Welcome to my blog
" Be like a flower that gives its fragrance even to that hand that crushes it - Ali Ibn Abi Talib (SA) -" We can chatting here
|
refresh
profile
recipes
pregnancy
facebook
follow
Pregnancy Stories: Kronologi Bersalin
Monday, May 9, 2016 | 15:07 | 0Comment Assalammualaikum .. Haihh lama betul tak jenguk blog ni. Time berpantang hari tu rindu teramat dekat blog ni. Nak menaip guna fon tak syok. So, terpaksalah tunggu masuk kerja baru boleh update blog ni. So, aku dah pun selamat bersalin seorang baby girl yang bermata sepet macam Korea pada 4/3/2016. Cukup 37 minggu. Terlebih awal dari jangkaan aku. Tapi alhamdulillah aku dengan baby sihat. So, tajuk entry dah baca kan. Jadi aku pun diantara blogger-blogger yang nak jugak cerita tentang pengalaman bersalin aku. Nak la jugak aku abadikan untuk tatapan anak tersayang. Kronologi Bersalin 1/3/2016 (Selasa) 36 weeks Aku dapat rasa yang baby semakin kurang gerak. Aku tak pasti baby memang tak gerak ataupun dia gerak tapi slow. Aku kalau cuti memang aku akan tido pagi sampai ke tengah hari untuk recover tido yang malam tadi tu. So mungkin aku tak perasan baby gerak time aku tido tu. Dah 36 weeks tido aku dah tak menentu. Kadang tu lepas subuh baru dapat tido. Tak selesa. Sakit kaki, sakit pinggang tak yah cakap la semua serba tak kena je. Tambah pulak aku susah nak hadam makanan. Lepas makan aku kena jalan keliling ruang tamu tu, ataupun buat excercise sikit untuk lancarkan penghadaman aku. Memang susah la nak tido sebabnya kalau aku tido automatik perut rasa sebu je macam nak muntah semua benda yang aku makan. So, aku pun inform dekat Kak Mell kakak sepupu aku yang paling banyak dengar cerita mengandung aku. Bila aku bagitau yang baby aku kurang gerak, dia terus suruh aku pegi klinik/hospital untuk cek.Yela takut jadi pape kan. nurse pun dah pesan kalau baby tak cukup gerak 10 kali kena direct g hospital. Tapi time tu aku tak sure baby memang kurang gerak ataupun dia gerak tapi aku tak rasa. Malam tu aku pergi hospital dokter cek CTG dan kena selukkkk. Tapi alhamdulillah everything is fine. Dokter cakap memang baby kurang gerak sebab kawasan dia dah sempit. Dokter cakap tak perlu risau ape-ape. First time kena seluk.Rasa? Hmm bagi aku ok je. Takde sakit pun. Maybe sebab satu aku dah ready, dua sebab dah tau info pasal kena seluk ni, tiga maybe sebab dapat dokter yang lembut je cara seluk. 2/3/2016 (Rabu) 36 weeks Aku dah start peka dengan pergerakan baby. Setiap kali rasa ade pergerakan aku catit sekali dengan masanya. Alhamdulillah baby gerak ok walaupun cukup 9 kali je. Kebetulan malam ni ada rombongan merisik adik aku Fatin. Malam tu balik rumah ayah dengan keluarga mertua yang kebetulan datang. Mendakilah aku ke tingkat 4 dengan mengahnya. Sakit badan-badan dengan perut mengeras je. Letih hoii. Sempatlah jamah bihun sup. Semua yang pegang perut aku cakap perut aku keras dan tinggi. Maknanya baby belum turun ke bawah. Aku pun rilek je la sebab kalau ikutkan due date aku memang lambat lagi. 3/3/2016 (Khamis) 36 weeks Pagi tu macam biasa lah siap-siap nak pergi keje. Aku gagahkan jugak bangun mandi walaupun hakikatnya aku malas sangat nak bangun. Mungkin sebab badan aku letih sangat. Tapi elok je dah siap pakai baju semua tetiba aku rasa tak larat nak pegi keje. Aku kejut husband bagitau aku nak masuk tengah hari. Lagipun family mertua nak balik Ipoh hari ni. So, aku ingat sempat la aku luang masa sikit sebelum diorang balik Ipoh. Disebabkan tak larat sangat aku pun sambung tido balik. Pukul 11 pagi aku bangun nak siap-siap masuk kerja pukul 1.30. Aku bangun awal sebab nak bersembang dulu dengan mertua. Mak mertua aku memang ngam sikit. Masuk bilik air nak mandi and tengok kat pantyliner ade darah. Masa tu jantung pun laju je. Aku dah nak bersalin ke? Terus aku panggil adik ipar aku bagitau dia ade darah ni. Lepas je diorang tau aku dah turun tanda kecoh satu rumah tu nak bawak aku pergi hospital. Husband aku pun kalut jugak bila dia dengar aku dah turun tanda. Tapi kiteorang rilek-rilek lagi. Aku sempat la tengok citer orang bersalin kat astro tu. Hahaha sempat lagi tengok gaya-gaya orang bersalin. Ada yang bersalin berdiri, menonggeng macam-macam la. Time ni contraction memang dah ade dah. 5 minit sekali macam tu. Handphone memang aku pegang je sebab nak catit. Pukul 2 kiteroang keluar rumah. Sebelum nak ke hospital kiteorang singgah dulu kat Tesco beli apa yang patut. Sempat jugak la aku beli big apple lega dapat apa yang aku nak. Baru la semangat nak bersalin. Hahahaha. Pukul 4.30 petang aku dah sampai kat hospital. Terus kat kaunter bagitau aku dah turun tanda and dokter pun macam biasa buat CTG dan seluk. Dokter cakap aku dah bukak 3cm. Dia terus admitkan aku sebab bila-bila je boleh bersalin. Lepas settlekan kemasukan semua. Aku dibawa naik ke wad pukul 7 malam. Lepas dah tukar baju semua. Husband pun balik tinggallah aku sorang-sorang kat situ. Malam tu memang tak boleh nak tido. Sakit contraction tu makin bertambah. 5 minit dua ke tiga kali. Aku tak boleh baring sebab terlampau sakit. Orang cakap kena banyak berjalan. So, aku pun jalan je keliling wad tu. Sempat jugak la sembang-sembang dengan akak-akak kat situ. Bila aku baring aku rasa contraction tu makin sakit. Bila berjalan kurang sikit sakit tu. Pukul 11 malam nurse datang bawak aku jumpa dokter untuk cek bukaan. Dokter: "Hmm, masih 3cm ni. Tak bukak pun. Tak apa kita bagi u ubat untuk u tidur malam ni. Esok pagi kita cek lagi" Aku: "Ok." Hampa jugaklah ingatkan dah bukak 5cm. Haha over la aku ni. Malam tu nurse suntik aku ubat ape tah kat montot. Tapi nyenyak sikit aku tido malam tu. 4/3/2016 37weeks Pagi tu sakit lagi. Tapi aku tahan je. Malasnye nak panggil nurse. Lepastu ada nurse datang tengok aku dia tanya "sakit sangat ke?". Aku tak tau nak jawab ape. Aku cakap sakit jugak la. Memang sakit tapi aku boleh tahan. Then nurse cakap "Takpe saya bawak awak pergi jumpa dokter. Tapi nanti awak cakap yang awak sakit sangat-sangat".Aku pun ok. Baguslah nurse ni nak tolong aku. Pukul 8.30pg dia pun bawak aku jumpa dokter untuk seluk. Dokter: "Ha, sudah bukak 4 to 5cm ni. Dokter tolong u sikit ye. Ok tarik nafas", Dokter seluk lagi kuat maybe nak tolong bukakkan bukaan tu lagi besar. Dokter: "U dah breakfast?", Aku: "Belum lagi. Tak sempat:, Dokter: "Ok, takpe. U balik dulu dekat katil nanti lepas breakfast kita pecahkan air ketuban" Ho ho ho. Nak besalin dah ni. Cepat-cepat call husband, mak ayah bagitau dah nak bersalin. Lepas je makan, aku siap-siap ambil barang baby nak bawak ke labour room. Lepas je dokter pecahkan ketuban pukul 9.30pg. Diorang terus bawak aku ke labour room. Time tu sakit sangat. Takut pun ada. Nurse masukkan ubat untuk poo poo dan tiub pee pee. Contraction makin kuat. Diorang bagi aku sedut gas. Nasib baik husband dah sampai. Aku pegang je tangan dia tiap kali ada contraction. Sampai satu tahap aku sakit sangat-sangat. Nurse datang seluk dia cakap baru 6cm. Ya Allah. Betullah ni memang sakit yang paling sakit dari sakit gigi. Mulut aku tak henti zikir, tangan aku tak lepas dari pegang tangan husband. Sakit yang teramat. Aku dah tak larat sangat dah. Nurse datang tutup lampu tapi aku memang dah meneran je sikit-sikit walaupun perbuatan tu dilarang sama sekali. Nurse: Kenapa? Dah nak teran ke? Aku angguk je. Nurse bukak balik lampu dan seluk. Nurse: Oh! Patutlah dah 10cm ni. Ok kejap. Kejap dia tu terus penuh bilik aku. Ramai je bidan/nurse kat depan aku. Suruh aku duduk dalam position nak bersalin. Husband tolong pangku kat belakang badan aku sebab dagu kena cecah badan. Satu, dua, tiga, empat, lima atau enam kali push. Keluarlah seorang bayi perempuan yang sepet matanya tepat pukul 1.34pm. Letih Ya Rabbi. Tapi lepas je dia letak baby atas dada aku, rasa sakit tu entah macam mana boleh hilang. Subahanallah. Sungguh ajaib aku rasa. Sampaikan sakit masa kena jahit tu pun tak rasa. Elok je dia angkat balik baby tu terasa pulak sakit nurse jahit tu. Syukur sangat aku rasa. Syukur anak aku dilahirkan sempurna. Syukur husband ada kat sisi sepanjang aku dalam labour room. Elok je baby keluar baru dia pergi sembahyang Jumaat. Itu je la pengalaman bersalin aku. Sakit yang menyeronokkan.
ANNUR ZUHAYRA BINTI AHMAD ZUHAILY
04 MARCH 2016, FRIDAY, 1334PM
3.02kg
PPUKM
Labels: ::pregnancy story, #Pregnancy |