Welcome to my blog
![]() " Be like a flower that gives its fragrance even to that hand that crushes it - Ali Ibn Abi Talib (SA) -" We can chatting here
|
refresh
profile
recipes
pregnancy
facebook
follow
Pregnancy Stories: Kronologi Bersalin
Monday, May 9, 2016 | 15:07 | 0Comment Assalammualaikum .. Haihh lama betul tak jenguk blog ni. Time berpantang hari tu rindu teramat dekat blog ni. Nak menaip guna fon tak syok. So, terpaksalah tunggu masuk kerja baru boleh update blog ni. So, aku dah pun selamat bersalin seorang baby girl yang bermata sepet macam Korea pada 4/3/2016. Cukup 37 minggu. Terlebih awal dari jangkaan aku. Tapi alhamdulillah aku dengan baby sihat. So, tajuk entry dah baca kan. Jadi aku pun diantara blogger-blogger yang nak jugak cerita tentang pengalaman bersalin aku. Nak la jugak aku abadikan untuk tatapan anak tersayang. Kronologi Bersalin 1/3/2016 (Selasa) 36 weeks Aku dapat rasa yang baby semakin kurang gerak. Aku tak pasti baby memang tak gerak ataupun dia gerak tapi slow. Aku kalau cuti memang aku akan tido pagi sampai ke tengah hari untuk recover tido yang malam tadi tu. So mungkin aku tak perasan baby gerak time aku tido tu. Dah 36 weeks tido aku dah tak menentu. Kadang tu lepas subuh baru dapat tido. Tak selesa. Sakit kaki, sakit pinggang tak yah cakap la semua serba tak kena je. Tambah pulak aku susah nak hadam makanan. Lepas makan aku kena jalan keliling ruang tamu tu, ataupun buat excercise sikit untuk lancarkan penghadaman aku. Memang susah la nak tido sebabnya kalau aku tido automatik perut rasa sebu je macam nak muntah semua benda yang aku makan. So, aku pun inform dekat Kak Mell kakak sepupu aku yang paling banyak dengar cerita mengandung aku. Bila aku bagitau yang baby aku kurang gerak, dia terus suruh aku pegi klinik/hospital untuk cek.Yela takut jadi pape kan. nurse pun dah pesan kalau baby tak cukup gerak 10 kali kena direct g hospital. Tapi time tu aku tak sure baby memang kurang gerak ataupun dia gerak tapi aku tak rasa. Malam tu aku pergi hospital dokter cek CTG dan kena selukkkk. Tapi alhamdulillah everything is fine. Dokter cakap memang baby kurang gerak sebab kawasan dia dah sempit. Dokter cakap tak perlu risau ape-ape. First time kena seluk.Rasa? Hmm bagi aku ok je. Takde sakit pun. Maybe sebab satu aku dah ready, dua sebab dah tau info pasal kena seluk ni, tiga maybe sebab dapat dokter yang lembut je cara seluk. 2/3/2016 (Rabu) 36 weeks Aku dah start peka dengan pergerakan baby. Setiap kali rasa ade pergerakan aku catit sekali dengan masanya. Alhamdulillah baby gerak ok walaupun cukup 9 kali je. Kebetulan malam ni ada rombongan merisik adik aku Fatin. Malam tu balik rumah ayah dengan keluarga mertua yang kebetulan datang. Mendakilah aku ke tingkat 4 dengan mengahnya. Sakit badan-badan dengan perut mengeras je. Letih hoii. Sempatlah jamah bihun sup. Semua yang pegang perut aku cakap perut aku keras dan tinggi. Maknanya baby belum turun ke bawah. Aku pun rilek je la sebab kalau ikutkan due date aku memang lambat lagi. 3/3/2016 (Khamis) 36 weeks Pagi tu macam biasa lah siap-siap nak pergi keje. Aku gagahkan jugak bangun mandi walaupun hakikatnya aku malas sangat nak bangun. Mungkin sebab badan aku letih sangat. Tapi elok je dah siap pakai baju semua tetiba aku rasa tak larat nak pegi keje. Aku kejut husband bagitau aku nak masuk tengah hari. Lagipun family mertua nak balik Ipoh hari ni. So, aku ingat sempat la aku luang masa sikit sebelum diorang balik Ipoh. Disebabkan tak larat sangat aku pun sambung tido balik. Pukul 11 pagi aku bangun nak siap-siap masuk kerja pukul 1.30. Aku bangun awal sebab nak bersembang dulu dengan mertua. Mak mertua aku memang ngam sikit. Masuk bilik air nak mandi and tengok kat pantyliner ade darah. Masa tu jantung pun laju je. Aku dah nak bersalin ke? Terus aku panggil adik ipar aku bagitau dia ade darah ni. Lepas je diorang tau aku dah turun tanda kecoh satu rumah tu nak bawak aku pergi hospital. Husband aku pun kalut jugak bila dia dengar aku dah turun tanda. Tapi kiteorang rilek-rilek lagi. Aku sempat la tengok citer orang bersalin kat astro tu. Hahaha sempat lagi tengok gaya-gaya orang bersalin. Ada yang bersalin berdiri, menonggeng macam-macam la. Time ni contraction memang dah ade dah. 5 minit sekali macam tu. Handphone memang aku pegang je sebab nak catit. Pukul 2 kiteroang keluar rumah. Sebelum nak ke hospital kiteorang singgah dulu kat Tesco beli apa yang patut. Sempat jugak la aku beli big apple lega dapat apa yang aku nak. Baru la semangat nak bersalin. Hahahaha. Pukul 4.30 petang aku dah sampai kat hospital. Terus kat kaunter bagitau aku dah turun tanda and dokter pun macam biasa buat CTG dan seluk. Dokter cakap aku dah bukak 3cm. Dia terus admitkan aku sebab bila-bila je boleh bersalin. Lepas settlekan kemasukan semua. Aku dibawa naik ke wad pukul 7 malam. Lepas dah tukar baju semua. Husband pun balik tinggallah aku sorang-sorang kat situ. Malam tu memang tak boleh nak tido. Sakit contraction tu makin bertambah. 5 minit dua ke tiga kali. Aku tak boleh baring sebab terlampau sakit. Orang cakap kena banyak berjalan. So, aku pun jalan je keliling wad tu. Sempat jugak la sembang-sembang dengan akak-akak kat situ. Bila aku baring aku rasa contraction tu makin sakit. Bila berjalan kurang sikit sakit tu. Pukul 11 malam nurse datang bawak aku jumpa dokter untuk cek bukaan. Dokter: "Hmm, masih 3cm ni. Tak bukak pun. Tak apa kita bagi u ubat untuk u tidur malam ni. Esok pagi kita cek lagi" Aku: "Ok." Hampa jugaklah ingatkan dah bukak 5cm. Haha over la aku ni. Malam tu nurse suntik aku ubat ape tah kat montot. Tapi nyenyak sikit aku tido malam tu. 4/3/2016 37weeks Pagi tu sakit lagi. Tapi aku tahan je. Malasnye nak panggil nurse. Lepastu ada nurse datang tengok aku dia tanya "sakit sangat ke?". Aku tak tau nak jawab ape. Aku cakap sakit jugak la. Memang sakit tapi aku boleh tahan. Then nurse cakap "Takpe saya bawak awak pergi jumpa dokter. Tapi nanti awak cakap yang awak sakit sangat-sangat".Aku pun ok. Baguslah nurse ni nak tolong aku. Pukul 8.30pg dia pun bawak aku jumpa dokter untuk seluk. Dokter: "Ha, sudah bukak 4 to 5cm ni. Dokter tolong u sikit ye. Ok tarik nafas", Dokter seluk lagi kuat maybe nak tolong bukakkan bukaan tu lagi besar. Dokter: "U dah breakfast?", Aku: "Belum lagi. Tak sempat:, Dokter: "Ok, takpe. U balik dulu dekat katil nanti lepas breakfast kita pecahkan air ketuban" Ho ho ho. Nak besalin dah ni. Cepat-cepat call husband, mak ayah bagitau dah nak bersalin. Lepas je makan, aku siap-siap ambil barang baby nak bawak ke labour room. Lepas je dokter pecahkan ketuban pukul 9.30pg. Diorang terus bawak aku ke labour room. Time tu sakit sangat. Takut pun ada. Nurse masukkan ubat untuk poo poo dan tiub pee pee. Contraction makin kuat. Diorang bagi aku sedut gas. Nasib baik husband dah sampai. Aku pegang je tangan dia tiap kali ada contraction. Sampai satu tahap aku sakit sangat-sangat. Nurse datang seluk dia cakap baru 6cm. Ya Allah. Betullah ni memang sakit yang paling sakit dari sakit gigi. Mulut aku tak henti zikir, tangan aku tak lepas dari pegang tangan husband. Sakit yang teramat. Aku dah tak larat sangat dah. Nurse datang tutup lampu tapi aku memang dah meneran je sikit-sikit walaupun perbuatan tu dilarang sama sekali. Nurse: Kenapa? Dah nak teran ke? Aku angguk je. Nurse bukak balik lampu dan seluk. Nurse: Oh! Patutlah dah 10cm ni. Ok kejap. Kejap dia tu terus penuh bilik aku. Ramai je bidan/nurse kat depan aku. Suruh aku duduk dalam position nak bersalin. Husband tolong pangku kat belakang badan aku sebab dagu kena cecah badan. Satu, dua, tiga, empat, lima atau enam kali push. Keluarlah seorang bayi perempuan yang sepet matanya tepat pukul 1.34pm. Letih Ya Rabbi. Tapi lepas je dia letak baby atas dada aku, rasa sakit tu entah macam mana boleh hilang. Subahanallah. Sungguh ajaib aku rasa. Sampaikan sakit masa kena jahit tu pun tak rasa. Elok je dia angkat balik baby tu terasa pulak sakit nurse jahit tu. Syukur sangat aku rasa. Syukur anak aku dilahirkan sempurna. Syukur husband ada kat sisi sepanjang aku dalam labour room. Elok je baby keluar baru dia pergi sembahyang Jumaat. Itu je la pengalaman bersalin aku. Sakit yang menyeronokkan.
ANNUR ZUHAYRA BINTI AHMAD ZUHAILY
04 MARCH 2016, FRIDAY, 1334PM
3.02kg
PPUKM
Labels: ::pregnancy story, #Pregnancy Post paling sedih sekali ... aku nak resign
Wednesday, January 27, 2016 | 13:15 | 0Comment Salam Rabu guys.. macam yang aku cakap aku sekarang dalam keadaan yang malas teramat. Nak bangun gi keje ya ampun liat macam lepat liat. Sampai opis je otak semacam blank je tak tau nak buat ape padahal ade je keje yang aku kene buat. Tapi entahlah aku rasa kosong sangat. Stress. Totally stress. Tambah-tambah bila dengar mak cik account aku ni memekak ya ampun rasa nak cili-cili je mulut dia. Bising!!!! Bingit telinga aku!!! Bila aku cakap kat orang semua cakap hormon. Pembawakan. Sedih tau tak. Aku ni hari-hari bergenang air mata je. Orang bukan tau aku rasa apa. Balik keje sorang-sorang kat rumah. Spend masa dengan cik husband pun sehari bape jam je. Kan aku pernah citer tiap kali bila aku cuti then dia kena g keje aku sedih gila kan. Aku tak tau la kenapa aku macam tu. Mungkin betul la orang cakap tu semua hormon. Tapi entahlah aku rasa dia sayang aku tapi aku rasa dia sayang keje dia lebih dari aku kot. Aku dalam keadaan macam ni patutnya lebih masa la dengan aku. Ni aku sorang-sorang je. Ajak gi beli barang baby pun susah. Yela komitmen dengan kerja kan. Sampai hari tu mak mertua yang bawak aku beli barang. Aku bukan apa, nak jugak rasa excited macam orang lain. Macam pasangan suami isteri yang lain. Aku nak masa dia bukan duit dia. Bukan aku tak pernah cakap dengan dia pernah tapi tu la aku bukan jenis yang nak cakap banyak kali. Aku cakap sekali dan aku harap dia faham. Mungkin aku terlampau ikutkan perasaan. Kadang-kadang memang kesian la tengok cik husband keje siang malam. Siang duduk site malam pulak uruskan tapak u-town tu. U-town tu pun entah bila nak bukak pun aku tak tau. Malas nak amik tau. Tapi yang tak syoknye bila dia tension dengan masalah u-town tu pastu tambah dengan aku lagi selalu la dia tinggi suara ngan aku. Aku pulak hati sensitip je sejak dua menjak ni. Pantang dia tinggi suara sikit mula la air mata ni mengalir je. Tambah pulak risau dengan aku punya GDM lagi. Tu yang buat aku bertambah-tambah sedih tu. Cik husband ni pulak bukan jenis yang reti pujuk aku. Kalau aku dah macam tu dia biarkan je. Kadang-kadang memang makan hati la. Tapi haha aku mungkin terikut perasaan je. Masa aku dengan cik husband dah kurang. Dia balik keje aku dah tido. Yela balik pkl 4-5pg. Kadang-kadang aku tunggu jugak sebab tak boleh tido. Baru tido 2-3jam dah kena bangun hantar aku g keje and dia pun keje. Aku memang syukur sebab ade suami yang macam tu. At least dia tengah cuba nak baiki hidup aku dan anak aku. Dia cuba nak bagi keselesaan kat aku. Tapi mungkin aku terlampau ikutkan sangat perasaan ni kot. Time cuti pun aku terperap je la kat rumah tu sorang-sorang. Makan sorang. Tido sorang. Kadang-kadang sembang sorang-sorang je. Takde la dia nak bawak aku gi jalan-jalan ke, makan cendol ke. Kerja-kerja-kerja. Aku tak tau la nanti ada anak macam mana masa dia dengan anak. Tapi aku doakan yang baik-baik jela untuk dia. Lagi satu dekat-dekat nak bersalin ni paling rindu dekat arwah mak. Rindu sangat. Aku tak pernah ada peluang nak tanya dia macam-macam. Apa yang aku ingat semua masa dia sakit. Waktu dia sihat dulu yang paling aku ingat dia selalu la pukul aku sebabnye aku ni budak yang degil. Degil sangat. Hehe. Aku rindu mak aku. Walaupun ada mak tiri yang baik sangat dengan aku, ada mak mertua yang paling buat aku selesa tapi aku tetap rindu mak aku. Betapa aku harap dia yang jaga aku dalam pantang. Betapa aku harap dia yang bagi nasihat kat aku. Betapa aku harap dia ada dengan aku macam orang lain. Mariani Binti Mohd Noor .. mak kakak rindu mak sangat-sangat. Cucu mak nak lahir dah. Kakak perlu mak sangat-sangat. Kenapa masa kita singkat? Adik pun rindu mak jugak. Maafkan kakak sebab tak jaga adik baik-baik. Maafkan kakak sebab lama tak lawat mak. Maafkan kakak. notakaki: menaip sambil dengar lagu Jay Chou - Ye Qu (Nocturne) walaupun maksud tak mencapai hajat tapi melodi dia sedap dan sesuai .. lantak kau lah Labels: ::ceritera dira, ::pregnancy story Emosi Ibu Mengandung
Tuesday, January 5, 2016 | 14:24 | 0Comment Dah pun masuk trimester ke 3. Tapi masuk je trimester ke 3 ni aku dapat rasakan perubahan dari segi emosi dan tingkah laku aku. Memang masuk je trimester ke 3 aku jadi kerap emosi. Cepat je air mata ni keluar padahal tak ada sebab pun nak menangis. Tak boleh duduk sorang-sorang mesti nak menangis je kejenye. Tambah pulak sekarang husband aku memang kerja dari pagi sampai ke tengah malam. So, bila sensorang kat rumah mula la emosi ni mengganggu. Macam-macam benda ade je yang boleh buat aku nangis. Trimester ke 3 ni jugak aku jadi malas yaaaa amat. Malas bangun pagi, malas pergi kerja, malas mandi, malas masak, malas kemas rumah semua lah malas je. Teruk betul. Aku pun selalu je buat muka dengan husband aku tu. Pantang dia silap sikit memang muka aku tak manis langsung la. Kalau time cuti dia kena pergi kerja memang muka aku tak boleh bla la. Marah, sedih, semua ade. Aku pun tak paham. Yang aku paham aku tak suka kena tinggal sorang-sorang. Yang aku dapat kesan kalau aku nak makan tapi aku tak dapat makan. Contoh macam bila husband aku g kerja and dekat rumah takde makanan yang boleh buat aku kenyang then bila dia balik dia tak belikan ape-ape makanan untuk aku. Ya Allah sedih gila aku rasa. Aku rasa macam dia ni tak ingat bini dia ke kat rumah? Huuuaaaa aku tak tau kenapa aku macam ni? Dulu aku ok je rilek je kalau dia takde kat rumah. Kira aku boleh je survive cari makan sendiri. Tapi sejak-sejak ni la emosi aku jadi tak stabil. Paling ketara cepat nangis. Sedih ape pun aku tak tau. Macam hari ni. Tadi aku ajak husband aku bawak aku g tapau makanan tapi last minit dia cakap tak boleh sebab kena pergi site. Aku terus cakap dengan dia acuh tak acuh je. Marah, sedih, kecewa, lapar, semua ada. Tengah taip ni pun air mata bergenang. Sedih. Takde mood aku. Terus takde mood. Rasa nak balik rumah je sekarang ni. Labels: ::ceritera dira, ::pregnancy story Baby Boy ke Girl ni?
Friday, December 18, 2015 | 14:08 | 0Comment
Alhamdulillah sekarang ni kandungan aku dah pun berusia 25 minggu. Dah beberapa kali scan pun tapi masih tak nampak jantina lagi. Tapi tak ape lah janji anak dalam kandungan ni sihat walafiat tu dah cukup untuk aku. Kes aku GDM tu aku still control pemakanan. Minuman manis dengan benda-benda yang boleh naikkan gula dalam darah aku, aku pantangkan dulu.
Tapi memang tak tahan la kan. Bila kena diet control ni lagi la tekak rasa nak makan manis-manis. Big Apple la, Chatime la, Takoyaki la, bubur jagung la, aiskrim. Aaahh semuanya manis-manis. Sabar jela. Ok, aku terjumpa benda ni dekat satu laman web ni lupa pulak nak ambil link laman web tu. Tanda-tanda hamil anak perempuan dan lelaki. Hehehe walaupun tak boleh percaya 100% tapi saje je la kan aku nak risik-risik aku ni pregnant baby boy ke girl. Family aku cakap baby boy, family husband cakap baby girl dan staff office cakap pun baby girl.
Tanda-tanda yang aku alami ..
Tanda-tanda isteri hamil anak perempuan
Tanda-tanda isteri hamil anak lelaki
Labels: ::pregnancy story Anugerah dan Kejayaan
Saturday, October 10, 2015 | 10:15 | 0Comment First sekali syukur aku ucapkan atas anugerah yang tak terhingga untuk aku dan suami. Tak sangka Allah tu bagi aku rasa nikmat ibu mengandung. Aku dari dulu memang suka tengok ibu mengandung. Hehe entah rasa seronok je tengok perut orang membesar. Setakat ni aku tak rasa lagi apa-apa pergerakan mungkin sebab usia kandungan masih di peringkat awal. Setakat ni juga aku masih belum scan baby lagi. In shaa Allah dalam bulan ni nak scan sebabnye tak sabar nak tengok insan kecil dalam perut ni. Masa buat buku hari tu diorang takde scan pun. Pengalaman mengandung aku rasa ramai je yang alami benda yang sama, aku pun tak terkecuali muntah-muntah tu normal tapi aku biasa-biasa je tak terlalu teruk. Cuma kalau perut kosong mula la rasa mual tu datang. Alhamdulillah setakat ni takde la pulak tak boleh makan nasi, tak boleh bau wangi, tak boleh bau suami kira bau-bau tu semua tak jadi masalah pun.Aku selera makan ok takda masalah, cuma tak boleh nak telan susu sebab aku memang jenis yang minum susu je mesti MUNTAH. Tak kira la susu jenis apa sekali pun. Tapi susu coklat ok tak ada masalah. Susu putih tu je yang bermasalah. So, alternatif sekarang makan cornflakes dengan fresh milk. At least ada la sikit kalsium aku bagi kat baby walaupun tak banyak. Tu pun loya tekak. Makan cornflakes je susunye tak hirup pun sebab tak boleh telan. Nasib baik dapat susu mengandung free tak de la membazir nak beli. Iye dok? Aku banyak register jadi member susu-susu ibu ni so dapat sample berkotak-kotak. Tapi malangnya bila minum je kua balik tu yang tak syok walaupun susu yang aku dapat tu susu coklat. Maapakan amee ye baby. Aku sekarang suka minum air oren. Sunquick, fresh oren semua la yang ada oren. Buah oren je yang tak berapa. Mengidam? Setakat ni takda just teringin biase-biase je. Biase la aku memang macam tu memang orang yang kuat makan. Ade je benda teringin. Tapi yang peliknya mengidam aku turun ke laki aku pulak. Husband aku dan aku tak suka bubur kacang hijau. Memang bukan favret la. Aku tak suka tekstur bubur kacang hijau tu aku pun tak tau apa salah kacang hijau tu yang pasti aku tak suka kacang yang dimasak sampai lembik. Aku suka kacang yang rangup je. Laki aku pun tak suka jugak. Tapi semalam dia bagitau dia teringin nak makan bubur kacang hijau. Alamak. Lagi satu dia nak makan sate ikan tapi tak dapat lagi. Sian dia macam dia pulak yang mengandung. Nasib baik muntah-muntah dia tak kena. Aku pulak sakit pinggang sentiasa. Sakit sangat kalau nak baring. Kadang tu bila dah baring lama nak bangun duduk tu memang perit la. Ada satu masa sampai laki aku kena papah aku sebab aku tak boleh berdiri straight. Tapi mungkin jugak sebab tido beralaskan toto. Sebabnya kami baru je pindah rumah yang dekat dengan opis so rumah tu memang kosong. Duit pulak banyak habis masa bayar deposit rumah so tak dapatlah nak beli katil lagi. In shaa Allah sikit2 nanti dapat la kan. Setakat ni aku selesa je janji ada laki aku cewahh.
Baby bump beso sebab bercampur lemak terkumpul. Tu lah sebelum kawen tak nak diet. Hehehe anak amee besar sihat dan kuat.
Dah masuk second trimester ni rasa malas tu makin hilang dan aku makin rajin pulak masak. Cuma ade hari-hari aku malas memang tak boleh buat apa la. Nak mandi pun malas Ya Rabbi. Teruk betul perangai. Untuk pertama kalinya sejak berumah tangga ni aku masak KARI. Hahaha macam lawak kan bunyinye. Tapi tulah aku berjaya buat kari pertama aku dengan sedap sekali. Aku tiba-tiba rasa kagum dengan diri sendiri sebabnya bagi aku la, kalau kau pandai masak kari In Shaa Allah masakan lain mesti kau senang hati boleh masak. Hehe entahlah aku rasa masak kari ni susah. Yela kan banyak step. Nak menumisnye guna bahan adik beradik tu la, nak pakai rempah kari banyak mana, nak tunggu rempah tu masak. Paham tak banyak step? Aku tengok lain orang lain cara masak kari sebab tu aku jadi takut bila part nak masak kari. Tapi masa aku masak tu dengan bantuan cik Google dapatlah aku masak kari ayam pertama aku dengan jayanya. Yang paling best bila makan tengok cik husband makan bertambah. Sedap ke cik abang? Hahaha sejak tu menu aku hari-hari kemudiannya tak lain tak bukan mesti kari. Hahahaha ..
kari ayam percubaan pertama :D
menu yang dah lama teringin sangat tekak ni kari udang. Side dish sambal belacan dan timun. Kembang kejap mak sebab cik husband cakap sedap gila. Pastu dia mintak buat lagi kari udang ni esoknya. Tapi malangnya udang tak ada kita ganti dengan sotong je. Boleh la. Amboi dah boleh masak kari, hari-hari mak enon ni nak masak kari kan. Riak ni mak enon ni. Ok lah. Resepi-resepi cik dira akan aku post next entry. Belambak dah dalam draft tu cuma tak ada gambar lagi. Next time la ye .. till then byeeeee
notakaki: dalam aku happy aku turut sedih dengan kesakitan yang dialami sepupu tercinta aku Eka. Aku harap kau cepat sembuh nyot. Aku sayang kau. Aku sakit bila kau sakit. Sorry nyot.
Labels: ::ceritera dira, ::makan, ::pregnancy story |