" D i r a S t o r y "

DiraStory

Welcome to my blog


" Be like a flower that gives its fragrance even to that hand that crushes it - Ali Ibn Abi Talib (SA) -"

We can chatting here





Ramadhan
Monday, July 23, 2012 | 22:09 | 0Comment

Assalammualaikum sume .. rasenya masih sempat lagi sy ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam .. 

Masuk kali ni dah hampir kali ke 8 means dah 8 tahun jugak la sy berpuasa tanpa ibu tercinta .. memang lain sangat rasanya ..jujur cakap sy tak tahu macamna rasa berpuasa dan sambut raya bersama dengan ibu kandung..  mak dah tinggalkan kami buat selamanya.. bertahun menderita sakit akhirnya mak pergi dengan tenang.. 

masih sy ingat sewaktu arwah mak masih ada .. waktu itu mak tak mampu nak buat apa-apa...mak hanya baring..mak tak boleh bercakap..apatah lagi duduk..bangun..berjalan,.. mak hanya terlantar di kerusi malas.. sedih sangat bila kenang kembali perkara itu.. waktu puasa mak pun nak puasa .. begitu kentalnya semangat mak.. 

mak mula sakit seingat sy waktu itu sy baru berumur 7 tahun dan adik berumur setahun.. waktu itu keadaan mak tidaklah teruk sangat tapi dia sudah tidak boleh berjalan dengan betul .. waktu itu hanya ayah dan juga arwah atuk (sebelah ayah) yang menjaga sy dan adik.. kesian adik waktu itu dah kurang dapat perhatian dan kasih sayang mak.. 

sewaktu mak sakit kami sering bertukar sekolah terutama sy kerana adik lebih rapat dengan ayah jadi dia hanya tinggal bersama ayah di Kuala Lumpur. sy pula tinggal dengan mak, tok dengan tok wan. sepanjang sy kt sana mereka lah yg byk sekali membantu membesarkan sy.

namun kini semua dah berubah sejak mak tiada. sewaktu umur sy masih di darjah enam ayah sudah pun berkahwin lain waktu itu mak masih ada. apabila sy sudah menginjak ke tingkatan 1 sy bertukar sekolah. sy ingin tinggal bersama ayah di Kuala Lumpur disebabkan tidak tahan berada di kampung apabila sering sahaja dimarahi oleh makcik ..waktu itu langsung tak terfikir betapa sedihnya hati mak apabila ditinggalkan oleh anaknya di saat dia sedang memerlukan seorang anaknya..Ya Allah derhakanya sy tinggalkan mak sendirian.

kini umur dah pun menginjak ke 21 tahun .. entah bagaimana la rasa berpuasa dan raya dengan mak sendiri .. jujur sy cakap sy sendiri tidak ingat bagaimana rasa masakan arwah mak ..

Ya Allah tempatkan mak di kalangan orang yg beriman .. sesungguhnya mak adalah golongan ahli syurga .. 
mak .. maafkan anakmu yg pasti sudah banyak mengecewakanmu .. maafkan kakak

Labels: