Welcome to my blog
" Be like a flower that gives its fragrance even to that hand that crushes it - Ali Ibn Abi Talib (SA) -" We can chatting here
|
refresh
profile
recipes
pregnancy
facebook
follow
Sabar
Tuesday, January 21, 2014 | 16:02 | 0Comment
Bila sedih aku selalu teringat arwah mak. Kadang-kadang aku
selalu salahkan takdir kenapa mak pergi dulu. Aku dan adik langsung tak ingat
apa-apa waktu mak sihat cuma kenangan waktu mak sakit takkan aku lupa. Berdosanya
aku menidakkan takdir Allah. Tapi sekarang aku bertambah yakin. Allah takkan
datangkan ujian yang berat kepada mereka yang tidak mampu untuk hadapi ujian
yang diberiNya. Kini aku gembira kerana tiap kali bersedih aku tahu Allah
sedang menguji aku. Aku bersyukur sekurang-kurangnya Allah itu masih melihat
aku. Masih ingin menguji hatiku sejauh mana kesabaran hati ini dan sedalam mana
iman aku. Waktu mak pergi, terasa bagai luruh jantung. Sekarang bila balik
kampung masih terbayang-bayang ketawa mak walaupun dia tidak boleh bercakap.
Tiap kali sedih aku selalu ingin berada dalam pelukannya seperti orang lain.
Tambahan pula dengan aku yang kini sedang merencana sesuatu yang indah mak pula
tiada di sisi. Walaupun ayah sudah ada pengganti mak tapi tetap tidak sama.
Susah nak cakap kerana aku taknak perkara lama berulang. Cukuplah sekali aku di
beri peringatan.
“Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan
menutup aibnya di akhirat” (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)
Aku dah berikrar untuk tidak lagi bercerita apa-apa tentang
aib sesiapa. Syukur aku diberi peringatan sewaktu masih hidup. Bila terjadi hal
ini apa yang aku mampu buat ialah sabar. Ayahku juga seorang yang penyabar.
Terlalu sabar dengan kerenah anak-anak. Tapi ayah tidak pernah marah, tidak
pernah pukul, dan tidak pernah menangis. Aku kagum dengan sifat ayah. Cuma aku
kini sedikit risau dengan apa yang telah aku rancangkan. Tapi sesungguhnya
Allah itu Maha Mengetahui. Dialah perancang terbaik. Oleh itu, aku berserah
hanya kepadaNya.
"Kun faya kun - Jadilah! Maka jadilah".
Jika Allah
menghendaki hal ini terjadi ia akan terjadi. Aku hanya mampu berdoa terus
meminta kepadaNya moga dimudahkan perjalanan dan urusan ini untuk mencari
rahmatnya.
"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir.
Birohmatikaya Arhamarrohimin. - "YaAllah Permudahkanlah Jangan
Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."
Notakakiuntukdirisendiridanlainlain :
La Tahzan.
Labels: ::ceritera dira, ::muhasabah diri |