" D i r a S t o r y "

DiraStory

Welcome to my blog


" Be like a flower that gives its fragrance even to that hand that crushes it - Ali Ibn Abi Talib (SA) -"

We can chatting here





Anugerah dan Kejayaan
Saturday, October 10, 2015 | 10:15 | 0Comment

First sekali syukur aku ucapkan atas anugerah yang tak terhingga untuk aku dan suami. Tak sangka Allah tu bagi aku rasa nikmat ibu mengandung. Aku dari dulu memang suka tengok ibu mengandung. Hehe entah rasa seronok je tengok perut orang membesar. Setakat ni aku tak rasa lagi apa-apa pergerakan mungkin sebab usia kandungan masih di peringkat awal. Setakat ni juga aku masih belum scan baby lagi. In shaa Allah dalam bulan ni nak scan sebabnye tak sabar nak tengok insan kecil dalam perut ni. Masa buat buku hari tu diorang takde scan pun. Pengalaman mengandung aku rasa ramai je yang alami benda yang sama, aku pun tak terkecuali muntah-muntah tu normal tapi aku biasa-biasa je tak terlalu teruk. Cuma kalau perut kosong mula la rasa mual tu datang. Alhamdulillah setakat ni takde la pulak tak boleh makan nasi, tak boleh bau wangi, tak boleh bau suami kira bau-bau tu semua tak jadi masalah pun.Aku selera makan ok takda masalah, cuma tak boleh nak telan susu sebab aku memang jenis yang minum susu je mesti MUNTAH. Tak kira la susu jenis apa sekali pun. Tapi susu coklat ok tak ada masalah. Susu putih tu je yang bermasalah. So, alternatif sekarang makan cornflakes dengan fresh milk. At least ada la sikit kalsium aku bagi kat baby walaupun tak banyak. Tu pun loya tekak. Makan cornflakes je susunye tak hirup pun sebab tak boleh telan. Nasib baik dapat susu mengandung free tak de la membazir nak beli. Iye dok? Aku banyak register jadi member susu-susu ibu ni so dapat sample berkotak-kotak. Tapi malangnya bila minum je kua balik tu yang tak syok walaupun susu yang aku dapat tu susu coklat. Maapakan amee ye baby. Aku sekarang suka minum air oren. Sunquick, fresh oren semua la yang ada oren. Buah oren je yang tak berapa. Mengidam? Setakat ni takda just teringin biase-biase je. Biase la aku memang macam tu memang orang yang kuat makan. Ade je benda teringin. Tapi yang peliknya mengidam aku turun ke laki aku pulak. Husband aku dan aku tak suka bubur kacang hijau. Memang bukan favret la. Aku tak suka tekstur bubur kacang hijau tu aku pun tak tau apa salah kacang hijau tu yang pasti aku tak suka kacang yang dimasak sampai lembik. Aku suka kacang yang rangup je. Laki aku pun tak suka jugak. Tapi semalam dia bagitau dia teringin nak makan bubur kacang hijau. Alamak. Lagi satu dia nak makan sate ikan tapi tak dapat lagi. Sian dia macam dia pulak yang mengandung. Nasib baik muntah-muntah dia tak kena. Aku pulak sakit pinggang sentiasa. Sakit sangat kalau nak baring. Kadang tu bila dah baring lama nak bangun duduk tu memang perit la. Ada satu masa sampai laki aku kena papah aku sebab aku tak boleh berdiri straight. Tapi mungkin jugak sebab tido beralaskan toto. Sebabnya kami baru je pindah rumah yang dekat dengan opis so rumah tu memang kosong. Duit pulak banyak habis masa bayar deposit rumah so tak dapatlah nak beli katil lagi. In shaa Allah sikit2 nanti dapat la kan. Setakat ni aku selesa je janji ada laki aku cewahh.

Baby bump beso sebab bercampur lemak terkumpul. Tu lah sebelum kawen tak nak diet. Hehehe anak amee besar sihat dan kuat.

Dah masuk second trimester ni rasa malas tu makin hilang dan aku makin rajin pulak masak. Cuma ade hari-hari aku malas memang tak boleh buat apa la. Nak mandi pun malas Ya Rabbi. Teruk betul perangai. Untuk pertama kalinya sejak berumah tangga ni aku masak KARI. Hahaha macam lawak kan bunyinye. Tapi tulah aku berjaya buat kari pertama aku dengan sedap sekali. Aku tiba-tiba rasa kagum dengan diri sendiri sebabnya bagi aku la, kalau kau pandai masak kari In Shaa Allah masakan lain mesti kau senang hati boleh masak. Hehe entahlah aku rasa masak kari ni susah. Yela kan banyak step. Nak menumisnye guna bahan adik beradik tu la, nak pakai rempah kari banyak mana, nak tunggu rempah tu masak. Paham tak banyak step? Aku tengok lain orang lain cara masak kari sebab tu aku jadi takut bila part nak masak kari. Tapi masa aku masak tu dengan bantuan cik Google dapatlah aku masak kari ayam pertama aku dengan jayanya. Yang paling best bila makan tengok cik husband makan bertambah. Sedap ke cik abang? Hahaha sejak tu menu aku hari-hari kemudiannya tak lain tak bukan mesti kari. Hahahaha ..


kari ayam percubaan pertama :D


menu yang dah lama teringin sangat tekak ni kari udang. Side dish sambal belacan dan timun. Kembang kejap mak sebab cik husband cakap sedap gila. Pastu dia mintak buat lagi kari udang ni esoknya. Tapi malangnya udang tak ada kita ganti dengan sotong je. Boleh la. Amboi dah boleh masak kari, hari-hari mak enon ni nak masak kari kan. Riak ni mak enon ni. Ok lah. Resepi-resepi cik dira akan aku post next entry. Belambak dah dalam draft tu cuma tak ada gambar lagi. Next time la ye .. till then byeeeee

notakaki: dalam aku happy aku turut sedih dengan kesakitan yang dialami sepupu tercinta aku Eka. Aku harap kau cepat sembuh nyot. Aku sayang kau. Aku sakit bila kau sakit. Sorry nyot. 




Labels: , ,


# Resepi Kak Dira - Paprik Ayam
Monday, August 4, 2014 | 10:53 | 2Comment

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk sesiapa yang sudi singgah blog yang tak seberapa ni. Maaf zahir batin yer. Raya haritu aku raya kat KL je dengan mak ayah semua. Tapi sesuatu yang tak diduga terjadi pada raya kedua. Ayah aku jatuh pengsan kat bilik air. Mujur ada mak yang perasan ayah jatuh. Masuk kali ni dah dua kali ayah jatuh bilik air tapi alhamdulillah ayah tak ada apa-apa. Mungkin dia gastrik sangat sebab sebelum tu dia ada mengadu sakit perut sangat-sangat. Mak aku pulak patutnya balik kampung pada hari raya kedua tu sebab adik aku yang bongsu tu nak sangat balik kampung. So, adik aku dan mak aku je yang balik pada raya ketiga. Aku pula ditugaskan menjaga makan dan minum ayah.
Jadi terhasillah resepi kat bawah ni. Korang tengok jela.

Resepi Paprik Ayam

Bahan-bahan.

Isi Ayam - potong dadu sederhana besar (dari 4 ketul ayam)
1 biji bawang merah di belah dua dan dipotong kasar
2 ulas bawang putih di ketuk
10 atau kurang biji cili padi diketuk
1 biji cili merah di potong serong
Sedikit bunga kobis
Sedikit lobak merah dipotong serong
Sedikit baby corn
Sedikit cendawan
Beberapa helai daun limau purut
1 1/2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
2 sudu cili kisar
1 cawan air


Cara membuatnya

1. Panaskan minyak tumis bawang putih hingga perang dan tumiskan cili kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan masak hingga ayam layu.
3. Masukkan kesemua sos, cili api serta air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan kesemua sayur dan daun limau purut kecuali cendawan.
5. Apabila sayur mula lembut masukkan cendawan dan cili merah serta bawang yang dipotong kasar.
6. Perasakan dengan garam. Kalau nak tambah gula sikit pun ok. Ikut suka korang.Tapi aku tak tambah sebab dah manis dari sos.
7. Siap ..

notakaki: untuk kuah tu korang pandai-pandai la adjust air tu .. jgn byk sgt takot terlebih cair pulak.
notakaki: teringat pulak paprik kak mell dulu-dulu .. hehehehe


luncheon semalam .. 

notakaki: lupa pulak nak cakap .. kalau korang letak sikit pes tomyam pun sedapppp sangat :)

Labels: , ,


Ikan Bakar Bagan Lalang ..
Saturday, May 24, 2014 | 10:49 | 0Comment

Dah lama nak pergi Bagan Lalang akhirnya tercapai jugak impian nak pergi sana. Aku ingat lagi last time nak pergi sana sampai sesat-sesat siap jumpa orang buat batu nesan perghh.. memang seram. Ada la kalau korang ingat masa aku pergi Ballon Festival 2 tahun lepas. Time tu pergi naik motor. Tapi semalam naik kereta tu yang boleh sampai kesana tu. Niat asal nak pergi Festival Belia kat Putrajaya tapi teralih pulak pergi sampai Bagan Lalang sebab Mr. Zul nak makan ikan bakar. Aku pun teringin jugak yela dah lama kot tak makan ikan bakar.Memang sodap dan terbaik lah!! Kami makan dekat kedai Bayu Malam kalau tak silap la nama kedai tu. Lupa la nak tangkap gambar kedai tu. Tapi location dia betl-betul senang. Kalau korang dah sampai kat situ kalau korang menghadap laut kedai dia kat sebelah kanan korang betul-betul dekat simpang 3. Ada orang panggil kedai tu kedai 100Plus. Aku dan Mr. Zul pilih ikan siakap. Nak makan ikan terubuk aku tak puas makan kat kedai. Aku lagi suka makan dekat rumah sebab boleh makan lambat-lambat. Bincang punya bincang kami makan ikan siakap je dan aku ambil sotong bapak besar punya. Ikan siakap 100gram RM6.50 dan terubuk Rm3.50 murah baq hiang!!
2 lauk je cukup lah. Ikan siakap kami buat bakar dan sotong macam biasa goreng tepung.

Sambil tunggu makanan siap kami tengok perlawanan Datuk Lee Chong Wei dengan player Indonesia entah apa nama dia aku lupa. Tapi best sebab menang!! Yay! Tunggu-tunggu makanan pun sampai.
Sentuh je ikan tu mak aiii lembutnyeeee. Bismillahirrahmanirrohim... kami pun makan. Emmm.. sedapnya tak terkata. Sumpah sedap. Kuah cili yang dia bagi pun sedap. Kami makan dengan nasi putih je. Memang ngamlah!..sotong dia pun lembut. Aku ingat lagi masa aku makan dekat Tanjung Harapan dulu.
Sotong dia tak de la lembut macam makan dekat sini.

Sangat puas hati makanan dia. Semalam pun boleh tahan jugak orang datang. Member Mr.Zul yang rekemenkan tempat ni. Sangat berbaloi la makan dekat sini. Yang buat lagi berbaloi ialah harga dia murah. Total kami makan cuma RM45 tiada caj tersembunyi. Aku cakap berbaloi sebab aku dan Mr. Zul pernah makan ikan bakar dekat area rumah aku. Masa tu kami cuma makan ikan kerapu bakar je dengan nasi putih. Bila nak membayor harga dia RM50++. Tapi tak boleh nak kata jugak la sebab Bagan Lalang ni senang nak dapat ikan. Ye dok??

Okelah tu je nak bagitau. Gambar akan aku update kemudian. Anyeong!!

notakaki: Malaysia ke final Piala Thomas akan menentang Jepun!!! Tahniah!!

Labels: , ,


semakin gemok semakin malas .. aiiiyaa ..
Thursday, January 26, 2012 | 17:35 | 0Comment

hellop sumenyerrr ... ape kabo .... 
assalammualaikum ...
berkenaan dgn tajuk entry di ats .. yup sy sudah pun gemok .. wlpon tidak la byk tetapi bg sy .. ssy rse bdn sy berat sgt .. aiiyaa .. org ckp aq keding .. haha .. keding ke ?? skit la .. tp skrg sy da gemok .. bhgian mne ?? ta buley kasi taw la .. 
percubaan utk kurus blk .. tp xnk la smpai anorexia .. kang tkot plak org nk dekat .. nanti Mr Chipsmore pun lari .. tanak lah .. tp cbe la utk krgkn mkn skrg ni ... tp .. mslahnye ....

=ble xmkn .. perut nih asik nak berkeroncong je .. mcm lagu jamal abdillah keroncong untuk ana ... sampai org kt sebelah pon blh dgar .. tgk kuat x kuat bnyinyer .. ni law aku tgh ribakan baby n tetibe prt aq bnyi maw terkejut baby 2.. 

=ble xmkn .. pastu tgk pulak citer masterchef yg dwang msak sedap2 .. aii mak terliur la pulak ... sedaapppnye .. pas2 mle la amik pinggan senduk nasi .. mkn dpn tv .. 


=ble xmkn ... tgk org lain mkn .. aii mak sedapnye dye mkn .. wlpon mse 2 dye tgh mkn nasi, telor goreng dgn kicap cap udang je .. tp nmpk menyelerakan .. perrrhhh ... terbaek la .. (aq ckp sedap sbb aq sllu sebat adk aq pnye nsi .. hehehehe .. dye mkn .. aq pn mkn).. 








=ble xmkn .. mle la badan ni rse lemah longlai .. mcm syur kangkung .. lepas 2 bbir plak kering mcm gurun sahara .. mata lak kuyu je .. kepala pun makin pening .. lastly jd mcm bdk kt bwh nih ...


tgk smpai tertidur kt shelf ... ngntok2 aq pon taw gak cri tempat baek nk landing ... 

di sbbkn perkara2 berikut aku xjd la nk diet .. tp aku tgh berusaha kurangkan mknn .. hehe .. blh ke mcm 2? bkn ape yela .. aq da rse diri aq gemok .. dan itu menjadikan aku semakin malas ... dan sumpah aq benci mcmni .. sbb 2 la aq nk diet .. tp xjd lah .. 
pape jela .. yg penting Mr Chipsmore ckp "i love you just the way you are" ... wah .. dlm hati da bernyanyi2 lagu bruno mars .. hehehe ... 

notakaki: pape pun teruskan makan jangan tak makan .. 

Labels: