Welcome to my blog
" Be like a flower that gives its fragrance even to that hand that crushes it - Ali Ibn Abi Talib (SA) -" We can chatting here
|
refresh
profile
recipes
pregnancy
facebook
follow
Jemput-Jemput Sukahati Aku
Friday, October 30, 2015 | 10:16 | 0Comment (Hidangan 2 orang makan) - Tepung gandum-6 sudu besar - Bawang besar-1 labu dipotong dadu - Kentang-1 biji sederhana dipotong dadu - Ikan bilis-Segenggam disangai (digoreng tanpa minyak) - Cili merah-1 tangkai dipotong dadu - Daun bawang - Sedikit serbuk cili - Sedikit garam - Air - Minyak untuk menggoreng First sekali potong semua bahan-bahan yang perlu dipotong. Ikan bilis tu lepas disangai cincang-cincang sikit bagi halus. Kalau nak tumbuk pun boleh atau nak blender pun boleh tapi jangan terlalu halus.Selepas itu campurkan adunan tadi dengan air suam. Itu tips untuk dapatkan adunan yang lembut. Ok sementara itu panaskan minyak dan ambil sedikit minyak yang panas tu campurkan dalam adunan tadi. Tips ni untuk jemput-jemput korang rangup jeeee. Lepas je masukkan minyak terus kacau-kacau adunan dan bolehlah goreng. Time goreng janganlah gatal-gatal nak balikkan sana sini. Biar dia masak satu side lepas tu baru kalihkan ke side satu lagi. Kalau korang balik-balikkan nanti jemput-jemput korang serap minyak lebih. So tak sedap kolestrol pun bertambah. Not good. Ok. Dah siap bolehlah hidang dengan apa pun korang nak makan. Kalau aku suka makan dengan kuah cuka resepi tok aku. Pedas-pedas, manis, masin dan masam sikit. Wallaweh memang sedap nak matikk. Silalah cuba! Gambar jemput-jemput aku kurang menarik sebab tak berapa cukup bahan. Rupa pun tak secomel sangat tak pe janji sedap untuk perut aku bukan untuk perut korang. Kamera pun tak lawa. Kiter pakai phone 9technology je. Ha tak tau eh? Tak mengapalah. Lulz. notakaki: ada lah orang ni asyik aje nak kondem ape yang aku masak. Rupa tak cantiklah, kulit udang kenapa tak kopeklah, itu lah ini lah. Eh-eh dia ke aku yang nak makan ni? Makanan ni masuk perut dia ke? Tak paham aku. Sebab dia jugak aku deactive facebook untuk sementara. Malas nak bertekak. Usia tua akal budak-budak. Labels: #Resepi |