|
Welcome to my blog
![]() " Be like a flower that gives its fragrance even to that hand that crushes it - Ali Ibn Abi Talib (SA) -" We can chatting here
|
refresh
profile
recipes
pregnancy
facebook
follow
Kronologi Cuti Yang Berturut-turut
Thursday, February 23, 2017 | 14:44 | 0Comment Hai .. Dah lama kot tak menaip. Too busy lately. Ayra membesar dengan cepat. Sekarang dalam proses nak tukar pengasuh baru. Tapi sekarang Ayra dekat rumah dadima dia dekat Ipoh. Kali ni nak story sikit la berkenaan tajuk entry kali ni. Lepas raya cina hari tu aku cuti panjang sangat. Rasenye habis dah kot cuti tahun iolls. Sedih. Ok kita start dengan tarikhnye ye one by one. Awal bulan hari tu since Zuhayra dekat Ipoh so kteorg decide nak ambil dia la dari kampung lepas raya cina tu. Nak dijadikan cerita .. 28 Jan Sampai Ipoh pukul 7 pagi. So, hari tu takde gi mana-mana pun rehat kat rumah je. Husband pun recharged badan sebab seminggu sebelum balik kampung tu dia banyak sangat keje and banyak sangat habiskan masa dekat bengkel. Nak siapkan kereta sebelum balik kampung. Excited sangat dapat jumpa Zuhayra lepas 2 minggu tak jumpa. Subhanallah makin aktif makin bijak. Rase macam jumpa orang lain. Masa dadima dia ambil dia bawak balik Ipoh tu rasa macam dia baby lagi. Sebab masa tu dia macam malu-malu .. takut-takut .. pendiam .. tak nak dengan orang. Tapi bila aku jumpa dia masa tu. Zuhayra dah lain sangat. Jadi suka senyum .. suka gelak .. makin aktif.. tapi masa tu dia tak nak dekat aku T_T .. Melekat macam koala je la dengan dadima dia hari tu .. 29 Jan Hari Ahad dekat Ipoh kami selalu jugak la jengah Lokin. Kat situ macam pasar karat. Barang-barang antik banyak boleh dapat kat situ. Dulu in-laws aku berniaga kat situ jual beg bundle. Sekarang ni adik ipar aku pulak niaga jual jagung kt situ. Tempat tu memang bukak hari Ahad je. So, husband ajak la pegi sana sebab dia nak cari spek mata. Bila jalan-jalan kt situ dia cakap tak sedap badan rasa nak demam. So, kteorang pun balik la. Sampai je rumah husband dh start menggigil satu badan and dia ckp badan dia sakit-sakit. Aku pun bagi la makan ubat semua. Minum 100plus. Malam tu badan dia panas gila. Aku demah jela dengan towel basah. 30-31 Jan Husband still demam. On off kejap dia ok .. kejap lagi dia menggigil. sakit-sakit badan. Memang teruk gila la. Tapi masa tu still tak pegi klinik la sebab dia tak nak pegi. 1 Feb Demam makin teruk and kami decide bawa pegi klinik. Pegi klinik swasta kena reject sebab demam lebih 3 hari. Diorang cakap pegi terus klinik kerajaan ambik darah kat sana. Kiteorang pun straight je la pegi sana buat blood test semua and dokter ckp memang platelet darah dia rendah tapi dia takde la cakap yang husband ni kena denggi. Pastu dia suruh repeat darah lagi esoknye. Tapi kteorg tak pergi sebab kteorang dh nak balik Kl. Tapi aku syak yg husband memang kena denggi sebab simptom-simptom tu semua dh ade kt dia. Takpela pastu kteorg carik jambu air untuk dia. Tetiba pulak dia nak makan jambu air. Masa tu memang semua pelusuk Ipoh mak ayah dia carikkan jambu air takde. Last sekali dapat dekat rumah acik yang meniaga dengan inlaws aku tu. Depan rumah dia ade pokok jambu air. Itu pun rezeki dapat 3 biji je. Kemain demam-demam pun mengidam. Tak dapat jambu air kecewa. Eh eh .. hahaha 2 Feb Kteorang dah balik KL. And luckily mak mertua and adik ipar ikut sekali. Tapi masa tu husband punya condition tak ok lagi. Still demam and sakit badan. Petang tu dia cakap dh tak larat sangat dah and dia ajak pergi hospital Ampang. Sampai sana amik darah lagi sekali semua tu. Pastu staff kt situ terus panggil husband masuk ward emergency. Time ni memang kompem kena admit la. Drip air semua. So bermalam la dia dekat hospital hari tu. Hari Isnin 6 feb baru discharged. Aku ni ulang alik la pergi hospital. Nasib la ade adik ipar boleh tolong bawakkan. Kalau tak mereput jugak la nak pegi hospital tu .. Zuhayra pulak nasib la mak mertua ada boleh tolong jagakan. 7 Feb Lepas je husband dah sihat aku pulak demam. Pastu mak mertua .. pastu Zuhayra .. pastu adik ipar aku. Satu rumah demam. Aku demam biase je la selsema. Mak mertua aku pun sama. Yang paling kesian tak pasal-pasal Zuhayra pun terkena virus demam ni. 8 Feb Zuhayra demam pun panas. Suhu turun sekejap lepas bagi ubat bontot. Lepas tu naik balik. Naik terus je 39 - 40. Malam tu bawak jugak dia pegi Pantai Hospital kebetulan memang dekat dengan rumah. Checkup semua dokter ckp dia kena influenza tapi bukan yang bahaya la. Dokter cakap kalau nak admit kena seperate bilik sebab tak nak berjangkit dengan budak lain. Then malangnya dekat situ takde katil kosong untuk patient influenza ni. So, balik la kteorang. Dokter just bagi ubat virus tu. Dia cakap kalau demam still ade lepas 48 jam bawak terus pegi hospital. Kena la 400++ 9 Feb Zuhayra dah ok sikit. Petang tu bawa Zuhayra balik rumah ayah dekat Gombak. Bagi mak dan ayah jaga pula. Sebab takde pengasuh lagi sekarang ni. Lagipun mak yang mintak nak jaga Ayra. Aku dengan husband pun ok la. Sebab ikut perancangan Ayra balik Ipoh. Tapi since family in laws semua tak sihat kteorang decide nak Ayra stay kat KL je. In case pape jadi senang. 10 Feb Mak bagitau yang Zuhayra cirit. Tapi mak ayah takde pulak cakap pape kan. Just inform dia cirit macam tu je la. So aku pun takde la risau. Diorang pun hantar gambar Zuhayra dia happy je. 17 Feb Adik wassap cakap Ayra demam pagi tu. Tanya mak .. mak cakap dah bagi ubat sebab masa aku hantar tu memang aku dah standby bagi ubat demam semua tu incase kalau dia demam kan. Aku dah siap bagi termometer. Kalau dah cecah 38 aku mintak diorang inform. Btw Zuhayra still cirit lagi. 18 Feb Pagi-pagi ayah dah call bagitau Ayra cirit dari malam sampai ke pagi 18 hb ni. Punggung dah melecet sebab kerap sangat cirit. So aku ambil cuti hari tu and terus pegi rumah ayah. Badan dia panas and punggung melecet. Kesian cuci bontot nangis je. Memang lemah sangat tengok Zuhayra. Pipi dah naik ruam. Badan pun nampak kering sebab dah dia dah dehyedrate.
senyum sikit je .. badan lemah ..
Minum susu kurang. Malam tu badan dia still panas. Check temperature dah cecah 39.5. Terus call husband minta dia tunggu kat KPJ. Pastu mintak ayah bawakkan pergi sana. Sampai kat KPJ Zuhayra still cirit. Cek suhu memang tinggi. Jumpa dokter terus dokter suruh admit. Kesiannye la tengok dia kena cucuk .. nangis teruk .. ibu pun nangis sekali .. T_T .. ![]()
first day dekat ward .. demam panas smpai menggigil .. takut ibu
kena drip ikut kaki pulak sebab dia ni buas sgt .. pusing sana pusing sini .. pakai kat kaki pun tak lekat .. asyik terbelit je pastu berdarah ..
dah sihat sikit
Zuhayra warded sampai 21 Feb. Slowly with all the antibiotics and medicine dia dah sihat Alhamdulillah .. tapi sekarang still under pengawasan dan ubat lg la. Just nak bagi dia fully sihat. Tapi sekarang dia dekat Ipoh ikut dadima balik.notakaki: habis dah cuti iolls .. ibu rindu Zuhayra .. Labels: ::ceritera dira, ::family, #AnnurZuhayra Annur Zuhayra's First Moment
Thursday, July 28, 2016 | 10:46 | 0Comment Annur Zuhayra hari ni dah cukup 4 bulan 24 hari. Lagi berapa hari je nak turns to 5 months. Aih kejap je rasa. Macam tak sedar je dia dah boleh itu boleh ini. Hehehe Jom la tengok gambar first moment Zuhayra.
Ayra's First keluar dari perut. First time minum susu ibu tapi ibu mengantuk sangat dan Ayra pun tak hisap sangat pun hehehe. Nasib baik ade papa tengokkan Ayra.
Malam pertama ibu dan Ayra, Ibu letak Ayra dalam babycot. Ibu letih sangat sampai tertidur. Bangun je banyak sangat wassap masuk mintak gambar Ayra.
Day 2 mak tok dan opah datang melawat. Yay! First time Ayra balik rumah tok ayah
Ayra with opah. Opah pandai buat Ayra celik mata hehehe
First moment ibu. First time nikah, try pregnancy test, first time selfie with baby bump.
A very first time capture. Ayra's smiling. Mimpi main dengan kakak ke sayang?
14/6/2016 Ayra first meniarap dengan jayanya. Tanpa bantuan. Yay!!!
Ayra first short vacation. Kelantan-Terengganu-Pahang. Ayra first shoot at tepi pantai. First time pijak pasir pantai.
Ayra Second kenduri. First kenduri dekat Kelantan. Lupa nak tangkap gambar. Hehehe bertabahlah anak dapat ibu pelupa.
Ayra first keluar after ibu habis pantang.
Ayra first mumbling with tok ayah. Jerit-jerit je.
Ayra first botak.
Ayra first duit raya. Mintak sikit?
Ayra first day with ibu. Ibu first time tukar diapers Ayra. Ayra first tengok ibu. Nampak ke?
Ayra first selfie with mak njang
Ayra second time botak. Tok ayah cukur.
Ayra first time teman ibu pergi dobi
Ayra first time raya Penang
Ayra first time raya Ipoh.
Semuanya first dan second moment Ayra. Ibu simpan siap-siap dalam ni. Walaupun ada lagi moment-moment Ayra yang ibu tak capture tapi ibu ingat dalam ingatan ibu sampai bila-bila. You are the best thing happen to me. My precious one.
Zuhayra nowdays. Dah pandai senyum gelak-gelak bila diacah. Pandai nak main. Pandai ajak sembang. Dan dah pandai tangkap kaki sendiri. Pandai nak ambil barang-barang depan mata dia. masih kuat nangis. Manja dengan papa -_-"
notakaki: nanti ibu upload lagi gambar Ayra. see you again.
Labels: ; ::love, ::family, #AnnurZuhayra Throwback Raya 2016!
| 10:09 | 0Comment Haiii .. Minggu-minggu lepas raya ni memang busy memanjang. Drawing projek MRT tu nak kena submit dah tapi still ade je comment dr TRC. Jom lah throwback raya tahun ni pulak. Bosan la asyik nak citer pasal keje je kan. So, raya tahun ni macam tahun lepas jugak raya kat Ipoh rumah mak mertua. Kali ni lain sikit la dari tahun lepas sebab bawak cinonet tu. Tapi tu la rezeki tak berapa nak menyebelahi kami tahun ni sebab masing-masing takde baju raya. Sedih! Sorry ye sayang .. tapi Zuhayra pakai baju yang orang kasi je. So tema tahun ni "Mix" hehehe. Ok la kan ade jugak baju dari takde. Ala bukan kemana sangat pun kiteorang. Yela husband aku bukannya jenis yang rapat sangat dengan sedara mara. Pelik aku. Lantak dia la situ. Pagi raya macam biasa bangun aku siapkan diri aku dulu then baru anak sebab anak aku ni lain macam sikit lepas mandi mesti nak susu. Lepas tu tido. Ha .. so, kekdahnye aku mandi dulu la lepas siapkan dia bagi susu, tido semua then baru lah maknya menjalankan misi mekap. Hahahaha beria ayat aku mekap kan. Padahal tepek bb cream dgn compact powder je pastu pakai eyeliner dengan blusher then calit lipstik dah siap. Aku memang la tak reti nak pakai mascara, eyeshadow sume ni. Rugi jugak pakai mascara sebab aku ni jenis bulu mata lurus kebawah pastu pendek. Pakai la 40 layer sekali pun takkan lentik. Lain la mummy cu tu. Sorry la sayang ibu cannot help. Ibu tak reti nak lukis kening Ayra, tak pandai siapkan Ayra sorry ye sayang. Sebab aku cakap gini sebab aku tacing tau tak bila orang dok komen cakap anak aku lagi comey bila mummy cu dia jaga. Sedih, sentap tau diorang apa tau. Macam la teruk sangat anak aku kat bawah jagaan aku tu. Ada tu yang cakap kening anak aku lagi lawa kalau adik aku yg jaga. Hello! Aku mana la reti nak lukis-lukis kening ni. Kang tersalah lukis kang kena bahan Shin Chan pulak. Kening aku pun tak terlukis lagi nak lukis kening anak. Stress tau tak. Benda macam ni tak perlu la nak bagitau. Alah asal anak aku tu ada kening cukup la. Lain la dia takde kening. Yang mengata aku tu pun dua kali lima je. Aduh sebelum nak mengata anak orang cek la dulu anak sendiri tu terurus ke tak. Heh! Ok. Dah la tu meh la tengok gambar raya aku sekeluarga.
In Laws Family
In Laws Family
Little Family
Little Family
Little Family.
Time ni dah petang dah. Hahaha tak sempat nak bergambar proper sikit pagi raya tu sebabnya kelam kabut nak balik rumah nenek.Abah dah bising-bising cakap kiteorang lambat. -_-. Tak sempat la kami satu family kecik ni nak bergambar, Tengok Zuhayra pun dah tukar baju. Masa ni dekat rumah mak long kat Sungai Siput. Memang tiap kali raya terjah rumah ni je. Berkumpul kat sini dari pagi sampai ke malam. Ye. Aku raya satu rumah je tiap kali raya. Entah la diorang ni bukan jenis yang berjalan ke rumah sedara mara kot. Hehe. Tapi raya kedua aku pegi 3 buah rumah. Rumah kakak-kakak abah dekat Perlop. Pendalaman hokey. Line takde krik krik la masing-masing. Kiteorang pegi rumah mak yang, rumah mak wan dengan rumah kak mas(anak mak yang). Raya kedua takde gambar kot. Lupa la .. tak pun dalam fon husband aku. Lupa dah.
Raya pertama dengan mummy cu. Dia ikut balik Ipoh then time ni pak ndak dah tunggu nak ambik adik balik Pendang. Huhuhuhu sedih jugak la sebab dah jadi wife orang kena ikut husband je. Nak balik Pendang pun tak sempat. Sedih oke!
Ni gambar-gambar dekat Penang. Raya ketiga kiteorang balik rumah mak tok belah husband. Balik pun satu sebab nak beraya. Sebab kedua sebab abah nak settlekan permohonan kerja dia dekat Dubai dengan tok ndak. So thats why la tak sempat nak curik balik ke Pendang. Lagipun jem teruk gila.
Cheeky baby butak.
Balik KL je ade majlis pertunangan adik aku Fatin. So, sekali dengan open house la kira. Hehehe ni ade la sekeping dua gambar waktu bertunang hari tu. Dah ni je kot kesimpulan raya tahun ni. See you next time. Byee!! Sambung buat keje.
notakaki: birthday mummy cu hari ni. Ibu and Ayra love you so much.
Labels: ::family, ::love, ::my life, #AnnurZuhayra |

































































