" D i r a S t o r y "

DiraStory

Welcome to my blog


" Be like a flower that gives its fragrance even to that hand that crushes it - Ali Ibn Abi Talib (SA) -"

We can chatting here





Pregnancy Story
Saturday, October 31, 2015 | 11:05 | 3Comment

Bila dah berumahtangga dan pregnant of course lah nak share sedikit sebanyak pasal perihal mengandung kan. Bukan apa next time anak dah besor panjang boleh baca. Teknologi. Aku dulu baca diari arwah mak aku yang aku simpan sampai sekarang. Tapi takdelah semua dia tulis dalam diari tu. Just ada lah sikit-sikit pasal aku pasal arwah kakak aku. Mak aku sedih sangat masa arwah kakak aku meninggal. Siapa tak sayang anak oii.Yela anak yang dikandung 9 bulan 10 hari sempat bernafas selama dua hari je dekat dunia ni. Kemudian di jemput untuk bersama kekasih agung. Kakak aku meninggal sebab leukemia and jaundice. Then ada cerita pasal nak bersalinkan aku. Mak aku tulis dalam diari, Waktu nak bersalinkan aku tu sakit yang amat perut dia. Kira susah jugaklah nak keluarkan aku dari perut. Hehehe aku ni mungkin degil kot. Tapi tak banyakla mak aku cerita. Biasa-biasa je.

So, untuk zaman sekarang aku guna blog ajelah. Journal untuk baby aku pun ada buat. Hehehe aku memang rajin buat benda-benda leceh ni. Nanti aku sharekan macam mana aku buat journal baby tu. Tapi sekarang masa nak cerita pasal pembawakan budak orang kata.

Apa yang aku alami tak tahulah pembawakan ataupun datang dari diri aku sendiri. Mungkin dari diri sendiri kot. Tak baik nau aku nak salahkan anak kesayangan ni. Sorry sayang. Tetiba aku jadi tak suka dekat sesetengah orang. Aku pun tak tau lah kenapa. Padahal diaorang ni takde buat salah dengan aku pun. Aku just jadi menyampah, jadi tak suka tengok diaorang ni.
So, aku malas nak terlalu beremosi sangat, jadi aku decide tutup akaun Facebook aku untuk sementara. Sebabnya malas nak tengok muka orang-orang itu. Ok! Cukup tutup cerita pasal tu tak nak cerita lebih-lebih sangat malas nak pikir. Kalau bab pembawakan yang lain alhamdulillah takde sangat. Kira untuk pengalaman pertama mengandung ni aku happy la sebabnya alahan aku tak teruk, mengidam pun takde, takde benda yang aku suka, takde benda yang aku tak suka, Macam normal. Macam tak pregnant. Tapi aku bersyukurlah tak de la aku nak kena amik cuti banyak sebab asyik mc. Macam pengalaman orang-orang lain yang aku kenal. Ada tu sampai tengok muka husband pun nak muntah. Dasyat member aku tu. Dia punya alahan teruk sampai bos bagi cuti sampai dia ok daripada alahan. Dasyat.

Ok. Nest cerita is pasal maternity wear. Ada sorang akak ni dalam group motor husband aku lah. Aku dulu selalu jugak la ikut en tunang time tu lepak dengan group motor dia kan. Jangan salah paham group tu tak semua lelaki ada awek masing-masing, ade tunang masing-masing dan ada bini masing-masing. Kira multigender la. Tak de lah aku sensorang je perempuan kan.
Ok back to akak tadi. Dia pregnant so sepanjang pregnant tu tiap malam dia datang la lepak dengan kiteorang dan selalu pakai baju kurung. Mungkin selesa bagi dia. Aku pun time awal-awal pregnant tu pakai jugak baju kurung tapi tak selesa. Aku tak tau la kenapa. Padahal perut tak besar pun time tu cuma tak selesa sangat. Jadi atas saranan sepupu tercinta iaitu Kak Mell dan officemate, aku pergi cari seluar mengandung. Mula-mula tu ingat nak cari online tapi risau pulak kalau-kalau tak selesa ke. Saiz tak kena ke. So, aku decide cari sendiri. Atas saranan kak Mell jugak dia cakap cari seluar mengandung dekat Jusco best katanya. Dan memang betul pun ape yang kak Mell cakap tu.Ya Ampun selesa gila. Aku suka gila seluar mengandung ni. Entahlah dia loose tak ketat sedap je kat perut. Aku pun hari tu ajaklah husband aku pergi cari dekat Jusco. Kebetulan masa tu ada promotion memang lega la. Seluar pregnant ni agak mahal jugaklah dalam RM50 ke atas. Macam seluar yang aku beli ni jenama Scarlet kot. Price dia dalam RM60-RM70. Kalau beli online boleh la dapat harga RM40++ tapi tak termasuk postage. So, kalau kira-kira balik baik kau pergi cari sendiri.
At least kau boleh try ngam ke tak dengan kau. Untuk ketiga-tiga seluar aku ni aku ambil saiz L. Memang macam besar tapi bila pkai ngam-ngam je. Eh! Ke peha aku yang besar? Lantaklah. Hahaha.
Pinggang dia pulak memang selesa, best sebab boleh adjust. So, korang boleh adjust ikut keselesaan koranglah. Tapi aku memang suka sangat pakai seluar pregnant ni. Best yang amat. Selesa tak bagi pressure sangat dekat perut kau. Pendek cerita memang best la. Korang boleh la cari nak seluar jeans ke, slack ke ataupun nak beli skirt ke. Ikut keselesaan korang.

ni adjustable waist yang aku cakap tu. 

contoh seluar mengandung. Dekat perut tu jenis bergetah, stretchable. Best!

notakaki: macam mana orang mengandung pakai spender? Lol sangat soalan tu aku baca dekat satu group ni. Adoi! Masalah.

Labels: