|
Welcome to my blog
![]() " Be like a flower that gives its fragrance even to that hand that crushes it - Ali Ibn Abi Talib (SA) -" We can chatting here
|
refresh
profile
recipes
pregnancy
facebook
follow
Mengajar
Saturday, August 20, 2016 | 12:20 | 2Comment Mengajar. Aku memang tak suka mengajar so disebabkan itu juga aku tak pernah bercita-cita nak jadi cikgu. Aku memang fail sikit la bab mengajar ni. Kalau tanya macam mana nanti nak ajar anak? Ha, itu aku risau. Kalau bab nak ajar dia dalam pelajaran aku rasa tak ade masalah kot. Tapi nak ajar dia dengan cara betul-betul Islam dan nak ajar dia kelakuan budi bahasa budaya kita ni yang agak tricky bagi aku. Yela ibu dan bapa kan yang mencorak anak-anak. Kalau kita corak dia menjadi Islam maka Islam lah dia. Kalau kita corakkan jadi Yahudi maka Yahudi la dia same goes to Nasrani atau Musyrik. Tapi In shaa Allah aku dan husband cuba jadi ibu dan papa yang terbaik untuk Zuhayra. Ok sambung balik citer tadi. So, bila bab mengajar ni pun ada dua jugak. Satunya bab pendidikan la kan. Jujur la aku cakap aku memang tak reti nak ajar adik-adik aku ataupun kawan-kawan sebabnya aku ni tak reti cara nak explain tentang sesuatu benda tu. Bila bab mengajar adik aku pulak always get emotional. Hahaha garang kalau aku yang mengajar. Bila dia tak dapat mula la aku naik suara. Adik aku tu pulak jenis asyik sentap pastu nangis ha lagilah aku menyirap panas je muka. Aku memang tak boleh nak ajar kalau jenis yang macam ni. Sama gak bila kat universiti dulu, aku tak reti gak nak explain kat membe aku kalau lecturer bagi assignment and diorang tak masuk kelas. Padan muka. Hahaha even tengok movie pun bila orang tanya citer tu pasal ape aku memang fail bab explanation ni. Hahaha sian adik-adik hakak. Second is mengajar tentang hidup. Tentang cara hidup and everything la pasal life ni. Maksud aku kat sini bukanlah aku tak suka orang mengajar aku bila buat satu-satu benda tu tapi tengok keadaan la. Jangan la semua benda kau nak bagitau orang tu,
'eh! buat macam ni?'
'eh!kenapa buat macam tu?'
'eh kenapa udang tu tak buang kulit?'
Eh kenapa itu .. eh kenapa ini .. eh eh eh .. stress tau tak. Kita tau la ape yang kita buat kan. So, bagi aku macam agak rude bila cuba mengajar orang lain tentang hidup dia. Itu hidup dia so, biarlah dia corakkan hidup dia sendiri. Tapi tak de la aku cakap tak boleh langsung, I means tengok keadaan la. Tak semestinya semua benda kau nak kena kondem. Respek la life orang. Ni tak bila datang rumah orang kau kondem itu kau kondem ini. Stress weh. Serius stress tambah-tambah bila diorang mula masukkan anak kau sekali dalam hal ni. Makan dalam weh. So, aku rasa macam tak patut sangat la nak mengajar tentang benda-benda yang tak sepatutnya kau ajar. Bagi nasihat is fine but kalau kau mengajar orang buat sesuatu tu yang tak boleh blah. Contoh la aku bagi pasal kes budak yang muka naik jerawat lepas try kosmetik online ke ape tah tu kan. Aku tak paham orang-orang yang sebok komen kat gambar dia,
'Hi, i dermatologist. U shud try this product'
'Hi sis, apa kata try produk ni bla bla bla'
'Apa kata u try cara tradisional je'
Eh eh, jenis macam ni aku tak paham. Budak tu for sure tau apa yang dia buat. Apa yang dia perlu buat. Dia tu just need your support bukan ajar dia what to do. Dia pun tau la.
So, bagi aku semua tentang cara kau mengajar la. Main point aku ialah cara kau mengajar orang tentang lifestyle seseorang tu. Paling penting tak perlu ajar dia tentang hal rumah tangga dia. Dia tau apa yang dia buat. Jangan la terasa dengan apa yang aku cakapkan. Jangan risau bila tak tau dia akan tanya tapi jangan sesekali terus kau nak ajar dia. Benda tu bukan perkara yang elok. Nanti boleh hilang respek dia kat kau. Contoh la aku bagi kan. Walaupun benda ni dah lama but aku nak bagi jugak contoh. Ada satu kali ni aku masak udang. Ok selalunya aku masak udang memang tak buang kulit la. Mak aku, mak mertua aku, makcik-makcik aku masak memang tak buang kulit sebab nak rasa manis udang kan. So, aku masak hari tu memang tak buang la kulit dia. Then tetiba ade orang kondem cakap
Sedap dh tu... Tp len kali lebih rajin skit noh tang udang tu... Biar mudah laki mu nk makan... Nnti dh ada anak lebih senang kot...
Sentap ok bila dia komen cam tu. Nampak mainan bahasa dia. Aku memang panas je time ni. Ok. Pastu dia cakap cam ni.
Nnti i ajarkan k... Xyah buang semua kulitx tu... Kesian yg nk mkan... Kalau anak i hrumm jenuh mama kena kopek kulit nya...
Nampak tak ayat dia. Perghh. Memang terus aku tak reply la. Anak dia nak makan lantak la. Ape kena mengena dengan aku. Bukannya aku nak hidang kat anak-anak dia. Lagipun anak-anak dah besar panjang takkan malas nak kopek kulit udang? Laki aku nak makan pandai la dia nak kopek kulit udang, Even nanti anak aku pun aku biar je kopek kulit udang tu sendiri. Itu cara nak ajar supaya tak terlalu bergantung, Lagipun manis lagi makanan tu dengan kulit udang. Haih. Nampak tak cara mengajar yang tak kena. "lain kali i ajarkan k" Hello.. aku pun tau la masak tak yah ada kulit udang. Ni la contoh cara mengajar yang tak betul. Ni la yang aku maksudkan. So, lain kali fikir dulu sebelum nak mengajar orang tentang hidup. Nak ajar benda lain takde hal tapi bab lifestyle bab rumahtangga dia jangan la kacau. Ok. Thats it,
Labels: ; ::love, ::ceritera dira Annur Zuhayra's First Moment
Thursday, July 28, 2016 | 10:46 | 0Comment Annur Zuhayra hari ni dah cukup 4 bulan 24 hari. Lagi berapa hari je nak turns to 5 months. Aih kejap je rasa. Macam tak sedar je dia dah boleh itu boleh ini. Hehehe Jom la tengok gambar first moment Zuhayra.
Ayra's First keluar dari perut. First time minum susu ibu tapi ibu mengantuk sangat dan Ayra pun tak hisap sangat pun hehehe. Nasib baik ade papa tengokkan Ayra.
Malam pertama ibu dan Ayra, Ibu letak Ayra dalam babycot. Ibu letih sangat sampai tertidur. Bangun je banyak sangat wassap masuk mintak gambar Ayra.
Day 2 mak tok dan opah datang melawat. Yay! First time Ayra balik rumah tok ayah
Ayra with opah. Opah pandai buat Ayra celik mata hehehe
First moment ibu. First time nikah, try pregnancy test, first time selfie with baby bump.
A very first time capture. Ayra's smiling. Mimpi main dengan kakak ke sayang?
14/6/2016 Ayra first meniarap dengan jayanya. Tanpa bantuan. Yay!!!
Ayra first short vacation. Kelantan-Terengganu-Pahang. Ayra first shoot at tepi pantai. First time pijak pasir pantai.
Ayra Second kenduri. First kenduri dekat Kelantan. Lupa nak tangkap gambar. Hehehe bertabahlah anak dapat ibu pelupa.
Ayra first keluar after ibu habis pantang.
Ayra first mumbling with tok ayah. Jerit-jerit je.
Ayra first botak.
Ayra first duit raya. Mintak sikit?
Ayra first day with ibu. Ibu first time tukar diapers Ayra. Ayra first tengok ibu. Nampak ke?
Ayra first selfie with mak njang
Ayra second time botak. Tok ayah cukur.
Ayra first time teman ibu pergi dobi
Ayra first time raya Penang
Ayra first time raya Ipoh.
Semuanya first dan second moment Ayra. Ibu simpan siap-siap dalam ni. Walaupun ada lagi moment-moment Ayra yang ibu tak capture tapi ibu ingat dalam ingatan ibu sampai bila-bila. You are the best thing happen to me. My precious one.
Zuhayra nowdays. Dah pandai senyum gelak-gelak bila diacah. Pandai nak main. Pandai ajak sembang. Dan dah pandai tangkap kaki sendiri. Pandai nak ambil barang-barang depan mata dia. masih kuat nangis. Manja dengan papa -_-"
notakaki: nanti ibu upload lagi gambar Ayra. see you again.
Labels: ; ::love, ::family, #AnnurZuhayra Company Dinner
Wednesday, May 21, 2014 | 14:19 | 0Comment Having a great dinner last week dengan semua staff Sim Hoong sempena Hari Ibu. Bagus betul company aku ni raikan hari ibu di hotel ajak semua staff. Company aku ni memang bagus sebab bos jenis tak berkira langsung dengan pekerja. Ape pekerja nak dia bagi. Kira dia ni sangat bagus dalam menjaga kebajikan pekerja. So, back to semalam punya cerita. Hidangan bufet dekat Dorsett Regency Hotel sangat sedap. Marvelous!! Semua pun oleh bedal dan alhamdulillah HALAL. Banyak sangat makanan yang menarik dan sedap. Untuk starter aku dengan Mr. Zul makan rojak buah dulu ikut sunnah makan buah dulu sebelum makan makanan lain. Then, kami ambil roast chicken. Wah! Sangat yummeh!! Dengan gravy dia yang tak terlalu pekat dan sangat sedap. Aku pulak ambil beberapa jenis salad untuk makan dengan ayam tadi sebab tak nak terlalu muak. So aku amik potato salad dengan salad ape tah macam ada fishball sikit tapi sodap!!! Fevret aku tu. Lepas tu aku try dia punya udang masak petai malam tu tak makan nasi sebab tak nak terlalu kenyang. Mr. Zul pulak tak reti nak kopek udang so aku lah yang jadi tukang kopekkan udang untuk dia dan dia makan je.. sampai tinggal 1. Ape pun tak boleh. Then kiteorang makan lamb garlic. Daging kambing yang dimasak dengan sos bawang putih dan lada hitam. Tapi sedap tak terlalu rasa bawang putih dan lada hitam. Emm, just nice.For desert aku makan ice-cream, marshmallow dengan coklat, brownies, cupcakes, dan macaroon .. sumpah at first memang tak teringin langsung nak makan macaroon ni sebab ingatkan teksture macaroon ni keras dan rapuh macam biskut. Tapi rupanya tidak. Dia sangat lembut dan cair di mulut. Teksture ala-ala pavlova. Sangat nice dan sedap. Aku lupa amik gambar my bad! Dah layan jela gambo ni.. tak banyak pun tapi cukup la ..
sushi .. lupa letak kicap asing .. habis masin sushi aku ..
roast chicken .. chicken .. chicken ..
fresh sliced .. entah ape benda ..
marshmallow ice cream !!!!
cheese .. maybe ..
ni jela gambar yang Mr. Zul tangkap. tak banyak sebab dia sebokkk makan je keje. Btw buffet kat sini sangat sodap ... i love macaroon
notakaki: Dorsett Regency Hotel at Jalan Imbi .. Checkers Cafe.
Labels: ; ::love, ::ceritera dira, ::my life short breaks ...
Saturday, February 4, 2012 | 23:14 | 0Comment assalammualaikum .. salam maulidur rasul .. sekarang ni BMI tengah cuti untuk beberapa hari bermula hari ini .. tapi ramai yang da cabut hari khamis lagi .. ade jugak tu hari rabu dah balik kampung masing2 .. kelas pon tak pegi .. dengan alasan tiket bus dah beli... whatever .. tapi aku .. aku masih lagi di bumi BMI ni .. meneman BFF aku .. dye tak nak balik .. bagi aku .. aku pon malas rasenye nak balik .. tapi apekan daya terpaksa jugak aku balik sebab dah janji dengan amoy nak balik .. sebernarnye sy masih lagi upset dengan ayah .. nak cerita ?? tak payah la kot .. tapi boleh ke upset dengan dye ?? tak di cop anak derhaka ke ?? tak nak la di cop macam 2 .. walau camne upset sy sekalipun sy tetap anaknye .. dan dye tetap ayah yang sy sayang sampai ble2 .. dye orang yang sy syg sgt2 selepas arwah mak .. kalau nak dibandingkan pengorbanan yang dye buat dengan sy memang la tak terbanding kan ? dye la ayah yang dah selalu bersusah payah membanting tulang empat kerat beliau .. mencari rezeki .. menjaga kami semua .. sy sayang sangat ayah sy .. hmm .. sy tak boleh la nk upset dengan dye .. dan sy pon tak nak dye upset dgn sy .. huhuhu .. ********* hari ni keluar dengan Mr Chipsmore yay !! .. best2 .. lepas rindu .. pegi tasik titiwangsa je .. pon oke la .. pas tu g makan char kuey teow .. sy tak nak tapi di sumbat juga .. then karaoke .. 'zombie...zombie..' lepas tu kteorg singgah kejap dekat pustaka rakyat habiskan 50 rggt lagi voucer .. xtaw dah nak beli ape .. Mr Chipsmore pon ade lagi 200 rggt nak dihabiskan .. nanti keluar lagi shopping lagi 200 .. hahahah .. time tu boleh la amik ape je .. huhuhuhu .. notakaki: walaupun belum hari bapa tapi nak cakap sy sayang ayah sy sangat2 .. jom sayangi ayah kita .. :) Labels: ; ::love |









































