" D i r a S t o r y "

DiraStory

Welcome to my blog


" Be like a flower that gives its fragrance even to that hand that crushes it - Ali Ibn Abi Talib (SA) -"

We can chatting here





Lunch di Sushi King
Monday, November 2, 2015 | 16:26 | 3Comment

Aku selalu jugak la keluar makan dengan bebudak ofis. Bukan la selalu pun sebab aku takde geng melayu kat ofis. Sendu kan. Hanya aku seorang perempuan melayu kerja dekat situ lagi sendu. Nangis dalam bilik air. Selalunya aku bawak bekal if aku masak malam sebelum kerja tu.
So, bila nak makan tu diorang ada jugak tanya aku kan nak makan apa since diorang ni Chinese and diorang banyak pilihan makanan dekat Leisure Mall tu. Paham ajelah dah namanya pun mall kan kau rase makanan kat situ standard harga tepi jalan ke? Memang tak la lagi satu pilihan untuk Melayu makan memang tak banyak mana. Yang ada dekat situ cuma Subway, Old Town, Nando's, McD, Kenny's Rogers, Rotiboy Cafe. Tu je kot. Aku pulak kalau diorang nak makan dekat Chinese restaurant aku terpaksa la menolak since baby aku tak teringin pun nak rasa khinzir panggang atau yang sewaktu dengannya. So, aku selalu la makan sorang dekat Subway. Sendu lagi. Kadang tu tak makan aku tapau je then jalan-jalan kat Daiso. Rambang je mata tengok barang kat Daiso. Nanti aku update pasal Daiso.

Ok. Since today aku tak bawak bekal sebab tak masak semalam so aku pun ikut la diorang ni pergi Leisure Mall. Motif utama nak cari kacang tanah dekat Giant. Then diorang ajak makan Sushi King. Ok. Aku makan Sushi King kali ini adalah kali kedua. Hahaha jakun kejap lah makan dekat sini. Laki aku susah sikit nak makan makanan macam ni. Masa first time dulu lagi la jakun. Dalam hati dup dap dup dap sebab cuak tak tau nak order. Betul kampung. Lagipun aku dah set mind aku yang Sushi King ni mesti mahal. Selalu beli sushi yang singgit satu tu je. Hahahaha bukan ape sebab kononnye takut tak cukup bajet. Bila namanya first time aku jakun kejap la tengok sushi-sushi yang dok bergerak atas belt tu. Cute je. Tapi aku makan share-share je dengan diorang. Contoh satu pinggan ade dua ketul. Sorang satu lah. Jimat dan memang standard orang cina makan share-share.
Masa tu pun aku ade order nasi goreng salmon kot. Gila sedap. Then bila nak bayar. Oh takde la mahal sangat pun kan. Mampu la lagi nak bayar.

So, hari ni kali kedua pergi makan ok mak buyung konfiden sikit. Bila diorang ajak terus je mak buyung ni on. Hahahaha. Tapi hari ni hari bonanza means setiap plate hanya RM3 tapi hanya untuk member sahaja ye. Bukan member harga biasa. Paham jela sushi king ni harga lain mengikut warna plate. So, tadi disebabkan takde sorang pun antara kiteorang ni ada member card. So terus buat card RM20 je pastu dapat voucher sekali. Tapi voucher tu tak boleh pakai time bonanza ni.
So, makan lah mak buyung dengan pelahapnya. Hahaha. Gambar tak ada sebabnya bebudak opis ni makan pun sama pelahap dengan aku so tak sempatlah nak selfie selpiaq bagai dekat situ. Lagipun nak kejar masa balik ofis. Setakat ni best sangat makan dekat situ dan makanan pun sedap. Kira boleh terima la tekak aku ni.
Ok. Aku letak sikit cara nak makan kat sini. Khas untuk orang jakun dan kampung macam aku. Kita geng jangan malu.

  • Bagitau waiter kita berapa orang. Ok tips jimat kat sini pergi seramai yang boleh. Kih kih kih. Pergi sorang memang sendu lah makan kau sorang dekat bucu sana. Lol.
  • Dapat je tempat duduk belek-belek la menu dekat screen ipad tu ataupun ambil bawah meja kau. Ada yang set ada yang ala carte. 
  • Korang boleh je ambil terus ape-ape sushi atas conveyor belt tu. Ingat harga lain-lain tau based on color plate (lain warna pinggan lain harga la maksudnya)
    Biru:  RM 2
    Beige: RM 3
    Pink RM 4
    Red RM 5
    Purple RM 6
  • Air pulak waiter akan tanya kau nak minum apa. Nak jimat order je Japanese Green Tea memang sodap. Boleh pilih nak sejuk ke panas. Kalau sejuk dia bagi satu jag terus. Kalau panas boleh refill. Aku suka yang panas.
  • Waiter pun akan bagi piring untuk korang letak kicap dan wasabi. Ada dua jenis kicap satu masin satu manis. Aku suka campur masin sikit. So ada la rasa wasabi,manis dan slightly masin. Sikit je. 
  • Then makanlah korang dengan lahapnya.
  • Bila dah settle makan tu susun la pinggan tu ikut kaler senang orang nak kira. 
  • Tekan buzzer mintak bills dan bayar dekat kaunter. Settle.
ok mula dari kiri atas tu edamame salad, tofu with tuna, cheese maki, salmon, california maki, tofu with tuna dan yang tengah tu scallop.. nama-nama ni aku bagi sendiri. Hahaha lupa dah nama dia.

Habis 18 pinggan. Aku tunggu tofu yang 3 ketul tu tak dapat. Stress!

notakaki: gambar dah update!! Promotion sampai khamis ni. Gi cepat! Orang cakap pregnant tak boleh makan sushi. Betul ke? Tapi aku makan je .. hehe tapi tak makan la yang raw-raw tu. Erk!

Labels: