Welcome to my blog
" Be like a flower that gives its fragrance even to that hand that crushes it - Ali Ibn Abi Talib (SA) -" We can chatting here
|
refresh
profile
recipes
pregnancy
facebook
follow
Awek Chuck Taylor
Wednesday, March 26, 2014 | 15:51 | 2Comment Salam guys, ini entry yang tiba-tiba. Tak tau dari mana datang idea nak post entry nih. Semua tiba-tiba sangat and suddenly entah macam mana tiba-tiba nak buat research pasal 1 novel ni yang aku dapat tau dah nak buat teater. Macam mana aku tau? Opkos sebab teater ni fav pelakon aku berlakon Zahiril Adzim. Sebelum ni pun time dok geledah segala jenis bacaan kat Kinokuniya & Borders memang nampak memanjang je novel nih.Tapi entah la kenapa tak terasa nak beli. Sekarang ni aku mungkin dah terjatuh chenta dengan gaya penulisan novel yang lebih santai macam gaya kau lepak kat tepi mamak sambil minum nescafe (ok! aku tak minum teh tarik) sempoi.. rilek je kan. Novel yang aku rasa gaya bahasa dan tatabahasa yang memang Keyel(KL untuk yang tak paham) ni lebih menarik perhatian aku. Bukan la nak cakap aku tak suka bahasa baku macam novel lain tu. Tapi aku suka dengan kerilekan(entah ayat ni DBP da masuk dalam list atau belum) waktu baca novel jenis indie ni. In fact aku suka muzik indie sometimes je yang aku suka nak jiwangg-jiwang sebab dodulu aku ni memang stok yang jenis suka tulis luahan hati kat buku sekolah, diari dan kertas terpakai. Kat mana-mana pun aku nak tulis dan conteng. Itu hobi. . Novel first yang aku baca yang gaya dia sempoi macam Fynn Jamal is 'Jangan Baca Novel Ini' tajuk pun dah memang tak kasi orang beli terutama sekali untuk budak sekolah yang baru berjinak-jinak baca novel. Macam aku dulu. Aku ingat lagi first novel aku baca time kat kampung tapi aku dah lupa tajuk. Cerita tak payah cakap la camne romantik dia sampai tahap aku pun boleh berangan yang aku kat dalam novel tu berchenta dengan si hero. Well perempuan berangan is something yang kitaorang must do kalau baca novel. Yang paling penting stok novel yang kena baca mesti yang nangis tahap bengkak mata-mata sebab esok boleh ponteng sekolah. Tapi aku masih suka baca novel-novel cinta-cinta sebab aku nih bagi apa je janji benda tu boleh baca aku akan baca walaupun surat khabar lama yang dah reput kena makan anai-anai . Tapi novel yang paling banyak aku baca berulang kali ialah Love You Mr. Arrogant, entah lepas je keluar drama tu aku terus jatuh hati dengan pelakon dan jalan cerita dia. Best giler. Dua sebab yang aku boleh bagi. satu sebab cerita dia sempoi baq hanggg dan yang kedua watak hero tu macam reflect sangat kat Mr. Zul. Hiks!! Ok! Kembali ke jalan lurus nak cerita balik pasal novel yang aku nak cari ni nanti. Disebabkan novel 'Jangan Baca Novel Ini' tadi jalan cerita yang sempoi dah buat aku jatuh cinta dengan novel yang genre ala-ala indie nih(eh yeke?gasaklah).. Second novel aku beli ialah novel Fixi(ni nama syarikat penerbitan macam Alaf21). Entah kenapa semua best giler. Baca tak boring and MISTERI itu sebab utama kenapa novel yang genre macam ni best. Pasal novel yang aku cakap awal-awal tu ialah Novel Awek Chuck Taylor. Huh! Punya la dah berkurun novel ni terbit aku baru nak cari? Lame! Aku pun taip la kat pusat sumber internet seluruh dunia kan. Nah! Ambik hang punya la belambak yang dok review pasai novel nih. So, bagi aku best betul ke novel ni. Aku pun terai la baca sikit-sikit review dia. 1. Novel dia ni adalah based on true story. Cuma tukar nama je. Cerita pasal penulis dan ex gf dia. 2. Kedua-dua awek dalam cerita ni meninggal dunia. Yang nombor 2 tu buat aku tersentap sikit. So, aku try la buat research sikit pasal dua awek dia nih. Memang diorang betul-betul meninggal. Ini diakui sendiri oleh penulis novel ni Nami. First adik dia meninggal then baru si kakak. Meninggal sebab apa aku tak pasti. Tapi ada yang cakap si adik meninggal sebab choking allergic dan si kakak pula sebab cancer. Wallahualam. Aku pun tak tau. So aku kena baca dulu novel ni baru lah faham. Yang buat aku lagi teruja nak pi cari novel ni lepaih dapat gaji nih sebab nak tau kisah sebenar mereka nih. notakaki: si penulis ni (Nami nama dia) ada blog dulu tapi dah privatekan sebab tak nak si kakak ni stress sebelum dia meninggal dulu. Tapi dah ganti dengan tumblr. Ada yang cakap adik-beradik ni banyak tinggal poems dan quotes. Macam sedih sangat. Aku dah la suka benda-benda poems dengan quotes segala bagai nih. Terpengaruh banyak dengan Fynn Jamal. notakaki2: tiba-tiba rasa rugi pulak bakar diari dulu tuh. dalam tu dah la banyak luahan hati plus sajak yang entah berapa banyak aku karang. I miss the old times. Labels: ::books, ::ceritera dira, ::my life |