Welcome to my blog
" Be like a flower that gives its fragrance even to that hand that crushes it - Ali Ibn Abi Talib (SA) -" We can chatting here
|
refresh
profile
recipes
pregnancy
facebook
follow
Anak Syurga Ibu
Saturday, October 28, 2017 | 12:33 | 0Comment Haii ... Lama gila dah tak update blog. Kind of busy lately and tak de idea pun nak taip apa. Tapi tetiba macam ada idea pulak nak taip and kongsi pengalaman yang aku lalui beberapa bulan sebelum ni. So .. macam ni lah ceritanya .. Ok. 6 June 2017 Seminggu dua masa tu rasa macam tak berapa sedap sangat badan. Bukan la rasa tak sedap teruk sangat pon. Tapi rasa la macam ade perubahan sikit. Tapi aku macam buat tak tau je la. And dua tiga hari sebelum tarikh 6 haribulan tu aku ade pergi satu majlis buka puasa dengan kawan-kawan aku dekat dataran and one of my friend dok cakap-cakap yang aku ni pregnant. Tapi aku nafikan sebab aku tak caye la yang aku pregnant kan.
kawan yang tudung coklat sebelah kanan ni yang cakap aku pregnant. hahahaha masin mulut
Sebab rasanya macam sekali dua je yang ade "buang" dalam kononnya nak merancang sendiri tanpa ambil pil perancang. Kononnye lah *takde pulak emoji yang tangan ke bahu tu*. And after that buka puasa aku suka sangat benda yang masam. Yang masam kaw2 .. ape je yang aku makan mesti nak letak limau or asam. Siap request kt husband nak mangga telor tu. Ala korang pernah tengok kan video yang orang thailand lelaki tu makan masam2 uuuiii. Terliur sangat masa tu. Tapi still deny that i'm currently pregnant. So, hari yang 6 haribulan ni aku cek kalender period. Aku memang selalu catit bila aku period sebab nak tengok regular ke tak. Aku tengok "eh baru lewat 3 hari" tapi hati macam mula nak ye kan cakap kawan aku yang tadi tu. So, waktu lunch aku pergi watson carik pregnancy test yg cikai punya je hahahaha mak kedekut. Balik ofis terus test. Anddddd
surprise!!!!!!
Terus naik double line sama macam Ayra dulu. Ayra dulu pun lewat 4 hari je. Bila test terus takde ragu-ragu dah double line terang. Masa tu memang syukur alhamdulillah sangat. Tapi macam-macam la jugak fikir sebab Ayra baru setahun lebih kan. Risau je la. Yang bestnya aku hantar whatsapp gambar ni dekat husband. And sebelum berbuka puasa masa tu dia baca then dis senyum happy gila dia hahahaha .. makan pun banyak time tu .. Alhamdulillah.
Pregnant kali ni betul-betul menguji sebabnya aku batuk and selsema teruk sangat. Batuk kuat sampai terasa menekan kat perut. Memang sebelum puasa lagi dah start batuk and selsema ni. Memang tak selesa langsung. Nak makan ubat takut effect baby. Minum honey lemon pun sama takde effect.
Ayra pun dah ready jadi kakak .. hehehe dah tahu kat mana adik dia ..
18 July 2017
Lepas bersama dengan husband dua tiga hari sebelum tarikh ni aku perasan macam ada spotting tapi aku fikir normal *sebab fikir normal la jadi teruk ye kawan-kawan* , lagipun secoet je. Aku pun time tu konpius ni darah ke atau kesan keputihan. Sebab tak nampak macam darah real pun coklat-coklat centu je. So the spotting macam kejap ade and kejap takde. And time ni perut asyik mengeras je macam dah pregnant 4-5 bulan. Padahal baru je lagi.
19 July 2017
Pagi-pagi bangun pegi toilet banyak gila darah. Penuh pantyliner. Risau tak yah cakap la sebab first time kena macam ni kan. Terus cakap kat husband nak pergi klinik *degil tak nak straight hospital terus* sebab kebetulan Ayra pun tak sihat masa tu so pergi la klinik je. Sampai klinik kena bebel sikit la dengan nurse sebab patutnya kena pergi hospital terus. Nurse tu dah cakap-cakap nak panggil ambulans dah hantar aku straight pergi hospital. Ayra papa dia handle sebab demam and selsema kena ambik nab menangis meraung dia kat klinik tu. Then aku pulak jumpa docter untuk scan. Docter yang first scan muka dah kerut-kerut sebab dia cakap tak nampak heartbeat. Then docter sorg lagi datang pun sama jugak cakap macam tak berapa clear. Then docter ketiga datang and scan cakap baby ada tapi macam tak berapa clear mazbe sebab baby kecik lagi. Aku tanya "baby saya ok ke? Ade ke lagi docter?" Dia jawab "Ada. Takpe nanti hari Isnin pergi buka buku and minta klinik scan lagi" Aku lega la dia cakap macam tu. At least baby aku ada.
So balik rumah. Tapi tetap tak sedap hati and perut pun memulas-mulas. Maghrib tu tengok ade darah lagi aku terus ajak husband pergi hospital.
And docter check, seluk and scan. Docter tu berat je mulut nak cakap yang baby aku dah takde heartbeat. Dia pegang tangan aku and cakap "Puan memang nak ke baby ni?" Aku pun angguk je la. "Tapi puan sorry baby puan dah stop heartbeatnya" Sambil tunjuk ke monitor dia tunjuk baby aku diam je kat situ. Dia cakap kalau baby masih hidup baby akan gerak-gerak and akan ada nampak kelip-kelip tandanya jantung baby berdegup. Aku time tu speechless. Tak tahu sedih ke ape ke macam blank kejap. Dia suruh aku baring dulu and dia panggil husband aku. So bila aku nampak husband je terus tetiba sedih sangat. Docter panggil untuk discuss. Docter cakap baby takde bukan sebab pemakanan atau ape-ape. Dia cakap mungkin kromosom yang baby perlukan tak cukup. Kita ni ada 46 kromosom yang XX & XY tu .. so 23 dari ibu dan 23 lagi dari bapa. Jadi benda tu mungkin tak cukup untuk baby berkembang jadi dia stop. Or else mungkin sebab baby tu sendiri tak sihat. Wallahualam. So docter bagi choice sama ada nak ubat untuk bagi baby tu keluar ataupun biarkan dia keluar sendiri. Dia cakap kebanyakan kes memang baby akan keluar sendiri.
Kita pun decide balik rumah and tunggu baby keluar. Kalau tak keluar baru diorang cuci. Sampai rumah dah pukul 3 pagi. Main-main dengan Ayra sebab dia dah terbabas waktu tido. Pukul 5 baru boleh nak tido. Tapi sebelum tu perut sakit sangat-sangat. Husband tolong sapukan minyak sambil selawat.
20 July 2017
Terjaga dari tidur terasa basah dekat panties and rasa ada benda nak keluar. At that time dah expect baby nak keluar. So cepat-cepat bangun pergi toilet and terus mencangkung kat lantai. Darah ketul jatuh. Baby belum keluar lagi. Tengah cuci-cuci darah then rasa lagi benda nak keluar still tak nampak baby lagi. Then cuci lagi darah tu baru perasan ade benda putih. Terus mulut cakap "anak ibu" cepat-cepat aku ambik dan bersihkan sikit-sikit. Perut sakit lagi and darah keep on tumpah.
maaf kalau scary .. this is my baby ..
Anak ibu dah ade kaki tangan and boleh nampak dah tulang belakang. Mulut and mata pun dah terbentuk. Aku ambik dan letakkan dia kat dalam kain. And kejut husband untuk pergi hospital. Sementara tunggu dia siap and dia siapkan Ayra aku banyak kali dah darah beku keluar and sampai lah uri semua keluar. Then lepas hantar Ayra kat pengasuh aku dan husband terus pergi hospital. Sampai sana diorang check and scan untuk make sure that tak de pape lagi tinggal. And Alhamdulillah semua dah takde pape. So docter inject ubat kecutkan rahim dan boleh balik.
Pantang mode activated!
Ni jela serba sedikit cerita aku miscarriage. Tak de rezeki lagi. Tapi takpe aku boleh tumpukan sikit dekat Ayra budak manja tu. Ya Ampun makin buas.
Latest 1 year 7 months old.
Al-Fatihah Ahmad Rizrin bin Nur Izzan Nadhirah. Ibu love adik.
Labels: ::ceritera dira, ::family, #Pregnancy |