Welcome to my blog
" Be like a flower that gives its fragrance even to that hand that crushes it - Ali Ibn Abi Talib (SA) -" We can chatting here
|
refresh
profile
recipes
pregnancy
facebook
follow
Siakap Stim Tomyum & Air Asam
Thursday, July 30, 2015 | 17:20 | 0Comment
Assalammualaikum you'olls
Hari ini aku nak sharekan satu resepi makanan yang
tersenang di dunia aku. Easy dan yang paling penting berkualiti dan sedap.
Resepi ni sebenarnya dari mak mentua sebab mak mentua aku seorang yang sangat
suka cuba resepi yang baru. Tapi bila makan perghh sedap yang amat. Serius aku tak tipu
Bahan-bahan mudah je.
Korang perlukan
-
1 Labu bawang merah / Holland
-
2 ulas bawang putih
-
Beberapa hiris halia
-
Pes Tom Yum secukupnya
-
Daun limau purut (optional)
-
Ikan Siakap
-
2 Batang serai
-
Sedikit minyak masak
Dah itu je. Simplekan? Makanan kukus ni
memang senang dan cepat nak buat. Plus, makanan kukus ni lebih berkhasiat daripada
makanan bergoreng. Nak masak ikan ni pun senang.
Cuci bersih ikan dan keringkan
menggunakan paper towel.
Sapukan sedikit minyak di
permukaan aluminium foil.
Letakkan ikan dan lumurkan pes
tomyam ke atas badan ikan di kedua-dua bahagian.
Ketukkan serai atau boleh juga
potong kepada beberapa bahagian terpulang kat korang. Aku prefer ketuk serai
dan letak je kat sebelah ikan.
Potong bawang dalam bentuk
wedges dan letakkan di tepi-tepi ikan.
-
Bawang putih dan halia pun
diketuk sahaja Hiris nipis daun limau purut
dan tabur di atas ikan. Akhir sekali renjiskan sedikit
minyak di atas ikan tersebut. Balut aluminium foil dan kukus.
Masa mengukus adalah depends on how big
your fish. Bila dah siap hias la sikit dengan daun
ketumbar.
Lepas tu makan pula dengan air asam kompem menambah-nambah makan. Nak resepi air asam ada kat bawah ni.
Air Asam Ibu Mertuaku.
Hehehe .. fikiran tu jangan nak kona sangat
eh. Ibu mertuaku tak sama macam ibu mertuaku filem P.Ramlee tu. Bahan-bahan
yang korang perlukan untuk air asam yang super ngam kalau makan dengan ikan
kukus or ikan bakar ni ialah..
-
Beberapa biji cili. Nak pedas
letak banyak, tak nak pedas kurangkan.
-
1 labu bawang merah
-
2 sudu besar air asam jawa
-
1 ½ inci belacan
-
Sedikit garam
-
Sedikit gula
-
1 atau 2 sudu sos cili
-
1 biji tomato
-
Sedikit Air.
Tu je bahan yang korang perlukan. Bahan-bahan
ni korang agak-agak je tau. Ikut tekak masing-masing. First hiriskan semua
bahan-bahan korang. Gaulkan garam dan gula bersama
cili, bawang dan air asam jawa Suaikan rasa dan masukkan
tomato dan gaul. Campurkan sos cili. Ok kenapa aku camput sos cili adalah untuk memekatkan sedikit air asam tu dan menambahkan rasa lagi. Siap.
Perghh kerlass kau nokk. Memang terangkat
beb. Ni kalau cik hasben balik penat-penat tengok pulak kita masak ikan siakap
ni hah terus hilang penat. Bila dah makan riang pula rasa hati encik hasben.
Aku dah try. Korang tak caya korang try la dulu.
notakaki: macam biasa benda ni aku masak agak-agak je ikut tekak korang la. Gambar tak de so tak dapat la upload. Nanti ada masa aku buat aku upload. Ok jumpa di lain resepi byeee
Labels: #Resepi |