Welcome to my blog
" Be like a flower that gives its fragrance even to that hand that crushes it - Ali Ibn Abi Talib (SA) -" We can chatting here
|
refresh
profile
recipes
pregnancy
facebook
follow
Wedding Story : Photographer & Live Band
Monday, July 27, 2015 | 17:13 | 0Comment Assalammualaikum semua. I'm back. Setelah berbulan-bulan mendiamkan diri dari dunia blog, aku kembali dengan rasa yang cukup aman. Hahahaha over pulak. Aku dah pun selamat bernikah dan bersanding pada bulan 5 yang lepas. Alhamdulillah semua berjalan lancar tiada cacat cela walaupun ada sedikit masalah. Alhamdulillah Allah tu nak bantu kan Dia mudahkan semua urusan. Syukur. Kami bernikah pada hari Jumaat 29 May 2015 bersamaan 12 Syaaban 1436H. Malam tu mak andam sampai agak lewat. Frust sebab pengantin lelaki dah tunggu lama dekat surau. T__T walaupun masa fitting baju dia sendiri yang cakap nak datang awal. Tak apa lah itu dugaan. Alhamdulillah selamat bernikah dengan dua kali lafaz. Kami bersanding pada hari Ahad 31 May 2015. Ramai yang datang majlis kebanyakannya orang dari kawasan perumahan aku dan juga rakan-rakan. Pagi itu pun aku sekali lagi diuji. Meja beradap kosong!! Maksudnya hanya ada meja, kerusi yang koyak dan pelapik meja yang sekadar lapik meja. Aku sudah kelam kabut. Aku naik ke rumahku dan tanya ayah berkenaan hal ini. Sangatlah tak bertanggungjawab pemilik meja itu. Akhirnya dia datang tapi hanya tukar kerusi yang koyak. Nasib baik ada jiran yang baik hati hulurkan kain yang sedia ada di rumahnya untuk menutup sebahagian kaki meja yang terdedah. Kalau tak memang nampak loponglah meja beradap aku, Alhamdulillah jugak ada yang tolong hiaskan sikit-sikit kanvas belakang tu. Lega. Pasal baju kahwin aku pula aku tak nak lah cerita lebih-lebih sebab menyakitkan hati. tapi aku gembira dengan servis dari photographer aku Instagram Narol Photography ( Khairul Anuar ) ni sepupu aku yang rekomen. Lagipun partner photographer ni anak jiran aku yang bagi kain pelapik tadi tu. Memang best kerja dia. Alhamdulillah dapat gambar pun dalam masa yang cepat. Memang puas hati dan recommeded. Tq kak mell!! Lagi meriahkan majlis aku yang lepas, aku ambil live band korang boleh search Luffy Buskers kat fb atau Instagram. Diaorang memang best. Diaorang pun ada buat show dekat Downtown Cheras setiap hari Selasa, Khamis & Sabtu kalau tak silap aku. So, sekarang ni aku menjalani kehidupan seperti biasa yang sama je macam pasangan lain.
adik amoy, ayah, husband, aku, mak, adik fatin & adik danial (nikah)
abg mer(sepupu suami, adik ikmal, abah, husband, aku, mama, angah dan suami, kak nema(wife abg mer)
Besan (In Laws & Family)
us.
notakaki: serahkan urusan kau pada Allah. In shaa Allah, Allah bantu jangan risau. Labels: ::ceritera dira, #Wedding Story |