatan. Lagipun sekarang ni kan member husband aku tu sibuk dengan persiapan uptown ni. Banyak kerja nak buat and aku pun ada involve sekali. So, aku tau serabutnya macam mana. Tapi tunang dia tu jenis tak faham tau. Jenis nak ikut kepala dia je. Kalau dia tak dapat merajuk. Member husband aku tu lelaki, so perempuan ni kena la faham kadang-kadang lelaki mana reti nak buat choice dalam keadaan yang tengah serabut. Member husband aku ni dah bagi kuasa sepenuhnya kat tunang dia tu. Lagipun aku tengok tunang dia tu orang yang bijak jugak buat keputusan so pandai-pandai la arrangekan benda-benda ni. Bukan maksud aku dia kena buat sorang, maksud aku kalau ada benda yang sangat penting yang perlukan kerjasama dua belah pihak baru la bincang. Tapi entahlah. Aku tak nak masuk campur pun urusan diorang tu.

Tapi aku kisahlah bab dia call husband aku kalau tak dapat call tunang dia. Sehari ada la 5,6 kali dia call. Kalau husband aku tak angkat dia mesej. Adoiiii semak.

notakaki: tak ada apa yang nak aku cakap. Moga aku lebih bersikap husnuzon tahun depan. Moga segala perilaku buruk aku diakhiri tahun ni. Amin. Semoga majlis diorang berjalan lancar. Amin

Labels:


Ayam Masak Kicap Simple
Wednesday, November 25, 2015 | 11:45 | 0Comment

Ada la dua tiga orang kawan aku yang tanya aku ni dah berhenti kerja ke? motif utama diorang ni tanya sebab selalu tengok aku asyik post gambar makanan je. Diorang pelik sebab tengok aku kuat je masak walaupun tengah mengandung. Penat jugak hari-hari masak kadang-kadang tak tau nak makan ape dah. Tapi ape boleh buat cik husband aku jenis yang tak suka makan kat luar.

Walaupun hanya lauk telur kicap pun dia rela makan kat rumah dari makan kat kedai. Memang dia macam tu dari dulu mak dia la bagitau. Lagipun aku dah dalam trimester kedua ni memang rajin nau masak. Ade je benda yang aku nak buat. So, aku balik kerja pukul 5.30 tu memang terus terjah ke kedai runcit beli barang-barang. Sampai je rumah mandi-mandi terus masuk dapur. Nasib la cik husband aku ni jenis tak banyak songeh. Jenis makan satu lauk je. So, memang lagi mudahkan kerja memasak aku. Aku pulak jenis yang tak boleh kalau takde sayur. Mesti nak sayur jugak kalau takde tu timun pun ok. Adik ipar aku still ada kat rumah. Sekarang kan tengah cuti semester memang dia lepak kat rumah aku je la sampai hujung bulan ni.

Jadinya semalam aku buat lauk yang tak pedas sebab adik ipar aku ni tak makan pedas. Susah jugak nak buat sebab aku ni jenis makan pedas. Puas aku fikir nak masak ape semalam tapi tekak ibu mengandung ni nak makan ikan keli goreng. Nasib la kedai runcit tu ade ikan keli terus aku ambil dua ekor. Aku sorang je makan. Hahaha. Teringat pulak dekat arwah atok aku. Dia tak pernah cakap TAK kalau aku mintak ikan keli bakar. Aku memang cucu kesayangan hehehe. Ikan keli bakar atok sedap gila. Manis, juicy, rangup wah memang sedap. Memang favret aku pun ikan keli ni. Kalau pergi kedai nasi campur aku memang rembat dulu ikan keli. Hehehe.

Jadinya semalam cuma masak ayam masak kicap, ikan keli goreng dan sayur campur je. Alhamdulillah kenyang. Yang paling puas hati sebab tengok insan kesayangan makan dengan penuh selera. Betullah orang cakap kalau kita ikhlas buat sesuatu pasti akhirnya akan jadi sesuatu yang elok. Time masak ni la banyakkan zikir, selawat. Tambah pula air tangan isteri la yang menambat hati suami. Gituuuuu macam dah 14 tahun kawen nak bagi tips. Hahaha. Dah la sebelum aku merapu meraban meh la tengok resepi ayam masak kicap style aku yang super duper simple .. super duper sedap.

Ayam Masak Kicap


  • 1/2 ekor ayam
  • 1 labu bawang besar potong bulat
  • 1/2 labu bawang besar hiris
  • 2 biji kentang potong 8 
  • 3 ulas bawang putih hiris
  • 1 inci halia hiris
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 3 sudu besar cili kisar - nak letak lebih pun boleh
  • 7 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar kicap pekat - tak de pun tak pe
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil lada hitam/lada sulah
  • 4 tangkai cili padi belah tengah
  • 2 tangkai cili merah hiris menyerong
  • garam dan gula
  • sedikit air
  • sedikit daun bawang untuk hiasan


Bersihkan ayam dan toskan.
Perap ayam dengan kunyit dan garam selama 10-15 minit.
Goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Gorengkan kentang. Angkat dan ketepikan.
Gunakan minyak goreng ayam tadi dalam 3 sudu besar tumis bawang hiris, halia, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga naik bau.
Masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
Masukkan sos cili, kicap kacau sebentar. Masukkan ayam dan kentang gaul rata.
Masukkan sedikit air dan biarkan ayam empuk dan kuah pekat.
Masukkan lada hitam dan cili padi. Perasakan dengan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat bersama cili merah. Kacau seketika sehingga bawang agak layu. Tutup api
Sedia dihidang. Taburkan daun bawang sebagai hiasan.



notakaki: aku perasan aku suka sangat makan ikan goreng. agak-agak ade posibility tak anak kena kuning?? Yela ibu dia suka nau-nau makan ikan goreng panas dengan nasi putih kosong. 

Labels: ,


Nasi Tomato Di Hujung Minggu
Monday, November 23, 2015 | 12:10 | 0Comment

Untuk kali ni marilah penuhkan blog dengan entry masakan. Ahad lepas tekak ni teringin nak makan nasi tomato. Sejak-sejak dah masuk trimester kedua ni memang rajin memasak tu melampau-lampau pulak. Ade je benda baru aku nak cuba. Jadinya semalam aku masak nasi tomato kebetulan pula adik ipar aku masih ada dekat rumah.

So, untuk makan tengah hari aku masakkan nasi tomato, ayam masak merah dan juga acar timun. Sebenarnya dah lama jugak aku nak masak nasi tomato ni tapi bila tengok bahan-bahan alahai banyaknya orang kedah kata renyah nak buat. Tapi dah teringin sangat nak makan aku pun buatlah nasi tomato ni dengan cara aku sendiri. Tapi cam biasa la google-google mana yang patut.
Cara ni dipanggil mix and match. Giteww. Bawah ni resepi nasi tomato aku yang super duper simple.

Nasi Tomato


  • 4 cawan beras
  • 2 helai daun pandan dikoyak dan disimpul
  • 1 biji tomato dicincang
  • 10 sudu sos tomato
  • 1/2 cawan susu cair (aku pakai santan cair)
  • 5 cawan air
  • 1 labu bawang besar dihiris
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia dihiris
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter atau minyak (kalau ada minyak sapi boleh guna campur dengan butter)


Panaskan periuk nasi. Masukkan minyak. Tumis bawang, halia dan rempah-rempah.
Masukkan santan, sos tomato dan daun pandan. Kacau hingga wangi.
Kemudian masukkan air dan tomato cincang. Biarkan mendidih.
Masukkan beras dan garam kacau seketika.
Alihkan periuk ke dalam rice cooker. Masak nasi seperti biasa.
Apabila nasi masak leraikan nasi menggunakan garfu atau chopstick.

Ayam Masak Merah


  • 1/2 ekor ayam potong dan bersihkan
  • 1 labu bawang besar dipotong kasar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 15 tangkai cili kering *
  • 1 inci belacan *
  • 2 inci halia*
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang serai dititik
  • 1 keping asam keping
  • 1 biji tomato di potong wedges
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 2 sudu sos tomato/cili
  • sehelai daun pandan disimpul
  • satu cawan santan pekat
  • sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa.


Perapkan ayam dengan garam dan kunyit. Goreng setengah masak
Kisar bahan-bahan yang bertanda *.
Panaskan minyak lebihan gorengan ayam tadi tumiskan rempah tumisan, serai dan juga bahan kisar.
Masak sehingga pecah minyak.
Masukkan asam keping, daun pandan dan ayam yang digoreng. Gaul seketika.
Masukkan air secukupnya. Masak sehingga ayam betul-betul empuk dan air berkurangan.
Masukkan sos tomato atau sos cili.
Masukkan santan dan kacau rata. Perasakan dengan garam dan juga gula.
Akhir sekali masukkan tomato dan juga bawang besar yang dipotong bulat.
Tutup api dan hidangkan.

Acar Timun


  • 1 batang timun
  • 1 labu bawang besar
  • 8 sudu makan cuka
  • 4 sudu gula
  • 1/2 sudu garam
  • 4 biji cili padi
  • 2 biji cili merah


Timun di belah dua dan dipotong halus.
Bawang di belah dua dan dipotong halus.
Cili padi dan cili merah dipotong serong
Campurkan cuka, garam dan gula dalam satu bekas. Kacau sehingga gula dan garam larut.
Campurkan kesemua bahan. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidang.


Acar timun ni aku tak letak nenas sebab tak berani lagi nak makan nenas walaupun aku baca nenas sebenarnya elok untuk ibu mengandung. Tapi janganlah makan nenas yang masih muda cari yang betul-betul masak. Ok untuk bancuhan air cuka tu korang agak-agak la dengan garam dan gula. Letak sikit-sikit dulu kalau tak cukup baru tambah. Cuka tu tak perlu tambah dah. Kalau korang nak kurangkan pun boleh.

Rasa dah mak-mak sekarang ni hehehe. Seronok tengok anak-anak buah dah besar-besar. Kejap je dah darjah satu. Aril, Syifa belajar rajin-rajin tau. Nanti aku pulak tengok anak masuk sekolah. Cabaran besar tu.

notakaki: kat rumah aku tu memang jenis cepat lapar je semua. Kejap je licin nasi tomato aku ni. Donur aku buat pun licin jugak. Baru ingat nak buat bekal hari ni. Tengok-tengok periuk nasi pun kosong. Nasib la adik ipar rajin tolong cucikan pinggan. Senang hati mak enon. 

Labels: ,


Alkisah Donut 1 Pagi
| 10:45 | 0Comment

Hi semua. Alkisahnye petang semalam aku ni teringin la nak buat donut. Then tengok tepung alahai tak cukup ni. Kebetulan cik husband nak keluar aku pun kirim la tepung dengan mauripan.
Tunggu punya tunggu pukul nak dekat pukul 10 baru tepung dengan yis sampai. Aku pun naik malas dah nak menguli. Then dah pukul 11 camtu cik husband cakap nak makan donut. Aku pun gagahkan diri pergi menguli tepung pada pukul 11 malam. Biasalah tunggu doh donut ni naik memang agak lama sikit so dalam pukul 1 camtu baru la aku start goreng. Untung ada adik ipar dan kawan cik husband takde la membazir. Diorang habiskan semua donut. Dasyat betul. Aku bangun pagi ni konon nak bawak untuk sarapan, alih-alih tengok dah licin. Lapar betul diorang ni.
Aku guna resepi kat bawah ni. Resepi ni campur-campur ikut bahan yang aku ade. Macam biasa selalunya aku tengok dekat blog kak Ita. Banyak resepi menarik boleh cuba.

Resepi aku:

  • 3 cawan tepung diayak
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu butter cair
  • 1 paket yis
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 sudu kecil garam
Ayak tepung dalam bekas.
Dalam bekas lain masukkan air suam, yis, gula dan susu. Kacau dan letak tepi biarkan berbuih.
Masukkan tepung dan garam dalam bekas campuran yis tadi.
Uli dan biarkan kembang sekali ganda lebih kurang 1 ke 1 1/2 jam.
Tumbukkan doh ditengah untuk keluarkan angin. Bolehlah bentukkan donut mengikut bentuk kegemaran masing-masing. Sapukan sikit tepung pada tangan untuk elakkan doh melekat.
Setelah itu biarkan doh naik sekali ganda lagi sebelum digoreng.
Akhir sekali goreng dengan api sederhana. Taburkan gula atau apa sahaja topping kegemaran anda.


Resepi aku ni tak pakai telur sebab lupa nak kirim dekat cik husband. Tapi still menjadi jangan risau. Kalau korang nak tengok resepi dari kak Ita boleh la jengah blog dia dekat SINI

notakaki: gambar tak sempat nak snap sebab diorang dah balun dulu. hampeh betul. Cik husband cakap sedap dan lembut donut aku tapi kenyal katanya penat mengunyah. Eh-eh silap kat mana lagi ni. Takpe try lagi next time. Cik husband request nak letak coklat pulak kt dlm lps ni .. mcm big apple tu.

Labels: ,


Obsesi
Tuesday, November 17, 2015 | 16:54 | 0Comment

Kali ni aku nak cerita pasal obsesi aku. Aku ni jenis yang macam pelik sikit dari orang lain kot. Aku ada beberapa jenis obsesi yang tak terlalu melampau la sebabnya selalu dihalang oleh orang-orang terdekat.

Obsesi pertama aku adalah buku. Ok. Yang ni memang tak ada sape nak halang la sebab buku kan. Tapi aku memanglah sejenis manusia yang obses sangat dengan buku. Apa je la buku tak kisah novel ke, buku masakan ke, majalah, komik ataupun buku kosong. Yes buku kosong aku suka sangat sebabnya aku ni jenis yang suka menconteng dan menulis. Dalam beg aku wajib ada pensel, pemadam, pen dan buku. Sebab aku ni seorang yang cepat lupa so dengan adanya buku senang aku nak catit ape-ape. Kadang-kadang tu dekat kedai makan bosan tunggu makanan time tu la idea ni mencurah-curah nak tulis macam-macam. Bila tak ada benda-benda ni aku rasa tak tentu arah sebabnya time nak menulis atau melukis tak ada bahan. Walaupun aku boleh je tulis atau lukis atas tisu. Tapi tak best. Dari aku kecil lagi memang aku sentiasa ada diari sampailah aku jumpa medan blog ni. Tapi tak syok sangatlah sebabnya tak boleh nak tulis benda-benda privasi. Hehehe. So, far buku favorite aku ialah buku kosong yang aku beli dekat Daiso. RM5 tapi tu dulu sekarang kena tambah 30sen. Konghajo punya jib.


buku yang aku beli kat Daiso. Buku contengan jalanan je ni.. hehehe gambar tak dapat nak rotate maapkan saye yerr. Seperti yang aku cakap buku contengan jalanan so yang hado contengan-contengan jela selain resepi-resepi yang aku salin letak dalam buku ni. Bawah ni hasil-hasil doodle aku ketika paling bosan. Hahaha sekarang ni gila buat typography pulak. Len kali aku share.







Buku yang baru je aku grab tadi. Saiz A6 macam moleskin tapi masih terfikir nak buat diari atau baby journal. Dah tak boleh fikir, Hehehe.


Obsesi aku yang kedua adalah botol air dan mug. Entahla aku ni suka sangat tengok botol air tak tau la kenapa. Sampaikan tengok bekas air Noodle Boat tu pun aku nak. Ni yang tak sabar nak ajak cik husband jejak kaki kat Noodle Boat. Bukan nak makan mee sangat pun nak bekas air dia tu je. Boleh camtu? Kalau aku pergi mana-mana memang aku cari botol air dulu sambil-sambil tunjuk dekat cik husband. Yang ni cantik lah yang ni comellah kan. Tapi natijahnya aku hanya diberi muka seposen oleh cik husband. Dia tak bagi aku beli. Agak-agak kalau dia bagi aku beli entah berapa banyak botol air aku ade. Tambah-tambah bila tengok botol ait Bros ataupun mug Starbucks. OooHemmGiiii. Meroyan kejap. Tapi tu la macam aku cakap awal-awal, orang terdekat banyak sangat menghalang benda kesukaan aku yang satu ni. Cik husband cakap 
"Sayang ni nak beli botol air banyak-banyak nak buat ape? Beli je minum air sebotol pun susah nak habis"
Spoil je. So sekarang ni tengok dalam diam je botol air yang lawa-lawa. 



Starbucks Sakura Tumbler

Bros. Yang penting BPA Free

Glass bottle

Ni pun cukup buat aku tak tentu arah, Gila!

Ok la cukup kot untuk setakat ni. Kang panjang pulak entry kali ni. 

Notakaki: Oh sebelum tu kan ada kes pasal kerani sekolah yang kena bunuh tu, Please girl kat luar sana bukan untuk korang je aku pun kena sama-sama beringat kena sama-sama hati-hati. Sekarang macam-macam boleh jadi. So kena extra careful. Ada tips kat bawah ni untuk kita perempuan beringat selalu walaupun kita sedia maklum malang tak berbau, Tapi please please please extra careful. Tak kisah la bujang ke dah kawen ke. Pesan kat adik-adik kita sama. 

1. Kurangkan selfie.
Kita tak tau kalau2 selama ni tiap kali awak post gambar, ada mata yang sentiasa memerhati. Dah lama jatuh cinta dengan awak. Dah lama imagine nak "bersama" awak. Nak jadikan awak milik dia. Jangan kata mustahil, zaman sekarang ni manusia makin gila.
2. Jangan check in rumah sendiri.
Tolonglah.... jangan check in alamat sendiri. No.1 jalan 2, taman tas, kuantan. Bila-bila masa orang boleh datang rumah awak.


3. Jangan up status tinggal sorang kat rumah.Dah lah check in alamat sendiri, siap bagitau dunia tengah sorang-sorang kat rumah. "Boringnya. My habibi out station lagi. Tinggal dengan anak bulus je. Ada yang nak teman?" Haaa...jap lagi ada yang datang betul-betul baru tau erti penyesalan. Kalau yang jenis tak pernah check in alamat sendiri, pun perlu elakkan bgtau awak tengah keseorangan. Sebab apa? Ada je kawan diluar alam maya yg tau rumah awak & tak semuanya baik.
4. Jangan post no plat keretaYe... tau kereta tu atas nama awak. Hasil titik peluh awak. Kalau nak post gambar, at least tutup no plat. Bahaya. Dari no plat je boleh tau semua personal details kita. Kalau info tu dapat kat orang jahat?
5. Jangan sibuk nak check in semua tempat yang awak pergi.Sampai pejabat check in, tingkat 73 klcc. Lunch check in, kedai mamak belakang klcc. Habis kerja, pergi jogging check in taman klcc. Nak balik rumah check in jem kat akleh sambil selfie nampak muka cantik & lambang kereta mahal kat stereng. Sampai rumah check in, sampai dah my home sweet home no.38-4-7 kondo mewah, jalan orang kaya, kl. Bahaya! Bahaya! Bahaya! Nak-nak lagi kalau status tu setting public. Satu dunia boleh tengok.
6. Hadkan apa yang perlu dikongsi difacebook.Baru beli gelang emas lip lap lip lap macam mami jarum, tak payah post kat fb. Dapat bonus rm10k seeloknya jangan up kat fb. Jangan terlalu pamerkan kemewahan & kekayaan awak kat fb. Bukan sebab taknak orang kata riak, itu isu lain. Tapi demi keselamatan awak.


Labels:


Kes Pecah Rumah
Wednesday, November 11, 2015 | 11:04 | 0Comment

Malam tadi husband aku keluar sekejap dengan kawan dia pergi rumah kawan satu lagi sebab nak offer member dia tu kerja. So tinggallah aku sorang-sorang dekat rumah. Sebelum tunggu maghrib aku kemas-kemas la sikit rumah tu.

Then tetiba mak mertua aku call. Borak-borak dengan mak mertua tetiba ada pulak orang ketuk pintu rumah aku. Husband memang dah pesan kalau ade orang ketuk jangan bukak pintu. Aku memang tak buka la tapi hati rasa tak sedap rasa pelik je tak pernah-pernah orang ketuk pintu rumah aku kecuali mat-mat deliverylah. Sejak pregnant ni husband aku suka makan kentang putar so nak pegi KFC tu jauh bebenor so delivery jela sebab tu selalu mat delivery tu datang rumah. Hehehe

Aku beranikan diri mengintai kat tingkap rumah aku tapi aku bukak sikit je sebab tak nak orang yang ketuk tu perasan. Aku nampak ada dua orang lelaki tapi aku tak nampak pulak muka. Cuak kejap aku terus masuk bilik. Nasib jugak pintu depan tu dah siap kunci dengan selak sekali. Risau jugak kot-kot dia boleh bukak pintu ikut tingkap ke.

Dalam bilik aku ambil fon tengok ade mesej dari sepupu aku yang tinggal sebelah blok aku tanya aku ade dekat rumah atau tak. Aku jawab ade kat rumah. Aku ingatkan dia nak datang rumah ke ape rupanya dia bagitau aku benda yang sama rumah dia pun ade orang ketuk. Dia pun ada jugak intai ikut tingkap bilik dia. Tapi dia nampak tu sorang je. Aku pun terus call husband aku bagitau dia benda ni.

At first husband aku suruh duduk je dekat rumah. Tapi aku cakap baik aku pergi rumah sepupu aku tu sekurang-kurangnya kiterorang ni berteman masing-masing. Kesian pulak dekat dia husband dia kena masuk hutan. Dua kali sabtu baru balik. Kira lama la dia nak kena tinggal sorang-sorang. Kesian pulak dengan ada baby lagi. Aku yang naik risau dengan dia.

So, semalam nak keluar rumah terus call husband aku sebab dia pesan macam tu. Kira sepanjang jalan aku nak ke rumah sepupu aku tu memang handphone tak letak la. Cuak kan. Jalan pun pandang kiri kanan depan belakang. Risau. Masuk je rumah sepupu aku lega sikit.

Jadinya, tadi aku tanya akak cleaner tempat kerja aku ni sebab dia pun duduk area sama dengan aku cuma blok je lain. Aku tanya la kot-kot rumah dia pun ada orang ketuk. Dia cakap tak ada. Tapi dia ada la bagitau yang situ ade kes pecah masuk rumah. Banyak jugak la rumah yang diorang ni dapat pecah masuk. Kecut perut jap aku dengar. Baby dalam perut pun menendang. Eh eh dia ni. Hehehe.
So, dia pesan la dengan aku kalau ada orang ketuk lagi jangan buka pintu. Risau aku bertambah pulak kat sepupu aku tu. yela dia balik dari kerja nak ambil anak lagi. Aku bukan apa risau takut-takut ada orang ikut ke ape ke. Dah la dia tu duduk sorang-sorang. Sekarang ni aku dalam dilema nak bagitau dia pasal kes pecah rumah ni ke tak. Bukan ape tak nak la dia terlalu risau sangat. Aku pun tak nak la buat dia takut.Tapi kalau tak bagitau aku rasa macam aku selfish pulak. So macam mana ni? Patut bagitau ke tak?

notakaki: walaupun rumah aku tu kosong tak berperabot hanya ada tv seketul dan playstation husband aku, risau jugak kang dibawak lari dek penyamun tu. krik krik nanti kiteorang. Surirumah yang lain hati-hati lah kalau duduk seorang dalam rumah. Please kunci segala pintu tutup segala tingkap. Pintu tu buat selak siap-siap. Takut.

update: ok dah bagitau dia. lega sikit rasanya. 

Labels:


Anugerah dan Kejayaan
Saturday, October 10, 2015 | 10:15 | 0Comment

First sekali syukur aku ucapkan atas anugerah yang tak terhingga untuk aku dan suami. Tak sangka Allah tu bagi aku rasa nikmat ibu mengandung. Aku dari dulu memang suka tengok ibu mengandung. Hehe entah rasa seronok je tengok perut orang membesar. Setakat ni aku tak rasa lagi apa-apa pergerakan mungkin sebab usia kandungan masih di peringkat awal. Setakat ni juga aku masih belum scan baby lagi. In shaa Allah dalam bulan ni nak scan sebabnye tak sabar nak tengok insan kecil dalam perut ni. Masa buat buku hari tu diorang takde scan pun. Pengalaman mengandung aku rasa ramai je yang alami benda yang sama, aku pun tak terkecuali muntah-muntah tu normal tapi aku biasa-biasa je tak terlalu teruk. Cuma kalau perut kosong mula la rasa mual tu datang. Alhamdulillah setakat ni takde la pulak tak boleh makan nasi, tak boleh bau wangi, tak boleh bau suami kira bau-bau tu semua tak jadi masalah pun.Aku selera makan ok takda masalah, cuma tak boleh nak telan susu sebab aku memang jenis yang minum susu je mesti MUNTAH. Tak kira la susu jenis apa sekali pun. Tapi susu coklat ok tak ada masalah. Susu putih tu je yang bermasalah. So, alternatif sekarang makan cornflakes dengan fresh milk. At least ada la sikit kalsium aku bagi kat baby walaupun tak banyak. Tu pun loya tekak. Makan cornflakes je susunye tak hirup pun sebab tak boleh telan. Nasib baik dapat susu mengandung free tak de la membazir nak beli. Iye dok? Aku banyak register jadi member susu-susu ibu ni so dapat sample berkotak-kotak. Tapi malangnya bila minum je kua balik tu yang tak syok walaupun susu yang aku dapat tu susu coklat. Maapakan amee ye baby. Aku sekarang suka minum air oren. Sunquick, fresh oren semua la yang ada oren. Buah oren je yang tak berapa. Mengidam? Setakat ni takda just teringin biase-biase je. Biase la aku memang macam tu memang orang yang kuat makan. Ade je benda teringin. Tapi yang peliknya mengidam aku turun ke laki aku pulak. Husband aku dan aku tak suka bubur kacang hijau. Memang bukan favret la. Aku tak suka tekstur bubur kacang hijau tu aku pun tak tau apa salah kacang hijau tu yang pasti aku tak suka kacang yang dimasak sampai lembik. Aku suka kacang yang rangup je. Laki aku pun tak suka jugak. Tapi semalam dia bagitau dia teringin nak makan bubur kacang hijau. Alamak. Lagi satu dia nak makan sate ikan tapi tak dapat lagi. Sian dia macam dia pulak yang mengandung. Nasib baik muntah-muntah dia tak kena. Aku pulak sakit pinggang sentiasa. Sakit sangat kalau nak baring. Kadang tu bila dah baring lama nak bangun duduk tu memang perit la. Ada satu masa sampai laki aku kena papah aku sebab aku tak boleh berdiri straight. Tapi mungkin jugak sebab tido beralaskan toto. Sebabnya kami baru je pindah rumah yang dekat dengan opis so rumah tu memang kosong. Duit pulak banyak habis masa bayar deposit rumah so tak dapatlah nak beli katil lagi. In shaa Allah sikit2 nanti dapat la kan. Setakat ni aku selesa je janji ada laki aku cewahh.

Baby bump beso sebab bercampur lemak terkumpul. Tu lah sebelum kawen tak nak diet. Hehehe anak amee besar sihat dan kuat.

Dah masuk second trimester ni rasa malas tu makin hilang dan aku makin rajin pulak masak. Cuma ade hari-hari aku malas memang tak boleh buat apa la. Nak mandi pun malas Ya Rabbi. Teruk betul perangai. Untuk pertama kalinya sejak berumah tangga ni aku masak KARI. Hahaha macam lawak kan bunyinye. Tapi tulah aku berjaya buat kari pertama aku dengan sedap sekali. Aku tiba-tiba rasa kagum dengan diri sendiri sebabnya bagi aku la, kalau kau pandai masak kari In Shaa Allah masakan lain mesti kau senang hati boleh masak. Hehe entahlah aku rasa masak kari ni susah. Yela kan banyak step. Nak menumisnye guna bahan adik beradik tu la, nak pakai rempah kari banyak mana, nak tunggu rempah tu masak. Paham tak banyak step? Aku tengok lain orang lain cara masak kari sebab tu aku jadi takut bila part nak masak kari. Tapi masa aku masak tu dengan bantuan cik Google dapatlah aku masak kari ayam pertama aku dengan jayanya. Yang paling best bila makan tengok cik husband makan bertambah. Sedap ke cik abang? Hahaha sejak tu menu aku hari-hari kemudiannya tak lain tak bukan mesti kari. Hahahaha ..


kari ayam percubaan pertama :D


menu yang dah lama teringin sangat tekak ni kari udang. Side dish sambal belacan dan timun. Kembang kejap mak sebab cik husband cakap sedap gila. Pastu dia mintak buat lagi kari udang ni esoknya. Tapi malangnya udang tak ada kita ganti dengan sotong je. Boleh la. Amboi dah boleh masak kari, hari-hari mak enon ni nak masak kari kan. Riak ni mak enon ni. Ok lah. Resepi-resepi cik dira akan aku post next entry. Belambak dah dalam draft tu cuma tak ada gambar lagi. Next time la ye .. till then byeeeee

notakaki: dalam aku happy aku turut sedih dengan kesakitan yang dialami sepupu tercinta aku Eka. Aku harap kau cepat sembuh nyot. Aku sayang kau. Aku sakit bila kau sakit. Sorry nyot. 




Labels: , ,