Welcome to my blog
" Be like a flower that gives its fragrance even to that hand that crushes it - Ali Ibn Abi Talib (SA) -" We can chatting here
|
refresh
profile
recipes
pregnancy
facebook
follow
Anugerah dan Kejayaan
Saturday, October 10, 2015 | 10:15 | 0Comment First sekali syukur aku ucapkan atas anugerah yang tak terhingga untuk aku dan suami. Tak sangka Allah tu bagi aku rasa nikmat ibu mengandung. Aku dari dulu memang suka tengok ibu mengandung. Hehe entah rasa seronok je tengok perut orang membesar. Setakat ni aku tak rasa lagi apa-apa pergerakan mungkin sebab usia kandungan masih di peringkat awal. Setakat ni juga aku masih belum scan baby lagi. In shaa Allah dalam bulan ni nak scan sebabnye tak sabar nak tengok insan kecil dalam perut ni. Masa buat buku hari tu diorang takde scan pun. Pengalaman mengandung aku rasa ramai je yang alami benda yang sama, aku pun tak terkecuali muntah-muntah tu normal tapi aku biasa-biasa je tak terlalu teruk. Cuma kalau perut kosong mula la rasa mual tu datang. Alhamdulillah setakat ni takde la pulak tak boleh makan nasi, tak boleh bau wangi, tak boleh bau suami kira bau-bau tu semua tak jadi masalah pun.Aku selera makan ok takda masalah, cuma tak boleh nak telan susu sebab aku memang jenis yang minum susu je mesti MUNTAH. Tak kira la susu jenis apa sekali pun. Tapi susu coklat ok tak ada masalah. Susu putih tu je yang bermasalah. So, alternatif sekarang makan cornflakes dengan fresh milk. At least ada la sikit kalsium aku bagi kat baby walaupun tak banyak. Tu pun loya tekak. Makan cornflakes je susunye tak hirup pun sebab tak boleh telan. Nasib baik dapat susu mengandung free tak de la membazir nak beli. Iye dok? Aku banyak register jadi member susu-susu ibu ni so dapat sample berkotak-kotak. Tapi malangnya bila minum je kua balik tu yang tak syok walaupun susu yang aku dapat tu susu coklat. Maapakan amee ye baby. Aku sekarang suka minum air oren. Sunquick, fresh oren semua la yang ada oren. Buah oren je yang tak berapa. Mengidam? Setakat ni takda just teringin biase-biase je. Biase la aku memang macam tu memang orang yang kuat makan. Ade je benda teringin. Tapi yang peliknya mengidam aku turun ke laki aku pulak. Husband aku dan aku tak suka bubur kacang hijau. Memang bukan favret la. Aku tak suka tekstur bubur kacang hijau tu aku pun tak tau apa salah kacang hijau tu yang pasti aku tak suka kacang yang dimasak sampai lembik. Aku suka kacang yang rangup je. Laki aku pun tak suka jugak. Tapi semalam dia bagitau dia teringin nak makan bubur kacang hijau. Alamak. Lagi satu dia nak makan sate ikan tapi tak dapat lagi. Sian dia macam dia pulak yang mengandung. Nasib baik muntah-muntah dia tak kena. Aku pulak sakit pinggang sentiasa. Sakit sangat kalau nak baring. Kadang tu bila dah baring lama nak bangun duduk tu memang perit la. Ada satu masa sampai laki aku kena papah aku sebab aku tak boleh berdiri straight. Tapi mungkin jugak sebab tido beralaskan toto. Sebabnya kami baru je pindah rumah yang dekat dengan opis so rumah tu memang kosong. Duit pulak banyak habis masa bayar deposit rumah so tak dapatlah nak beli katil lagi. In shaa Allah sikit2 nanti dapat la kan. Setakat ni aku selesa je janji ada laki aku cewahh.
Baby bump beso sebab bercampur lemak terkumpul. Tu lah sebelum kawen tak nak diet. Hehehe anak amee besar sihat dan kuat.
Dah masuk second trimester ni rasa malas tu makin hilang dan aku makin rajin pulak masak. Cuma ade hari-hari aku malas memang tak boleh buat apa la. Nak mandi pun malas Ya Rabbi. Teruk betul perangai. Untuk pertama kalinya sejak berumah tangga ni aku masak KARI. Hahaha macam lawak kan bunyinye. Tapi tulah aku berjaya buat kari pertama aku dengan sedap sekali. Aku tiba-tiba rasa kagum dengan diri sendiri sebabnya bagi aku la, kalau kau pandai masak kari In Shaa Allah masakan lain mesti kau senang hati boleh masak. Hehe entahlah aku rasa masak kari ni susah. Yela kan banyak step. Nak menumisnye guna bahan adik beradik tu la, nak pakai rempah kari banyak mana, nak tunggu rempah tu masak. Paham tak banyak step? Aku tengok lain orang lain cara masak kari sebab tu aku jadi takut bila part nak masak kari. Tapi masa aku masak tu dengan bantuan cik Google dapatlah aku masak kari ayam pertama aku dengan jayanya. Yang paling best bila makan tengok cik husband makan bertambah. Sedap ke cik abang? Hahaha sejak tu menu aku hari-hari kemudiannya tak lain tak bukan mesti kari. Hahahaha ..
kari ayam percubaan pertama :D
menu yang dah lama teringin sangat tekak ni kari udang. Side dish sambal belacan dan timun. Kembang kejap mak sebab cik husband cakap sedap gila. Pastu dia mintak buat lagi kari udang ni esoknya. Tapi malangnya udang tak ada kita ganti dengan sotong je. Boleh la. Amboi dah boleh masak kari, hari-hari mak enon ni nak masak kari kan. Riak ni mak enon ni. Ok lah. Resepi-resepi cik dira akan aku post next entry. Belambak dah dalam draft tu cuma tak ada gambar lagi. Next time la ye .. till then byeeeee
notakaki: dalam aku happy aku turut sedih dengan kesakitan yang dialami sepupu tercinta aku Eka. Aku harap kau cepat sembuh nyot. Aku sayang kau. Aku sakit bila kau sakit. Sorry nyot.
Labels: ::ceritera dira, ::makan, ::pregnancy story |