" D i r a S t o r y "

DiraStory

Welcome to my blog


" Be like a flower that gives its fragrance even to that hand that crushes it - Ali Ibn Abi Talib (SA) -"

We can chatting here





Surprise
Monday, March 17, 2014 | 14:08 | 3Comment

Bila aku postkan gambar pada minggu lepas ramai yang tanya

"Bila tunang tak tau pun?"
"Kenapa tak bagitau dah tunang?"
"Sampai hati ko tak bagitau, tak jemput pun"

Well aku merancang Allah tentukan dan setiap perancangan yang Allah buat untuk aku, aku yakin 100%. Aku tahu pasti ada hikmah di setiap semua kejadian.
Aku tak tahu. Ini semua sudah dirancang oleh pihak lelaki. Aku hanya mengikut. Tiada terdetik di hati ingin membelakangkan keluarga atau rakan-rakan yang lain.
Tapi ini langsung aku tak duga. Aku rasa bersalah juga kerana tidak memberitahu kepada keluargaku di kampung mengenai perkara ini pada hari tersebut. Malah mak dan ayah aku juga ingat mereka datang untuk merisik dan bukan bertunang.
Bagi aku tak perlulah nak merisik. Aku dan dia bukan kenal 5 hari lepas tetapi sudah 5 tahun.

Disebabkan perancangan aku dulu yang hendak membuat majlis pertunangan seperti orang lain tidak menjadi disebabkan perkara-perkara tertentu. So, family Mr. Zul decide nak buat macam ni, senang tak payah nak susahkan siapa-siapa.
Lagipun Rasullullah S.A.W pernah bersabda, kata Rasullullah

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Ada beberapa sebab yang yang aku sendiri logik kenapa kita harus merahsiakan pertunangan.

1. Kurangkan aib.
Misalnya jika pertunangan kita ini terputus dan tidak sempat ke jinjang pelamin bukankah itu dah memberi aib kepada keluarga kita. Dari situ pula mungkin akan timbul fitnah daripada orang-orang yang terdekat memburukkan lagi keadaan. Pada waktu itu siapakah yang akan menanggung malu kalau bukan keluarga kita.

2. Kurangkan pembaziran. Bagi orang yang mampu terpulanglahkan. Tapi macam aku bukan tidak mampu tapi kekangan waktu kerja dan juga terdapat beberapa masalah tertentu yang membuatkan aku setuju dengan pertunangan macam ni. Lagipun tak perlulah aku nak belanja berlebih-lebih. Baik aku simpan untuk majlis pernikahan nanti. Rasanya time tu lagi banyak nak pakai duit. Iye dok?

3. Dapat elakkan hasad dengki sesama manusia. Kita tidak tahu, mungkin ada yang menyukai kita dalam diam-diam. Tidak mustahil orang sanggup sampai menggunakan bomoh. Cukup sekadar orang tahu kita bertunang. Dengan siapa, rahsiakan. (yang ni aku copy paste dari sumber kat google).

Aku jujur rasa bersalah. Walaupun dalam hati ni memang nak sangat buat majlis macam orang lain tapi tak terdaya kan melawan takdir yang Allah dah tuliskan untuk aku. Jadi aku redha dan serahkan semua padaNya sebab aku yakin Dia dah aturkan perkara-perkara terbaik untuk aku.

Jujur jugak aku cakap yang aku happy sangat bila dah bergelar tunangan orang. Macam tak percaya. Dulu aku selalu curiga juga dengan dia ni. Serius ke tak . Tapi sekarang aku dah yakin yang dia serius. Aku cuma berharap agar ikatan ini kekal ke jinjang pelamin. Apapun doa dan restu mak dan ayah lagi penting dari segala-galanya. Redha dariNya juga sangat aku perlukan. Amin Ya Rabbal alamin.


notakaki: dalam suka ada duka. #Doakan MH370 .. semoga kalian selamat di bawah lindunganNya. 



Labels: