" D i r a S t o r y "

DiraStory

Welcome to my blog


" Be like a flower that gives its fragrance even to that hand that crushes it - Ali Ibn Abi Talib (SA) -"

We can chatting here





Anak Syurga Ibu
Saturday, October 28, 2017 | 12:33 | 0Comment

Haii ...

Lama gila dah tak update blog. Kind of busy lately and tak de idea pun nak taip apa. Tapi tetiba macam ada idea pulak nak taip and kongsi pengalaman yang aku lalui beberapa bulan sebelum ni. So .. macam ni lah ceritanya ..


Ok. 6 June 2017

Seminggu dua masa tu rasa macam tak berapa sedap sangat badan. Bukan la rasa tak sedap teruk sangat pon. Tapi rasa la macam ade perubahan sikit. Tapi aku macam buat tak tau je la. And dua tiga hari sebelum tarikh 6 haribulan tu aku ade pergi satu majlis buka puasa dengan kawan-kawan aku dekat dataran and one of my friend dok cakap-cakap yang aku ni pregnant. Tapi aku nafikan sebab aku tak caye la yang aku pregnant kan.

kawan yang tudung coklat sebelah kanan ni yang cakap aku pregnant. hahahaha masin mulut

Sebab rasanya macam sekali dua je yang ade "buang" dalam kononnya nak merancang sendiri tanpa ambil pil perancang. Kononnye lah *takde pulak emoji yang tangan ke bahu tu*. And after that buka puasa aku suka sangat benda yang masam. Yang masam kaw2 .. ape je yang aku makan mesti nak letak limau or asam. Siap request kt husband nak mangga telor tu. Ala korang pernah tengok kan video yang orang thailand lelaki tu makan masam2 uuuiii. Terliur sangat masa tu. Tapi still deny that i'm currently pregnant. So, hari yang 6 haribulan ni aku cek kalender period. Aku memang selalu catit bila aku period sebab nak tengok regular ke tak. Aku tengok "eh baru lewat 3 hari" tapi hati macam mula nak ye kan cakap kawan aku yang tadi tu. So, waktu lunch aku pergi watson carik pregnancy test yg cikai punya je hahahaha mak kedekut. Balik ofis terus test. Anddddd

surprise!!!!!! 

Terus naik double line sama macam Ayra dulu. Ayra dulu pun lewat 4 hari je. Bila test terus takde ragu-ragu dah double line terang. Masa tu memang syukur alhamdulillah sangat. Tapi macam-macam la jugak fikir sebab Ayra baru setahun lebih kan. Risau je la. Yang bestnya aku hantar whatsapp gambar ni dekat husband. And sebelum berbuka puasa masa tu dia baca then dis senyum happy gila dia hahahaha .. makan pun banyak time tu .. Alhamdulillah. 

Pregnant kali ni betul-betul menguji sebabnya aku batuk and selsema teruk sangat. Batuk kuat sampai terasa menekan kat perut. Memang sebelum puasa lagi dah start batuk and selsema ni. Memang tak selesa langsung. Nak makan ubat takut effect baby. Minum honey lemon pun sama takde effect. 


Ayra pun dah ready jadi kakak .. hehehe dah tahu kat mana adik dia .. 

18 July 2017

Lepas bersama dengan husband dua tiga hari sebelum tarikh ni aku perasan macam ada spotting tapi aku fikir normal *sebab fikir normal la jadi teruk ye kawan-kawan* , lagipun secoet je. Aku pun time tu konpius ni darah ke atau kesan keputihan. Sebab tak nampak macam darah real pun coklat-coklat centu je. So the spotting macam kejap ade and kejap takde. And time ni perut asyik mengeras je macam dah pregnant 4-5 bulan. Padahal baru je lagi. 

19 July 2017

Pagi-pagi bangun pegi toilet banyak gila darah. Penuh pantyliner. Risau tak yah cakap la sebab first time kena macam ni kan. Terus cakap kat husband nak pergi klinik *degil tak nak straight hospital terus* sebab kebetulan Ayra pun tak sihat masa tu so pergi la klinik je. Sampai klinik kena bebel sikit la dengan nurse sebab patutnya kena pergi hospital terus. Nurse tu dah cakap-cakap nak panggil ambulans dah hantar aku straight pergi hospital. Ayra papa dia handle sebab demam and selsema kena ambik nab menangis meraung dia kat klinik tu. Then aku pulak jumpa docter untuk scan. Docter yang first scan muka dah kerut-kerut sebab dia cakap tak nampak heartbeat. Then docter sorg lagi datang pun sama jugak cakap macam tak berapa clear. Then docter ketiga datang and scan cakap baby ada tapi macam tak berapa clear mazbe sebab baby kecik lagi. Aku tanya "baby saya ok ke? Ade ke lagi docter?" Dia jawab "Ada. Takpe nanti hari Isnin pergi buka buku and minta klinik scan lagi" Aku lega la dia cakap macam tu. At least baby aku ada. 



So balik rumah. Tapi tetap tak sedap hati and perut pun memulas-mulas. Maghrib tu tengok ade darah lagi aku terus ajak husband pergi hospital. 


And docter check, seluk and scan. Docter tu berat je mulut nak cakap yang baby aku dah takde heartbeat. Dia pegang tangan aku and cakap "Puan memang nak ke baby ni?" Aku pun angguk je la. "Tapi puan sorry baby puan dah stop heartbeatnya" Sambil tunjuk ke monitor dia tunjuk baby aku diam je kat situ. Dia cakap kalau baby masih hidup baby akan gerak-gerak and akan ada nampak kelip-kelip tandanya jantung baby berdegup. Aku time tu speechless. Tak tahu sedih ke ape ke macam blank kejap. Dia suruh aku baring dulu and dia panggil husband aku. So bila aku nampak husband je terus tetiba sedih sangat. Docter panggil untuk discuss. Docter cakap baby takde bukan sebab pemakanan atau ape-ape. Dia cakap mungkin kromosom yang baby perlukan tak cukup. Kita ni ada 46 kromosom yang XX & XY tu .. so 23 dari ibu dan 23 lagi dari bapa. Jadi benda tu mungkin tak cukup untuk baby berkembang jadi dia stop. Or else mungkin sebab baby tu sendiri tak sihat. Wallahualam. So docter bagi choice sama ada nak ubat untuk bagi baby tu keluar ataupun biarkan dia keluar sendiri. Dia cakap kebanyakan kes memang baby akan keluar sendiri. 

Kita pun decide balik rumah and tunggu baby keluar. Kalau tak keluar baru diorang cuci. Sampai rumah dah pukul 3 pagi. Main-main dengan Ayra sebab dia dah terbabas waktu tido. Pukul 5 baru boleh nak tido. Tapi sebelum tu perut sakit sangat-sangat. Husband tolong sapukan minyak sambil selawat. 

20 July 2017

Terjaga dari tidur terasa basah dekat panties and rasa ada benda nak keluar. At that time dah expect baby nak keluar. So cepat-cepat bangun pergi toilet and terus mencangkung kat lantai. Darah ketul jatuh. Baby belum keluar lagi. Tengah cuci-cuci darah then rasa lagi benda nak keluar still tak nampak baby lagi. Then cuci lagi darah tu baru perasan ade benda putih. Terus mulut cakap "anak ibu" cepat-cepat aku ambik dan bersihkan sikit-sikit. Perut sakit lagi and darah keep on tumpah. 

maaf kalau scary .. this is my baby .. 

Anak ibu dah ade kaki tangan and boleh nampak dah tulang belakang. Mulut and mata pun dah terbentuk. Aku ambik dan letakkan dia kat dalam kain. And kejut husband untuk pergi hospital. Sementara tunggu dia siap and dia siapkan Ayra aku banyak kali dah darah beku keluar and sampai lah uri semua keluar. Then lepas hantar Ayra kat pengasuh aku dan husband terus pergi hospital. Sampai sana diorang check and scan untuk make sure that tak de pape lagi tinggal. And Alhamdulillah semua dah takde pape. So docter inject ubat kecutkan rahim dan boleh balik. 


Pantang mode activated!


Ni jela serba sedikit cerita aku miscarriage. Tak de rezeki lagi. Tapi takpe aku boleh tumpukan sikit dekat Ayra budak manja tu. Ya Ampun makin buas. 




Latest 1 year 7 months old. 

Al-Fatihah Ahmad Rizrin bin Nur Izzan Nadhirah. Ibu love adik. 




Labels: , ,


Pregnancy Stories: Kronologi Bersalin
Monday, May 9, 2016 | 15:07 | 0Comment

Assalammualaikum ..

Haihh lama betul tak jenguk blog ni. Time berpantang hari tu rindu teramat dekat blog ni. Nak menaip guna fon tak syok. So, terpaksalah tunggu masuk kerja baru boleh update blog ni.
So, aku dah pun selamat bersalin seorang baby girl yang bermata sepet macam Korea pada 4/3/2016. Cukup 37 minggu. Terlebih awal dari jangkaan aku. Tapi alhamdulillah aku dengan baby sihat.
So, tajuk entry dah baca kan. Jadi aku pun diantara blogger-blogger yang nak jugak cerita tentang pengalaman bersalin aku. Nak la jugak aku abadikan untuk tatapan anak tersayang.

Kronologi Bersalin

1/3/2016 (Selasa)
36 weeks

Aku dapat rasa yang baby semakin kurang gerak. Aku tak pasti baby memang tak gerak ataupun dia gerak tapi slow. Aku kalau cuti memang aku akan tido pagi sampai ke tengah hari untuk recover tido yang malam tadi tu. So mungkin aku tak perasan baby gerak time aku tido tu. Dah 36 weeks tido aku dah tak menentu. Kadang tu lepas subuh baru dapat tido. Tak selesa. Sakit kaki, sakit pinggang tak yah cakap la semua serba tak kena je. Tambah pulak aku susah nak hadam makanan. Lepas makan aku kena jalan keliling ruang tamu tu, ataupun buat excercise sikit untuk lancarkan penghadaman aku. Memang susah la nak tido sebabnya kalau aku tido automatik perut rasa sebu je macam nak muntah semua benda yang aku makan. So, aku pun inform dekat Kak Mell kakak sepupu aku yang paling banyak dengar cerita mengandung aku. Bila aku bagitau yang baby aku kurang gerak, dia terus suruh aku pegi klinik/hospital untuk cek.Yela takut jadi pape kan. nurse pun dah pesan kalau baby tak cukup gerak 10 kali kena direct g hospital. Tapi time tu aku tak sure baby memang kurang gerak ataupun dia gerak tapi aku tak rasa. Malam tu aku pergi hospital dokter cek CTG dan kena selukkkk. Tapi alhamdulillah everything is fine. Dokter cakap memang baby kurang gerak sebab kawasan dia dah sempit. Dokter cakap tak perlu risau ape-ape. First time kena seluk.Rasa? Hmm bagi aku ok je. Takde sakit pun. Maybe sebab satu aku dah ready, dua sebab dah tau info pasal kena seluk ni, tiga maybe sebab dapat dokter yang lembut je cara seluk.

2/3/2016 (Rabu)
36 weeks

Aku dah start peka dengan pergerakan baby. Setiap kali rasa ade pergerakan aku catit sekali dengan masanya. Alhamdulillah baby gerak ok walaupun cukup 9 kali je. Kebetulan malam ni ada rombongan merisik adik aku Fatin. Malam tu balik rumah ayah dengan keluarga mertua yang kebetulan datang. Mendakilah aku ke tingkat 4 dengan mengahnya. Sakit badan-badan dengan perut mengeras je. Letih hoii. Sempatlah jamah bihun sup. Semua yang pegang perut aku cakap perut aku keras dan tinggi. Maknanya baby belum turun ke bawah. Aku pun rilek je la sebab kalau ikutkan due date aku memang lambat lagi.

3/3/2016 (Khamis)
36 weeks

Pagi tu macam biasa lah siap-siap nak pergi keje. Aku gagahkan jugak bangun mandi walaupun hakikatnya aku malas sangat nak bangun. Mungkin sebab badan aku letih sangat. Tapi elok je dah siap pakai baju semua tetiba aku rasa tak larat nak pegi keje. Aku kejut husband bagitau aku nak masuk tengah hari. Lagipun family mertua nak balik Ipoh hari ni. So, aku ingat sempat la aku luang masa sikit sebelum diorang balik Ipoh. Disebabkan tak larat sangat aku pun sambung tido balik. Pukul 11 pagi aku bangun nak siap-siap masuk kerja pukul 1.30. Aku bangun awal sebab nak bersembang dulu dengan mertua. Mak mertua aku memang ngam sikit. Masuk bilik air nak mandi and tengok kat pantyliner ade darah. Masa tu jantung pun laju je. Aku dah nak bersalin ke? Terus aku panggil adik ipar aku bagitau dia ade darah ni. Lepas je diorang tau aku dah turun tanda kecoh satu rumah tu nak bawak aku pergi hospital. Husband aku pun kalut jugak bila dia dengar aku dah turun tanda. Tapi kiteorang rilek-rilek lagi. Aku sempat la tengok citer orang bersalin kat astro tu. Hahaha sempat lagi tengok gaya-gaya orang bersalin. Ada yang bersalin berdiri, menonggeng macam-macam la. Time ni contraction memang dah ade dah. 5 minit sekali macam tu. Handphone memang aku pegang je sebab nak catit. Pukul 2 kiteroang keluar rumah. Sebelum nak ke hospital kiteorang singgah dulu kat Tesco beli apa yang patut. Sempat jugak la aku beli big apple lega dapat apa yang aku nak. Baru la semangat nak bersalin. Hahahaha. Pukul 4.30 petang aku dah sampai kat hospital. Terus kat kaunter bagitau aku dah turun tanda and dokter pun macam biasa buat CTG dan seluk. Dokter cakap aku dah bukak 3cm. Dia terus admitkan aku sebab bila-bila je boleh bersalin. Lepas settlekan kemasukan semua. Aku dibawa naik ke wad pukul 7 malam. Lepas dah tukar baju semua. Husband pun balik tinggallah aku sorang-sorang kat situ. Malam tu memang tak boleh nak tido. Sakit contraction tu makin bertambah. 5 minit dua ke tiga kali. Aku tak boleh baring sebab terlampau sakit. Orang cakap kena banyak berjalan. So, aku pun jalan je keliling wad tu. Sempat jugak la sembang-sembang dengan akak-akak kat situ. Bila aku baring aku rasa contraction tu makin sakit. Bila berjalan kurang sikit sakit tu. Pukul 11 malam nurse datang bawak aku jumpa dokter untuk cek bukaan.

Dokter: "Hmm, masih 3cm ni. Tak bukak pun. Tak apa kita bagi u ubat untuk u tidur malam ni. Esok pagi kita cek lagi"
Aku: "Ok."

Hampa jugaklah ingatkan dah bukak 5cm. Haha over la aku ni. Malam tu nurse suntik aku ubat ape tah kat montot. Tapi nyenyak sikit aku tido malam tu.

4/3/2016
37weeks

Pagi tu sakit lagi. Tapi aku tahan je. Malasnye nak panggil nurse. Lepastu ada nurse datang tengok aku dia tanya "sakit sangat ke?". Aku tak tau nak jawab ape. Aku cakap sakit jugak la. Memang sakit tapi aku boleh tahan. Then nurse cakap "Takpe saya bawak awak pergi jumpa dokter. Tapi nanti awak cakap yang awak sakit sangat-sangat".Aku pun ok. Baguslah nurse ni nak tolong aku. Pukul 8.30pg dia pun bawak aku jumpa dokter untuk seluk.

Dokter: "Ha, sudah bukak 4 to 5cm ni. Dokter tolong u sikit ye. Ok tarik nafas", Dokter seluk lagi kuat maybe nak tolong bukakkan bukaan tu lagi besar. 
Dokter: "U dah breakfast?",
Aku: "Belum lagi. Tak sempat:,
Dokter: "Ok, takpe. U balik dulu dekat katil nanti lepas breakfast kita pecahkan air ketuban"

Ho ho ho. Nak besalin dah ni. Cepat-cepat call husband, mak ayah bagitau dah nak bersalin. Lepas je makan, aku siap-siap ambil barang baby nak bawak ke labour room. Lepas je dokter pecahkan ketuban pukul 9.30pg. Diorang terus bawak aku ke labour room. Time tu sakit sangat. Takut pun ada. Nurse masukkan ubat untuk poo poo dan tiub pee pee. Contraction makin kuat. Diorang bagi aku sedut gas. Nasib baik husband dah sampai. Aku pegang je tangan dia tiap kali ada contraction.
Sampai satu tahap aku sakit sangat-sangat. Nurse datang seluk dia cakap baru 6cm. Ya Allah. Betullah ni memang sakit yang paling sakit dari sakit gigi. Mulut aku tak henti zikir, tangan aku tak lepas dari pegang tangan husband. Sakit yang teramat. Aku dah tak larat sangat dah. Nurse datang tutup lampu tapi aku memang dah meneran je sikit-sikit walaupun perbuatan tu dilarang sama sekali.

Nurse: Kenapa? Dah nak teran ke?

Aku angguk je. Nurse bukak balik lampu dan seluk.

Nurse: Oh! Patutlah dah 10cm ni. Ok kejap. 

Kejap dia tu terus penuh bilik aku. Ramai je bidan/nurse kat depan aku. Suruh aku duduk dalam position nak bersalin. Husband tolong pangku kat belakang badan aku sebab dagu kena cecah badan. Satu, dua, tiga, empat, lima atau enam kali push. Keluarlah seorang bayi perempuan yang sepet matanya tepat pukul 1.34pm. Letih Ya Rabbi. Tapi lepas je dia letak baby atas dada aku, rasa sakit tu entah macam mana boleh hilang. Subahanallah. Sungguh ajaib aku rasa. Sampaikan sakit masa kena jahit tu pun tak rasa. Elok je dia angkat balik baby tu terasa pulak sakit nurse jahit tu. Syukur sangat aku rasa. Syukur anak aku dilahirkan sempurna. Syukur husband ada kat sisi sepanjang aku dalam labour room. Elok je baby keluar baru dia pergi sembahyang Jumaat.

Itu je la pengalaman bersalin aku. Sakit yang menyeronokkan.


ANNUR ZUHAYRA BINTI AHMAD ZUHAILY
04 MARCH 2016, FRIDAY, 1334PM
3.02kg
PPUKM

Labels: ,


Pregnancy Story : GMD
Friday, November 27, 2015 | 11:21 | 0Comment

So, dah banyak hari asyik citer pasal resepi je kan. Jadi, hari ni meh la tambah ilmu sikit pasal GMD ni. Senang nanti kot-kot anak aku ni keluar perempuan ke lelaki ke tau la diaorang nak cari info kat mana pasal GMD ni.

Apa itu GMD??

GDM dari segi istilahnya ialah Gestational Diabetes Mellitus atau dalam bahasa melayunya diabetis ketika hamil which is yang pertama kali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Ia bukan terjadi disebabkan wanita itu sudah menghidapi diabetes sebelum beliau hamil. GDM berlaku akibat dari peningkatan paras gula dalam darah yang dikesan melalui ujian MGTT yang dilakukan semasa pemeriksaan berkala kehamilan. Kebiasaannya semasa trimester kedua kehamilan.

Bacaan Gula Wanita GMD

Wanita hamil yang mencatatkan paras gula 7.80mmol/L hingga 11.00mmol/L selepas melakukan ujian MGTT dikategorikan sebagai berisiko menghidapi GDM. Manakala bagi wanita hamil yang mencapai bacaan 11.10mmol/L dan keatas pula dikategorikan sebagai pengidap GDM atau diabetes gestasi. Ujian ini dilakukakan dengan meminum air glukos yang disediakan oleh pihak klinik. Sebelum minum anda dikehendaki berpuasa. Darah akan diambil sebanyak dua kali iaitu sebelum minum air glukos dan selepas 2 jam minum air glukos. Nanti aku cerita pengalaman aku.

Bagaimana GDM boleh berlaku?

Diabetes terjadi disebabkan oleh insulin yang tidak mencukupi, ataupun insulin tidak berfungsi dengan baik bagi menukarkan gula/glukosa kepada tenaga. Bagi penghidap GDM, insulin mereka tidak dapat berfungsi secara normal disebabkan hormon yang dihasilkan oleh plasenta iaitu lactogen plasental human, estrogen, progesteron, kortisol dan prolaktin. Kebiasaannya diabetes gestasi akan hilang selepas kelahiran bayi. Tapi ada juga kes dimana diabetis tidak hilang walaupun selepas bersalin. Sesiapa yang pernah kena GDM ni memang berisiko untuk dapat diabetis jenis 2 iaitu diabetis yang selalu kita dengar tu sekiranya

  • korang main bedal je makan minum ikut suka tekak korang 
  • korang ni malas nau-nau bersenam .. malas nau-nau jaga berat badan.
  • ada sejarah keluarga yakni ibu atau ayah korang penghidap kencing manis.


Tanda-tanda / Simptom

Lazimnya wanita tidak menunjukkan sebarang tanda amaran walaupun kemungkinan sesetengah wanita merasa teramat dahaga, kerap buang air kecil dan kelesuan. Ramai juga wanita yang menghidap GDM tidak menunjukkan sebarang faktor risiko. Aku pula

  • selalu rasa kebas kat kaki .. matilaaaa
  • kerap buang air kecil


Doktor akan menjalankan ujian darah Oral Glucose Tolerance Test (OGTT) ke atas anda untuk mengesan GDM sama ada semasa lawatan pertama jika anda berisiko tinggi atau pada minggu ke 24 hingga 28 kehamilan, jika risiko anda tidak begitu tinggi. Jika ujian pertama untuk wanita yang berisiko tinggi negatif, maka ujian kedua perlu dilakukan antara minggu ke 28 hingga ke 32.

So ni antara apa yang aku dapat cari la. Ok sekarang aku nak cerita pasal pengalaman aku minum air gula buat pertama kali dalam sejarah. Kemainnnn aku pun.

12 November 2015
Aku appointment macam biasa. Pagi-pagi sampai aku kena timbang kena kencing. Terkejut jugak la tengok berat time tu.
Aku naik berat 1.95kg. Nurse terus cakap next week awak minum air gula ye. Berat awak naik ni. Aku dengar je dia cakap kena minum air gula terus gloomy je hari aku.
Terus aku takde mood langsung. Dah la aku sorang-sorang je time tu. Memang rasa macam down gila. Sebab appointment sebelum ni memang aku ada tanya nurse aku kena minum air gula ke?
Dia cakap tak payah sebab umur aku bawah 25. Nurse pun takdela bagitau berat boleh naik berapa kilo je. Mana la aku tau. Tapi memang bulan tu aku makan tak control ha padan muka aku.

18 November 2015
Hari yang ditunggu. Takutnya Allah je tau. Sampai je klinik nama aku dipanggil. Darah pertama diambil aku rileks je cool lagi. Then nurse suruh ambil air gula kat atas meja. Saiz cawan agak besar macam cawan air kat pasar malam tu.
Warna oren dan agak pekat warnanya. Lepas ambil aku tengok orang keliling yang kena minum. Ada yang minum sikit-sikit ada juga yang muka berkerut-kerut minum. Dalam hati aku tawakal je. Zikir tak putus. Nasib la aku dapat air tu masih suam. Kira takde la rasa tu pekat sangat.
Bismillah dan dua kali teguk dah habis. Lepas tu aku terus kumur sebab taknak ade rasa manis dekat lidah. Ok. Rasa dia sumpah tak sedap. Manis gila 10x ganda manis dia. Lepas minum tu memang pening la nak tunggu dua jam kan. Aku rasa nak tido je time ni.
Dah la kena tunggu dua jam dengan peningnya. Panas je rasa klinik tu. Then tak sampai dua jam pun nama aku kena panggil dan darah diambil sekali lagi. Nurse cakap dah boleh balik dan makan.
Nasib la aku ambil cuti hari tu sebab kebetulan mak dan abah mertua datang. Balik tu memang aku tido je sampai pening hilang. Lepas tu mama dengan abah bawak kuar jalan-jalan. Hehehe

26 November 2015
Nurse call. Dalam hati memang dah syak something wrong ni. So, aku pun angkat dan jawapan dari nurse memang buat aku sakit jantung kejap. Baby pun kemain kuat lagi menendang. Eh-eh.
Nurse cakap result tak ok dan tinggi. Aku tak diberitahu berapa tinggi paras gula tu. Dia cakap nanti aku kena buat BSP (Blood Sugar Profile) yakni aku kena check darah sebanyak 4 kali dalam sehari.
Tapi bukan amik darah yang banyak tu BSP ni yang cucuk kat hujung jari tu je yang keluar darah cinonet tu. Aku kena buat pukul 8pg, 12tgh, 6ptg, dan 10mlm.

So, itulah pengalaman aku. Sekarang ni tengah fikir camne nak buat BSP ni. Nurse cakap boleh pergi kat klinik diorang tak pun pergi kat farmasi tak pun boleh buat sendiri kat rumah kalau ada alat.
Yela sebab kena buat pukul 10 farmasi mesti dah tutup pastu rajin pulak la cik husband aku nak kuar memalam. Jadinya tengah fikir ni nak beli ke tak alat tu? Nanti bila aku dah buat aku citer lagi camne proses BSP ni dan result aku. Harap-harap semua ok. Please doakan aku dan kandungan.

lebih kurang camni la rupa mesin BSP tu. Aku tengok range price dalam RM100-RM200. Ada jugak yang murah kena survey-survey dulu. Dia bagi mesin tu, jarum dan strips. Aku tengok harga strips pun boleh tahan mahalnye. Tengok la nanti aku update. 


Baby nanti dah besar baca ni. Satu pengorbanan ibu untuk baby tau. Be well ok sayang. Ibu love you.

notakaki: thank you kepada sepupu tercinta, kawan-kawan tercinta sebab bagi aku semangat untuk lawan benda ni. Cik husband pun bagi kata semangat. Menangis-nangis aku citer kat dia semalam. Dah takde mood semalam masak ikan goreng dengan asam rebus bendi je bagi cik husband makan. Cik isteri kena jaga makan so cik husband pun tak leh makan sodap-sodap. Boleh camtu? 



Labels:


Pregnancy Story
Saturday, October 31, 2015 | 11:05 | 3Comment

Bila dah berumahtangga dan pregnant of course lah nak share sedikit sebanyak pasal perihal mengandung kan. Bukan apa next time anak dah besor panjang boleh baca. Teknologi. Aku dulu baca diari arwah mak aku yang aku simpan sampai sekarang. Tapi takdelah semua dia tulis dalam diari tu. Just ada lah sikit-sikit pasal aku pasal arwah kakak aku. Mak aku sedih sangat masa arwah kakak aku meninggal. Siapa tak sayang anak oii.Yela anak yang dikandung 9 bulan 10 hari sempat bernafas selama dua hari je dekat dunia ni. Kemudian di jemput untuk bersama kekasih agung. Kakak aku meninggal sebab leukemia and jaundice. Then ada cerita pasal nak bersalinkan aku. Mak aku tulis dalam diari, Waktu nak bersalinkan aku tu sakit yang amat perut dia. Kira susah jugaklah nak keluarkan aku dari perut. Hehehe aku ni mungkin degil kot. Tapi tak banyakla mak aku cerita. Biasa-biasa je.

So, untuk zaman sekarang aku guna blog ajelah. Journal untuk baby aku pun ada buat. Hehehe aku memang rajin buat benda-benda leceh ni. Nanti aku sharekan macam mana aku buat journal baby tu. Tapi sekarang masa nak cerita pasal pembawakan budak orang kata.

Apa yang aku alami tak tahulah pembawakan ataupun datang dari diri aku sendiri. Mungkin dari diri sendiri kot. Tak baik nau aku nak salahkan anak kesayangan ni. Sorry sayang. Tetiba aku jadi tak suka dekat sesetengah orang. Aku pun tak tau lah kenapa. Padahal diaorang ni takde buat salah dengan aku pun. Aku just jadi menyampah, jadi tak suka tengok diaorang ni.
So, aku malas nak terlalu beremosi sangat, jadi aku decide tutup akaun Facebook aku untuk sementara. Sebabnya malas nak tengok muka orang-orang itu. Ok! Cukup tutup cerita pasal tu tak nak cerita lebih-lebih sangat malas nak pikir. Kalau bab pembawakan yang lain alhamdulillah takde sangat. Kira untuk pengalaman pertama mengandung ni aku happy la sebabnya alahan aku tak teruk, mengidam pun takde, takde benda yang aku suka, takde benda yang aku tak suka, Macam normal. Macam tak pregnant. Tapi aku bersyukurlah tak de la aku nak kena amik cuti banyak sebab asyik mc. Macam pengalaman orang-orang lain yang aku kenal. Ada tu sampai tengok muka husband pun nak muntah. Dasyat member aku tu. Dia punya alahan teruk sampai bos bagi cuti sampai dia ok daripada alahan. Dasyat.

Ok. Nest cerita is pasal maternity wear. Ada sorang akak ni dalam group motor husband aku lah. Aku dulu selalu jugak la ikut en tunang time tu lepak dengan group motor dia kan. Jangan salah paham group tu tak semua lelaki ada awek masing-masing, ade tunang masing-masing dan ada bini masing-masing. Kira multigender la. Tak de lah aku sensorang je perempuan kan.
Ok back to akak tadi. Dia pregnant so sepanjang pregnant tu tiap malam dia datang la lepak dengan kiteorang dan selalu pakai baju kurung. Mungkin selesa bagi dia. Aku pun time awal-awal pregnant tu pakai jugak baju kurung tapi tak selesa. Aku tak tau la kenapa. Padahal perut tak besar pun time tu cuma tak selesa sangat. Jadi atas saranan sepupu tercinta iaitu Kak Mell dan officemate, aku pergi cari seluar mengandung. Mula-mula tu ingat nak cari online tapi risau pulak kalau-kalau tak selesa ke. Saiz tak kena ke. So, aku decide cari sendiri. Atas saranan kak Mell jugak dia cakap cari seluar mengandung dekat Jusco best katanya. Dan memang betul pun ape yang kak Mell cakap tu.Ya Ampun selesa gila. Aku suka gila seluar mengandung ni. Entahlah dia loose tak ketat sedap je kat perut. Aku pun hari tu ajaklah husband aku pergi cari dekat Jusco. Kebetulan masa tu ada promotion memang lega la. Seluar pregnant ni agak mahal jugaklah dalam RM50 ke atas. Macam seluar yang aku beli ni jenama Scarlet kot. Price dia dalam RM60-RM70. Kalau beli online boleh la dapat harga RM40++ tapi tak termasuk postage. So, kalau kira-kira balik baik kau pergi cari sendiri.
At least kau boleh try ngam ke tak dengan kau. Untuk ketiga-tiga seluar aku ni aku ambil saiz L. Memang macam besar tapi bila pkai ngam-ngam je. Eh! Ke peha aku yang besar? Lantaklah. Hahaha.
Pinggang dia pulak memang selesa, best sebab boleh adjust. So, korang boleh adjust ikut keselesaan koranglah. Tapi aku memang suka sangat pakai seluar pregnant ni. Best yang amat. Selesa tak bagi pressure sangat dekat perut kau. Pendek cerita memang best la. Korang boleh la cari nak seluar jeans ke, slack ke ataupun nak beli skirt ke. Ikut keselesaan korang.

ni adjustable waist yang aku cakap tu. 

contoh seluar mengandung. Dekat perut tu jenis bergetah, stretchable. Best!

notakaki: macam mana orang mengandung pakai spender? Lol sangat soalan tu aku baca dekat satu group ni. Adoi! Masalah.

Labels: