" D i r a S t o r y "

DiraStory

Welcome to my blog


" Be like a flower that gives its fragrance even to that hand that crushes it - Ali Ibn Abi Talib (SA) -"

We can chatting here





Petronas Twin Tower
Wednesday, September 5, 2012 | 15:08 | 0Comment


salam guys .. ade satu info yang aku nak share dengan korang .. oke .. last week aku ada tengok satu dokumentari pasal pembinaan Menara Berkembar Petronas atau lebih dikenali sebagai Petronas Twin Tower atau KLCC .. menara ini merupakan menara tertinggi di negara kita dan menjadi salah satu mercu tanda negara .. mengikut maklumat menara ini pernah menjadi menara tertinggi di dunia selama empat tahun bermula dari tahun 1998 hingga 2004 selepas diatasi oleh Menara Teipei yang siap pada tahun 2004. Namun begitu Menara Berkembar Petronas merupakan menara berkembar tertinggi di dunia. Menirut daripada dokumentari yang disediakan pada awalnya bekas PM kita Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi peluang kepada ramai arkitek ternama untuk memberikan lakaran menara tersebut dan akhirnya hasil daripada jurubina Argentina iaitu Cesar Pelli. Rekaan Cesar Pelli dipilih berikutan dengan seni binanya yang lebih menampakkan identiti Malaysia yang rata-rata penduduknya terdiri daripada penduduk yang beragama Islam. Jadi disebabkan itu lakaran beliau di inspirasikan oleh bentuk geometri yang banyak dilihat di masjid-masjid dan juga surau-surau .. 

  

gambar di atas merupakan lakaran bagi Menara Berkembar Petronas. 

kalau nak di ikutkan maklumat yang aku dapat sepatutnya menara ini dibina hanyalah sampai puncak je .. tapi disebabkan ramai yang merasakan menara ini tidak lengkap akhirnya Cesar mencadangkan supaya mereka menambahkan antenna sepanjang 20 meter (kalau tak silap) dan kemudian disebabkan penambahaan ini menara ini menjadi menara tertinggi di dunia pada tahun itu sebelum menara Teipei mengambil alih. kalau tak faham sila rujuk gambar di bawah yer .. 



A : Mengikut lakaran menara hanyalah setinggi itu sahaja 
B : Selepas berbincang menara ditambah antenna supaya menampakkan menara itu mencapai ke puncaknya

Mereka yang terlibat di dalam pembangunan menara berkembar ini hanya di beri masa selama 3 tahun untuk menyiapkan pembangunan ini. Namun mereka berjaya menyiapkannya mengikut tempoh yang diberikan walaupun terdapat pelbagai kesukaran yang di alami. So bagi aku, menara ni telah menjadi satu ikon buat Malaysia dan juga menjadi mercu tanda negara kita dan aku pun bangga sekurang-kurangnya kita mempunyai menara yang tinggi dan juga cantik dan yang membuatkan aku kagum ialah menara kita bukan satu tapi kembar. Menara ini merupakan menara "berkembar" yang tertinggi di dunia. Negara lain ade ke ? hehe

notakaki: maklumat yang aku bagi ni adalah ringkasan je .. tapi kalau nak tahu dengan lebih lanjut korang bolehla tengok youtube dengan kata carian "KLCC in the making" tak pun bukak wikipedia .. kalau nak komen ape-ape bolehla korang komen yer ...