Welcome to my blog
" Be like a flower that gives its fragrance even to that hand that crushes it - Ali Ibn Abi Talib (SA) -" We can chatting here
|
refresh
profile
recipes
pregnancy
facebook
follow
Alkisah Donut 1 Pagi
Monday, November 23, 2015 | 10:45 | 0Comment Hi semua. Alkisahnye petang semalam aku ni teringin la nak buat donut. Then tengok tepung alahai tak cukup ni. Kebetulan cik husband nak keluar aku pun kirim la tepung dengan mauripan. Tunggu punya tunggu pukul nak dekat pukul 10 baru tepung dengan yis sampai. Aku pun naik malas dah nak menguli. Then dah pukul 11 camtu cik husband cakap nak makan donut. Aku pun gagahkan diri pergi menguli tepung pada pukul 11 malam. Biasalah tunggu doh donut ni naik memang agak lama sikit so dalam pukul 1 camtu baru la aku start goreng. Untung ada adik ipar dan kawan cik husband takde la membazir. Diorang habiskan semua donut. Dasyat betul. Aku bangun pagi ni konon nak bawak untuk sarapan, alih-alih tengok dah licin. Lapar betul diorang ni. Aku guna resepi kat bawah ni. Resepi ni campur-campur ikut bahan yang aku ade. Macam biasa selalunya aku tengok dekat blog kak Ita. Banyak resepi menarik boleh cuba. Resepi aku:
Dalam bekas lain masukkan air suam, yis, gula dan susu. Kacau dan letak tepi biarkan berbuih. Masukkan tepung dan garam dalam bekas campuran yis tadi. Uli dan biarkan kembang sekali ganda lebih kurang 1 ke 1 1/2 jam. Tumbukkan doh ditengah untuk keluarkan angin. Bolehlah bentukkan donut mengikut bentuk kegemaran masing-masing. Sapukan sikit tepung pada tangan untuk elakkan doh melekat. Setelah itu biarkan doh naik sekali ganda lagi sebelum digoreng. Akhir sekali goreng dengan api sederhana. Taburkan gula atau apa sahaja topping kegemaran anda. Resepi aku ni tak pakai telur sebab lupa nak kirim dekat cik husband. Tapi still menjadi jangan risau. Kalau korang nak tengok resepi dari kak Ita boleh la jengah blog dia dekat SINI notakaki: gambar tak sempat nak snap sebab diorang dah balun dulu. hampeh betul. Cik husband cakap sedap dan lembut donut aku tapi kenyal katanya penat mengunyah. Eh-eh silap kat mana lagi ni. Takpe try lagi next time. Cik husband request nak letak coklat pulak kt dlm lps ni .. mcm big apple tu. Labels: ::ceritera dira, #Resepi |