" D i r a S t o r y "

DiraStory

Welcome to my blog


" Be like a flower that gives its fragrance even to that hand that crushes it - Ali Ibn Abi Talib (SA) -"

We can chatting here





Dah dewasa
Monday, June 24, 2013 | 14:52 | 0Comment

Salam hey guys..

Entah kenapa dua tiga hari ni aku rasa macam dah dewasa.
Ok. Tahu la aku memang dah dewasa pun. Tapi tahap kedewasaan aku tu masih lagi di peringkat setahun jagung. Tapi sekarang ni yang buat aku konpius aku dah mula fikir pasal tunang & kawin.
HooooHeeeemmmGeeeee.. what happen to me?
Dira kau dah besar. Rasa macam baru semalam je jadi budak sekolah. Badan pun tak naik. Tetiba dah rancang semua tu. Ok tak rancang cuma berlegar-legar kat kepala aku sekarang.
Well memang dah confess dekat En. Ayah yang aku ingat nak ehem-ehem tahun depan.
Hahahaha lawak bila fikir ballik. Aku ni kemain takut nak cakap kat ayah yang aku nak "tunang". Macam-macam aku fikir jawapan ayah. Tau jela aku ni memang suka berangan sampai kelaut.

conversation:

aku: kakak ingat nak tunang la tahun depan. (dalam hati debarnya.. takut kena marah. takut ayah suruh tanya tokwan.. takut ayah tak setuju dengan pilihan hati.. takut macam-macam.. doa..doa ..doa..)

ayah: Dengan sape.. dengan zul ke?? ok je..

eh-eh ayah jawab dengan selamba je.. dah restu ke ni?? eh.. betul ke?? macam tak caya. tampar pipi 100 kali. Ok. Itu betul. Wah ini dah kira boleh la ni yer? Amboi aku nampak tak kemain gatal kat situ. Hehe.
Tetiba rasa dah matured. Ehem-ehem ini kakak Dira tau. Saya dah dewasa. Tapi tu semua rancangan je. Kita rancang Allah yang tentukan. Tapi aku harap jodoh aku dengan dia sampai bila-bila. Biarlah aku terus setia hingga hujung nyawa. Kami sama-sama susah.. sama-sama senang.. sama-sama dalam segalanya dan biarlah sama-sama hingga akhir waktu.. (oiii Dira.. ko ni kecoh la.. jiwang pulak!!)



macam cantik je cincin ni kat jari aku.. hehehe



notakaki: restu ibu bapa penting yer kawan-kawan.. sila doakan saya .. setiap doa anda saya hargai.
photo: sumber dari Mr.G

Labels: , , ,