" D i r a S t o r y "

DiraStory

Welcome to my blog


" Be like a flower that gives its fragrance even to that hand that crushes it - Ali Ibn Abi Talib (SA) -"

We can chatting here





makna keluarga
Wednesday, August 29, 2012 | 10:01 | 0Comment

Salam semua .. since sekarang pon masih lagi dalam bulan Syawal so belum terlambatlah lagi aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin yer sekiranya sepanjang aku menulis ni aku ade lontarkan kata-kata yang tak bape sedap didengar ke .. sakitkan hati korang ke aku mintak maaf la yer ..
So back to the entry title .. “makna keluarga” .. apakah yang aku cuba sampaikan ?? since aku ni takde tempat nak mengadu atau bercerita jadi kat sini lah tempat yang sesuai untuk aku luahkan apa yang aku rasa .. bagi aku makna sebuah keluarga bahagia sudah tidak ada lagi dalam hidup aku sejak detik itu .. masa tu aku memang dah fikir mungkin kami adik beradik takkan hidup bahagia lepas ni .. dan ternyata tekaan aku tu betul .. aku bukan tidak cuba untuk menjadikan keluarga kami keluarga bahagia aku dah cuba berulang kali malahan adik aku pun dah cuba tapi kami ni cuma manusia biasa .. yes aku tahu dia pun punya hati dan perasaan dan kadang-kadang dia sering mengadu yang kami ni tak pernah nak jaga hati dan perasaan dia .. itu tak benar sama sekali .. aku dah cuba sejak dari mula untuk menjaga hati dan perasaan dia sebaik mungkin tapi balasan yang aku terima ialah sikap keras hatinya itu .. aku dah puas mencuba disebabkan oleh sikapnya itu .. aku cuba buat yang terbaik demi menjaga hati banyak pihak terutama ayah aku .. aku taknak ayah aku pening kepala memikirkan kami adik beradik .. tapi alih-alih kami juga yang sering dipersalahkan .. entah dimana silapnya .. perbuatan kami pasti ada yang tak kena di mata dia .. buat itu salah .. buat ini salah .. tak buat lagi la salah .. jadi macam mana kami hendak menjadi seorang anak yang dia harapkan .. aku tak minta lebih .. mana yang salah tolong tegur .. apa yang nak dibuat tolong bagitahu .. kadang-kadang aku lalai .. sedarkan aku .. tapi apa yang aku dapat? Balik-balik hati aku juga yang sakit .. kalau nak tegur tak payah nak berkias-kias .. peril-perli .. bagitahu je depan-depan .. aku rasa itu cara yang betul nak didik anak .. memang aku belum kahwin dan tak tahu menahu cara bagaimana nak mendidik anak-anak .. tapi aku sebagai anak .. aku tak mintak dilayan bak puteri tapi cukuplah sekadar cakap dan tegur supaya aku ni faham macam mana yang dia nak .. memang ramai orang cakap sekarang ni ibu tiri dah tak macam dulu lagi .. tapi bagi aku sama je .. Cuma yang beza dia takkan dera kita melalui fizikal tetapi melalui mental .. aku tak boleh la nak jadi seperti adik aku .. memberontak .. aku anak sulung .. apa yang boleh aku buat ialah bertahan dan bersabar demi ayah aku .. aku tak buat semua ni disebabkan orang lain tapi disebabkan ayah aku .. aku taknak ayah aku berada dalam situasi yang sulit disebabkan kami ..

Tapi baru-baru ni lepas kejadian hari tu aku dengan mak aku tu dah tak sebulu lagi .. kami dah jarang bertegur sapa .. kalau aku tegur pun dia buat tak tahu buat apa nak tegur lagi .. lantaklah apa pun orang nak kata .. aku ni anak derhaka .. aku dah tak peduli lagi .. sekarang baru aku sedar aku dah salah nilai dia .. kalau bukan Kak Nadia cerita dekat aku semalam mungkin sampai hari ni aku tak tahu betapa dia benci kan aku ..

Notakaki: aku hanya ingin berkongsi tiada niat nak menjatuhkan sesiapa .. aku cuma nak lepaskan ia ..  

Labels: ,