Welcome to my blog
" Be like a flower that gives its fragrance even to that hand that crushes it - Ali Ibn Abi Talib (SA) -" We can chatting here
|
refresh
profile
recipes
pregnancy
facebook
follow
Pengalaman Pertama - Babysitter
Friday, May 20, 2016 | 15:48 | 0Comment Hari ni dah masuk 3 minggu aku start keje. Sebelum masuk kerja memang kalut la nak cari pengasuh untuk Zuhayra. Payah sebab tak kenal siapa-siapa kan. Mula-mula tu aku try tanya cleaner dekat tempat kerja aku sebab dia ni ramai kenal orang kat area rumah aku tu so dia tau la siapa yang mengasuh budak. Tapi kebanyakkan yang dia kenal semuanya Indon dan aku kalau boleh mestilah nak Melayu kita yang jaga kan. Kalau Indon yang jaga kang berspeaking Indon pulak anak aku tu. Esok-esok tak paggil ibu dah jadi ibukkkk. Tapi aku tak de la cakap orang Indon jaga tak bagus. Ramai ape yang amik maid Indon jaga anak diorang. Tapi aku prefer Melayu la. Husband aku lagi dasyat nak hantar kat pengasuh Cina. Katanya lagi senang anak nak belajar Cina tak perlu hantar sekolah Cina dah. Emm tapi tau jela Cina lagi mahal harga pengasuhnye ye. Kita paling kurang RM350 la tu standard harga kan tapi kalau Cina mau RM800-RM900. Bapaklah mahal oii. So, aku dapat la contact number dari akak cleaner opis aku tu. Aku call at first dia cakap tak amik dah tapi lepas aku cakap anak aku perempuan dia tanya la bila nak datang rumah nak bincang. Maknanya dia nak la amik anak aku. Tapi lepas dia bagitau rumah dia kat Blok K aku teringat sepupu aku yang hantar anak dia kat sana jugak. Aku boleh je teruskan nak hantar anak aku kat situ. Tapi sepupu aku ni seboleh-bolehnya nak try cari pengasuh lain untuk anak aku sampai sanggup g jumpa jiran dia tanya jiran dia tu hantar anak kat blok mana. Siap mintakkan no telefon. Aku pun rilek je la dah dia tak offer pun aku hantar anak aku kat tempat dia kan. Padahal tempat dia tu pun aku yang carikan. Takpelah aku tak kisah pun. Then lepas je dapat no fon dari sepupu aku tu. Aku terus call tanya tapi malangnya dia cakap dia dah ade orang book untuk bulan 6 ni. Orang yang book dia tu orang Cina. So, dia bagi la nombor babysitter yang sekarang jaga Zuhayra ni. Aku masa tu dekat Kelantan attend wedding kawan baik husband aku. So, call cakap-cakap and dia ok setuju nak jaga Zuhayra. Plan asal masa tu memang nak jumpa dulu babysitter yang akan jaga Zuhayra tapi masa tak cukup. Balik dari Kelantan je dah hari Rabu. Memang tak sempat dah sebab Khamis tu dah masuk kerja. Pagi Khamis tu aci redah je rumah babysitter tu. Panggil Ibu Ros. Dulu ibu Ros ni memang babysitter ramai dah budak yang dia jaga. Tapi semua dah besar-besar dah masuk sekolah, ade tu yang dah pindah. So, sekarang memang dia tak ada buat ape-ape la. Memang dia nak sangat jaga budak. Nasib aku jugakla dapat babysitter yang jaga anak aku sorang je buat masa sekarang ni. Dia memang rindu baby kecik kot sebab anak-anak dia dah besar dah masuk asrama. So, dia sorang-sorang je la kat rumah ni. Well at first memang ok. Ibu Ros memang jaga Zuhayra elok but these days aku rasa muka dia dah tak semanis awal-awal hantar Zuhayra dulu. Tak sure la sebab ape. Nak kata aku lewat ambik Zuhayra tak jugak sebab aku balik 5.30 sharp keluar opis. Sampai depan pintu rumah dia 5.45 macam tu. Cuma ada sekali je terlewat ambil Zuhayra tu pun sebab nak bawak Zuhayra pergi klinik. So, aku balik mandi, siap-siap rumah kejap. Tak lama tu dia call suruh ambik Zuhayra. Aku tak tau la dia cakap ape sebab dia call husband aku. Sampai je rumah dia ayat yang masih tinggalkan kesan kat aku sampai hari ni dia cakap "Mandi ke .. ke laut?" .. sentap ok. Weii aku bayar kot. Ambik Zuhayra pun takde la lambat sangat 6.45. Mak aku, mak mertua aku pun jaga budak jugak. Rilek je mak-mak budak tu ambil lambat. Kadang tu pukul 10 malam baru diorang amik anak-anak. So, lepas pada tu aku terus amik Zuhayra. Memang sharp aku ambik dia. Pastu pagi tadi siap pesan kat aku "Jangan lambat ambil Zuhayra ye. Susah la sekarang ni dia susah nak tidur petang-petang. Tak tau la kenapa. Susah akak nak solat". Aku pun "ok ok kak" malas nak cakap banyak. Jadinya kat sini aku macam dah tak berapa syok dah bila dia keeps cakap macam tu. Kita nak hantar anak seronok-seronok tapi dia macam tu pulak. Sekarang ni aku doakan yang terbaik je untuk Zuhayra.
rindu bibi ibu .. i love you
notakaki: Zuhayra sayang tunggu ibu buat bisnes nanti ye. Biar ibu je yang jaga Ayra. I love you sayang. Labels: #AnnurZuhayra |