Welcome to my blog
" Be like a flower that gives its fragrance even to that hand that crushes it - Ali Ibn Abi Talib (SA) -" We can chatting here
|
refresh
profile
recipes
pregnancy
facebook
follow
1#Wedding Story : Dilema B2B
Saturday, April 26, 2014 | 09:33 | 2Comment Salam hai. Ok. Rasanya benda ni normal untuk setiap B2B kat mana-mana pun diorang berada. Of course bila dah nak kawen semua benda kita kalut(korang kalut ke tak aku tak tau la tapi aku kalut) walaupun tarikh kawen tu lambat lagi.Tapi biaselah pompuan kan excited dia lebih la sikit. Bukan macam laki yang dia tau janji siap setlle. Hampeh! Time-time genting macam ni la aku sebagai B2B dah mula survey sikit-sikit tema color ape yang aku nak, design kad yang aku suka, baju kawen nanti macam mana, hantaran nak bagi berapa, nak bagi apa dan macam - macam lah. Pening oii pening. Aku rasa benda ni sebenarnya simple je. Tapi aku yang buat benda ni jadi susah. Ni semua salah Google sebab banyak sangat idea-idea kahwin yang amagaaaddd cantik bangeeettt! Sekarang aku betul-betul dalam dilema. 1. Pening dengan tema warna majlis. Tak tau nak pilih kaler ape. Tapi aku macam dah madly in love dengan combination kaler-kaler ni
- dark purple + lavender + gray
- navy blue, shades of pink, white + gray
- navy blue + aqua .. ini aku suka
- mint + gray yang ni lg aku suka!!
2. Katering or gotong royong? - At first memang Mr. Zul nak buat katering tapi ayah pula tak setuju. Katanya takut nanti makanan tak cukup. Dia prefer buat gotong-royong. Mr.Zul pun REDHA! Bagi aku lagi mahal bila kira-kira balik budget untuk gotong-royong nih. Bagi aku leceh la. nak bayar penanggah lagi macam-macam. Tau jela orang flat aku tu. Silap sikit heboh 1 taman. - Sekarang ni aku pening nak siapkan budget supaya tak habis semua duit hantaran tu. Sebab aku nak guna untuk barang-barang lain lagi. Contohnya macam goodies bag, baju untuk family, langsir dan macam-macam lagi. - Ayah cakap nak beli lembu seekor. Hah! Mati la nak oii kalau macam ini. Tapi takpe tengok bajet. 3. Goodies bag. - Benda ni macam dah jadi satu kewajipan dalam majlis perkahwinan. So, nak bagi apa pun aku tak tau lagi. Mak suruh bagi bahulu untuk semua orang. Tapi aku survey macam mahal jugak tuh. - Untuk family sebelah aku dan sebelah Mr.Zul aku decide nak bagi sama je sebab family kan? - Untuk penanggah and AJK lain pulak. Adeh! 4. Set bilik tidur. - Hmm, ni aku kena fikirkan masak-masak. Tapi aku rasa macam tak perlu je. Sebab katil bilik aku elok lagi. Cuma meja solek lain sikit konsep dengan katil and almari. Ottoke? - Tapi memang aku rasa tak perlu lah benda ni sebabnya nanti suruh la Mr.Zul belikan kan kan kan. 5. Baju family. - Ini harus sedondon. Aku tak tau lagi nak kasi mereka pakai baju warna apa. Disebabkan tema untuk majlis aku pun aku konpius lagi kaler apa so, tu nanti jela.
Source : Google
6. Bridal Boutique + Canopy - Susahnya nak cari bridal boutique yang betul-betul boleh puaskan hati aku yang tak puas ni. Kalau boleh nak cari pakej yang boleh providekan sekali pelamin + khemah sebab malas nak deal dengan lain-lain vendor ni. Susah! 7. Kad kahwin + Guest book! - Ini sangat mendukacitakan. Mr.Zul tak nak buat kad kahwin DIY dia nak tempah je. Eleh konon nak cakap aku buat tu cikai la. Tak cantik. Xpe aku buat dulu. Orang nak cut cost dia lagi nak tambah cost. Tapi untuk guestbook dengan props aku akan cuba buat sendiri. Kenangan kan. 8. Hantaran - Decide nak hantar 9 to 7. Aku dah listkan dah beberapa hantaran yang aku nak bagi kat Mr. Zul dan hantaran aku rasa aku nak buat sendiri. Maleh la nak upah-upah ni. Cut cost. Idea aku ambil dari library kesayangan (google). setakat ni tu jela kot nak bagitau dilema yang melanda diri tak sudah-sudah. notakaki: kalau ade sape-sape yang baca entry aku yang tak seberapa ni. Kalau baik hati sharekan lah vendor2 yang bagus-bagus, yang kerjanya tip top dan paling penting murah sikit .. hehehe Labels: #Wedding Story |